Friday, September 19, 2014

Segmen Tanyalah : Godaan Cinta Lama




siapa la yang boleh sangkal keindahan cinta pertama.. ada yang indah.. ada juga yang pahit kan.. tak ramai juga yang menjadikan cinta pertama mereka tu sebagai cinta terakhir.. heheh.. ada juga sesetengah orang yang mengandaikan cinta pertama tu umpama cinta monyet.. ekk.. monyet pun reti bercinta ke?

apa yang aku nak kongsikan di sini adalah berkenaan dengan beberapa kes yang pernah aku handle sebelum ni..bukanlah kes besar sampai tahap-tahap kena masuk hospital sakit jiwa nun.. tapi cukuplah kes-kes tu menjadikan aku seorang yang lebih matang dan lebih bersungguh-sungguh nak selesaikan masalah tu.. 

Insya allah lepas ni, setiap hari Jumaat aku akan share pada korang antara kes-kes yang biasa aku handle.. bukanlah tujuan nak mengaibkan sesiapa ye.. tapi sebagai rujukan aku juga dimasa hadapan.. dan mungkin sebagai rujukan korang jua.. ^__^ ni ala-ala Q & A la ye... orang tanya aku jawab gituu..

sebagai permulaan. aku nak share sikit tentang keratan suratkhabar seperti di atas tu.. pernah baca? pernah alami? nauzubillah.. minta dijauhkan la ye..

Ada orang tanya kat aku, 'salah ke saya jumpa balik kekasih lama..bukan niat nak bercinta balik pun.. cuma ingat balik je.. imbau-imbau kenangan.. kalau dah putus bukan tak boleh kawan pun kan...lagipun si dia pun dah kawen.. takde pape la...'

ini apa yang aku jawab...

mula-mula reunion..
lepas tu mengimbau kenangan zaman persekolahan... 
lepas tu add FB... 
lepas tu bagi no tepon...
lepas tu.. mesej-mesej...
tiba-tiba tak dapat cukup kasih sayang dari pasangan..
lepas tu.. call-call pulak...
tiba-tiba kata pasangan tak dapat bagi kebahagiaan yang diidam-idamkan..
tiba-tiba semua sifat buruk pasangan diceritakan..
pasangan kuat cemburu..
pasangan asyik sibuk..
pasangan lebihkan anak..
pasangan asyik penat..

tiba-tiba pulak kata tak dapat layanan seperti yang sepatutnya...

lepas tu.. jumpa...
lepas tu ....

fikir-fikirkanlah.. kita ni makin lama makin tua kan.. bukan makin muda.. sepatutnya dah boleh berfikiran dengan lebih matang.. tak kira la di mana-mana pihak pun.. kalau korang tanya aku siapa yang salah? aku akan jawab dedua salah.. di pihak sini salah.. di pihak sana pun salah.. bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan.. ini semua orang tau.. yang di sana pun dah berkahwin.. bukannya tak bahagia.. bahagia elok je anak 3-4 orang kan.. yang sebelah sini pun begitu juga.. hanya kerana nak mengenang-ngenang kenangan manis dolu-dolu tu.. berborak sampai lupa pasangan kat sebelah.. lama-lama nanti timbul perasaan lain.. 

masa aku pegi Simposium Psikologi Kekeluargaan tempohari, ada sorang penceramah ni bagi tau, cuba tanya pada diri sendiri.. kenapa aku kawen dengan pasangan aku dulu? kalau jawapannya, banyak sebab.. baguss.. sebab itu menunjukkan yang kita masih ada ingatan terhadap pasangan.. tetapi kalau jawapannya adalah sebaliknya.. itu bermakna hubungan korang sedang dilanda masalah.. cepat-cepat la berjumpa dengan orang yang sepatutnya.. penceramah tu siap bagi tau.. dalam 1 minggu ada 10 pasangan melangsungkan perkahwinan.. tapi dalam 1 minggu tu jugalah ada 5 pasangan bercerai berai.. ini orang kata nisbah la kan..

fikir-fikirkan.. berbaloi atau tidak mencurangi pasangan masing-masing yang dah hidup bersama selama bertahun-tahun hanya kerana cinta lama.. fikir juga kenapa dulu aku clash dengan si dia tu? haa.. mesti ada sebab kan... 

if ada sesiapa yang ada masalah tak kira la masalah pape.. insya allah aku tolong.. boleh la emel kat aku anilwanina@gmail.com 

mana yang aku bole tolong.. aku tolong ye.. insya allah...


till then, tatababai

What's New

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...