Friday, July 18, 2014

#PrayForMH17


Dunia dikejutkan lagi dengan kehilangan pesawat.. T__T menyedihkan.. dalam hati aku sendiri tertanya-tanya.. kenapa mesti Malaysia.. why??? why?????

Tapi tidak la aku sampai meroyan jadi keyboard warrior dok selidik mengalahkan CIA, FBI bagai.. hiks.. cuma tertanya-tanya dalam hati ni.. pada aku, tahun 2014 ni memang tahun yang agak malang buat Malaysia.. kalau orang kampung aku kata, lepas satu musibah, datang lagi satu musibah.. tak selesai musibah tu.. datang lagi musibah lain... SUBHANALLAH..

ekceli aku baru tau pagi tadi.. masa tengah bersahur.. aku dikejutkan dengan wassap bertalu-talu.. well.. itu dah biasa.. tapi bila aku buka je.. aku tengok rupanya dari malam tadi.. memula rumous.. tapi lama-lama menda tu jadi kenyataan.. macam kes MH 370 tu juga la.. aku ada juga tengok video first footage yang kapal terbang tu berderai dari udara.. MASYA ALLAH.. lepas tu, tengok lagi nampak mayat-mayat bergelimpangan, paling sedih aku tengok yang dorang kumpul pasport tu.. ada pasport rakyat Malaysia.. terus laju airmata aku mengalir.. kenapa Malaysia diuji sebegini? T__T

Hari ni aku masuk opis, aku sugul.. sebab aku ni antara orang yang tegar buka website AirAsia, MAS, Malindo dan lain-lain.. tapi lepas kejadian ni.. aku terus rasa down giles.. aku tak rasa aku nak travel lagi.. walaupun travel tu dah jadi macam darah daging aku.. tapi entah la.. aku kesian tengok ahli keluarga mangsa.. sedih sangat.. INSYA ALLAH.. moga Allah kuatkan hati mereka.. moga Allah kuatkan hati aku..


bangkai pesawat MH 17






Allah takkan menguji hambaNya kalau Dia tau kita tak tahan diuji.. insya allah.. Al-fatihah dan takziah kepada penumpang pesawat MH17.. 

Moga Allah melindungi diri kita dan negara kita tercinta, Malaysia...


till then, tatababai

What's New

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...