The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Monday, September 1, 2014

Erti Merdeka : Merdeka dari hutang....


apa erti merdeka pada korang??? erti merdeka pada aku tahun ni banyak.. :D tapi yang paling ketara ialah merdeka hutang.. ahaksss

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : 

[Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya]. 

Sabdanya lagi : 

[Dan barangsiapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati, maka Allah akan bertanya di hari kiamat: " Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku?, maka di ambillah amal kebaikan orang itu, dan di berikan pada orang yang memberi hutang, dan jika tidak mempunyai amal kebaikan, maka dosa-dosa orang yang memberi hutang itu, di berikan pada orang-orang yang berhutang]. 
Rasulullah S.A.W. mengingatkan kita bahawa orang yang berhutang terikat dengan pembayaran. Dia mesti menjelaskan hutangnya semasa di dunia, kerana apabila dia dah mati dan dia masih lagi menanggung hutang, maka rohnya akan tergantung sehinggalah dijelaskan hutang tersebut. Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W : 

[Jiwa orang-orang mukmin tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak di hukum kepadanya selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya]. 

Abu Said R.A berkata : 

"Telah di bawa kepada Rasulullah S.A.W jenazah untuk disembahyangkan, lalu Nabi bertanya: Apakah mayat ini masih menanggung hutang?, Sahabat menjawab: Ya, Nabi bertanya: "Apakah ia ada meninggalkan harta untuk membayarnya?, jawab Sahabat: Tidak. Nabi bersabda : "Sembahyanglah kamu kepada kawanmu itu, Nabi sendiri tidak ikut menyembahyangkannya. Kemudian Ali Bin Talib berkata: "Biarlah saya yang membayar hutangnya". Sesudah itu, Nabi segera maju menyembahyangkannya, lalu ia berkata kepada Ali, Semoga Allah membebaskan tanggunganmu (dirimu) dari api neraka, sebagaimana kamu membebaskan tanggungan saudara yang muslim itu. Tidaklah seorang Muslim yang membayar hutang saudaranya, melainkan Allah akan membebaskan tanggungannya (dirinya) dari api neraka pada hari kiamat kelak. 
Oleh itu seseorang yang berhutang janganlah menangguhkan bayaran, apabila mempunyai peluang untuk membayarnya. Perbuatan tersebut, adalah tergolong dalam perbuatan orang yang zalim dan dia berhak mendapat hukuman Allah di atas perbuatannya. 

Sabda Rasulullah S.A.W. : 

Maksudnya : [Penangguhan (hutang) oleh orang yang berkuasa membayar, adalah satu kezaliman, halallah maruahnya dan jika hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang) boleh mengambil tindakan ke atasnya dan maruahnya].

akhirnya... akhirnya.... langsai sudah hutang pinjaman pelajaran aku dulu.. ni pinjaman pelajaran masa diploma dulu tauuu... gile kentang 10 tahun baru abis... fuhhh...untuk makluman, aku dah bayar hutang JPA ni since 2004 lagi.. tu pun lepas setahun aku start keje.. 

dari RM221 sebulan.. sampai la turun jadi RM139 sebulan.. aku pun tak sure nape makin lama makin kurang pulak kena bayar.. tapi maybe sebab dia dah calculate balik la balance hutang tu dengan berapa lama tempoh yang kena bayar..

tapi kalau aku ikutkan sebulan RM139 tu.. entah-entah aku pencen baru abis bayar hutang.. oh noooo... banyak lagi keperluan aku lagi ye... kang tetiba aku mati sebelum pencen.. sape pulak nak bayar hutang aku??? oh nooo.. so better aku cepat-cepat habiskan bayar..

so, aku amik pendekatan, since aku deduct duit dari akaun bank so aku buat standing instruction sebulan RM400 supaya cepat sikit langsai hutang aku ni.. ada yang kata aku gile sebab bukan sikit-sikit sebulan RM400 yang aku kena bayar untung pinjaman JPA sahaja.. tu lom masuk kutu-kutu lain, rumah, hutang lain.. fuhhh.. tapi ada faedahnya aku dapat langsaikan hutang JPA aku ni.. dengan selesainya hutang JPA yang ini.. aku dapat jimatkan RM139 sebulan dari membayar hutang ini.. see.. penjimatan disitu.. memang la tak nampak jimat kan.. tapi dalam tempoh jangka masa panjang.. RM139 tu boleh digunakan untuk menda lain.. orang kata bersusah-susah dahulu.. bersenang-senang kemudian.. apa la salahnya kan.. lagipun, dah langsai hutang JPA ni.. maka dah berkurang la satu hutang.. kalau ada 3 hutang.. dah kurang 1 hutang, tinggal 2 hutang je kan.. gituuu...

untuk bil yang terakhir sebanyak RM212 tu sengaja aku tak wat standing instruction sebab aku nak pegi sendiri kat JPA.. buat sendiri bayaran secara TUNAI kat sana.. sempat aku ucapkan pada pegawai kat kaunter tu, 'terima kasih JPA sebab sudi memberi pinjaman pelajaran kepada saya. alhamdulillah.. walaupun saya tak berjaya mana pun, tapi sekurang-kurangnya saya telah bekerja dan dapat membayar balik hutang pinjaman tersebut...' sayuu hokeyyyy masa kat sana.. dah la masa tu bulan pose.. ehh.. ni kira throwback la ni.. hakhakhak...




so lepas ni bole la aku wat pinjaman pelajaran untuk master pulak.. kohkohkoh.. 


till then, tatababai

What's New

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^