Friday, October 17, 2014

Petua-petua yang boleh diamalkan



Ingat nak sambung entry back to back NZ tu.. tapi aku belum sempat nak sort gambar.. so, meh nak share sikit petua-petua yang boleh diamalkan di rumah.. ^_^

Tahukah anda?

Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.

✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.

✓ Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:

• Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.
• Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
• Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.
• Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.

✓ Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.

✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.

✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh dari situ.

✓ Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.

✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakkan sekeping roti ketika kita memasak.

✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.

✓ Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.

✓ Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.

✓ Kalau baju terkena dakwat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.

Sumber : Internet

till then, tatababai

What's New
Anil Wanina
Anil Wanina

I'm a full-time Assistant IT Analyst with passion on travelling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty and event. Give some love and good comments so we can share thought and experience together. ^_^

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^