The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Friday, October 10, 2014

Apa kaitan Pembentangan Bajet 2015 dengan Akibat tak bayar bil kredit kad?




Salam petang... petang ni ada pembentangan Bajet 2015 kan.. memasing ada harapan masing-masing dan mengharapkan sesuatu yang baik kan... aku juga begitu... rasanya, semua orang begitu kan.
Pada pendapat aku la kan.. it's only my personal opinion ya.. no offends.. ^_^
Pemberian BR1M tu boleh la dimansuhkan.. bukan semua orang dapat pun.. contohnya aku la.. hahaha.. tapi bukan la sebab aku tak dapat maka aku soh mansuhkan.. maksudnya, daripada bagi BR1M tu yang lepas tu nanti harga bahan mentah, sayur, ikan, telur seme naik.. lebih baik la tak yah.. kalau tak caya aku cakap.. nanti tengok lepas pembentangan.. kang ada la tetiba gula tak cukup la.. ikan mahal la.. tu lom daging ayam lagik.. adeihh..
Kos yang dispare utk BR1M tu, masukkan dia as part as subsidi.. betul juga ada orang kata.. kenapa kita yang perlu tanggung kos pengurangan subsidi tu sebab kita bayar cukai.. orang yang tak bayar cukai pun dapat juga nikmati apa yang kita dapat.. so, pada pendapat aku, sepatutnya ada la langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk mengawal menda-menda ni.. cam penyeludupan minyak, gula, beras seme tu.. insya Allah.. kat negara kita ni ramai orang-orang yang bijak pandai.. bermusyawarahlah dan sama-sama selesaikan masalah ni.. nak kata lebih-lebih pun... aku ni non sado je.. takde bijaknya aku berbanding dengan yang lain.. sekadar meneliti apa komen-komen rakyat marhaen kat laman sosial tu.. dengarlah suara rakyat.. 
Aku selalu tempatkan diri aku kat tempat orang lain untuk merasai apa yang orang tu rasa.. walaupun feel dia tak sama.. tapi sekurang-kurangnya, kita dapat faham kenapa dia jadi macam tu, apa yang membuatkan dia jadi macam tu, dan yang penting.. kena cari jalan macam mana nak menyelesaikan masalah.. ^_^
Ok la.. sambil-sambil layan pembentangan Bajet 2015 ni, saje aku nak share sikit pasal Bil Kredit Kad ni.. ekceli.. 2 hari lepas ada bank call aku soh bayar bil kredit kad.. kahkahkah.. bukan aku takmo bayar.. tapi since kes malware, virus yang ado kat sistem mobile banking ni.. tetiba rasa was-was pulak aku nak buat payment.. rasa nak pegi kaunter je terus.. tapi korang faham la kan.. kalau dok tunggu kat kaunter tah kul bape plak kena bertapa kat sinun... makanya, dok tunda-tunda jadi aku lupa.. rini aku tertengok plak satu artikel pasal 'Akibat Tak Bayar Penuh Bil Kredit Kad
Aish.. patut la bil aku tak surut-surut.. hahahhaa... ok kawanku... nanti aku bayar ye.. jangan marah-marah.. ^_^
Ni aku share kat korang skali... atlis ada kesedaran dalam diri aku dan korang jua.. ^_^ jangan bayar bil lambat-lambat.. free-free je kasik untung sama itu bank.. hikss..

Untuk kebanyakan orang, ia merupakan kemudahan yang membolehkan kita “beli sekarang, bayar kemudian”, di samping menikmati pelbagai keistimewaan ekslusif yang ditawarkan oleh pelbagai rangkaian peniaga. Tapi bagi mereka yang kurang berdisiplin, kad kredit adalah bagaikan bom yang nak meletup depan muka dengan timbunan bayaran faedah yang besar jika anda berbelanja sesuka hati dan tak dapat buat bayaran penuh pada hujung bulan.
Di Malaysia, bank umumnya perlukan pengguna kad kredit buat bayaran minimum 5% (atau jumlah minimum RM50) dari bil kad kredit setiap bulan. Jika anda tak bayar penuh jumlah perbelanjaan, anda akan dikenakan bayaran yang dipanggil “Caj Kewangan” berdasarkan struktur kadar faedah berperingkat seperti ini*:
PERINGKAT
KADAR FAEDAH
KELAYAKAN
I
13.5% setahun
Bayar bil kad kredit pada masanya selama 12 bulan berturut-turut.
II
16% setahun
Bayar bil kad kredit sekurang-kurangnya 10 dari 12 bulan.
III
17.5% setahun
Bayar bil kad kredit sekurang-kurangnya 9 dari 12 bulan.
* Seperti disyorkan oleh Bank Negara Malaysia, tetapi kadar faedah sebenar berbeza dari bank ke bank
Ringkasnya, anda kena bayar kadar faedah tahunan minimum sebanyak 13.5% atas baki belum jelas setiap kali anda buat keputusan untuk tidak membayar penuh bil kad kredit anda.
Untuk fahami lebih lanjut akibat tak buat bayaran penuh, lihat babak-babak berikut:
Babak A:
·         Anda ada baki belum jelas kad kredit sebanyak RM10,000
·         Anda buat keputusan nak bayar hanya bayaran minimum setiap bulan
·         Anda telah membayar bil kad kredit ikut jadualnya dan layak dikenakan kadar faedah Peringkat I, 13.5%
Jika tiada lagi perbelanjaan baru, anda masih perlukan masa 82 bulan nak langsaikan baki yang ada, dan akan dikenakan caj kewangan sebanyak RM2,752.08.
Babak B:
·         Anda ada baki belum jelas kad kredit sebanyak RM10,000
·         Anda buat keputusan nak bayar hanya bayaran minimum setiap bulan
·         • Anda telah membayar bil kad kredit tak ikut jadual dan dikenakan kadar faedah Peringkat III, 17.5%

Jika tiada lagi perbelanjaan baru, anda perlukan masa selama 88 bulan nak langsaikan baki yang ada, dan akan dikenakan caj kewangan sebanyak RM3,896.83
Sumber : http://imoney.my



till then, tatababai

What's New

2 comments:

  1. Tak baca betul2 lagi tentang Bajet 2015 ni.. Nak kena cari info baliklah.. Maklumla, orang takde tv cengginila.. Selalu ketinggalan.. Huhu..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  2. miza, kita pun dengar streaming je bajet 2015 ni.. hiksss

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^