The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Friday, October 3, 2014

Segmen Tanyalah : Tunang tak sayang?


hi morning... salam Jumaat... minggu lepas aku tak sempat pun nak share tentang Segmen : Tanyalah?

minggu lepas aku tak post untuk segmen tu, ada orang emel aku tanya.. "Eh kak, nape rini takde segmen : Tanyalah? " aku terus... terdiam... pause sekejap then rasa.. eh eh.. ada juga orang yang baca ye walaupun baru satu hari bersiaran.. hahaha...

okey la.. hari ni aku nak share sikit tentang beberapa pertanyaan orang yang telah dibuat melalui emel bebaru ni yang aku dah siap-siap print screen tapi tak sempat la pulak nak share.. sori ye.. aku sibuk sikit akhir-akhir ni.. cuma dapat buka emel je.. tak sempat nak reply... tapi mostly aku print screen siap-siap dan letak dalam satu folder khas untuk segmen ini... maklum la.. kalau skali emel dah masuk puluh-puluh juga.. kang ada yang termiss pula kan.. >_<

Zara ni selalu juga emel kat aku tapi selalunya aku aku terus emel direct kat dia solution bagi permasalahan dia ni.. kali ni, since dia emel untuk Segmen : Tanyalah? maka aku tolong kat sini ye...


Untuk Zara dan pembaca yang lain,

Dalam perhubungan ni ada macam-macam jenis dugaan dan cubaan. Ni baru tunang dik... nanti dah kahwin.. macam-macam lagi dugaan yang Zara akan hadapi.. Akak bukan nak takutkan ye.. ini sama juga macam bila kita berada di alam pekerjaan.. ada macam-macam jenis cabaran yang kita kena lalui, bos garang, tak serasi dengan persekitaran, tak ngam dengan rakan sekerja.. dan macam-macam lagi..

Dulu masa akak tunang.. sikit hari lagi nak nikah.. macam-macam pula dugaan yang datang... dengan gaduh besarnya.. dengan terserempak balik ngan boipren lama.. pastu plak mak andam plak tak dapat nak datang.. guano tu??? hahahaha... dugaan betul...

So, Zara, akak rasa masalah Zara ni takkan menjadi masalah yang besar kalau ada perbincangan dibuat antara Zara dan tunang Zara. Bincang elok-elok, jangan ikutkan perasaan.. Maksudnya kat sini, Zara ajak dia berjumpa.. face to face.. bagi tau dia apa yang Zara nak... pada masa yang sama.. Zara kena accepted la apa yang dia nak. baru fair and square. Contohnya, Zara nak dia lebih beri perhatian pada Zara, then dia kata OK, dia akan cuba bagi perhatian pada Zara, lepas tu pulak dia kata, dia ngan kawan-kawan dia dah macam adik beradik... so, Zara kena la ada give and take.. bagi dia peluang bersama dengan kawan-kawannya pulak.. Apa apa pun, bincang elok elok.. jangan mulakan perbincangan dengan sindiran.. nanti at the end, jadi pula pergaduhan yang besar.. Kan keadaan dia akan jadi lebih keruh..

Tanya elok-elok.. 'awak... kita nak bincang sesuatu dengan awak ni...'

atau cakap, 'awak free tak? kita ada hal nak cakap ngan awak ni.. penting sangat'

tapi nada suara tu kena la manja-manja sikit.. jangan garang-garang....

masa jumpa, bagi tau apa yang tersirat di hati tu... tapi jangan tengking-tengking pula ye...

Ada kawan akak pun ada masalah yang lebih kurang dengan Zara ni.. nasihat yang sama akak berikan pada dia.. ^_^

Just in case, takde masa nak jumpa.. ataupun tunang tu berjauhan la contohnya... bagi la kad ucapan beserta dengan hadiah.. contohnya, bunga ke, coklat ke.. teddy bear ke...

Dalam kad ucapan tu tulis la.. I Miss You ke... I Love You ke... atau nyatakan kata-kata manis kepada tunang tu... mesti dia suka kan.. lepas tu, selitkan dalam kad ucapan tu, surat cinta beserta luahan hati pada tunang tu.. tapi macam yang akak kata tadi.. jangan tulis ayat yang kasar-kasar.. tulis ayat yang lembut-lembut.. bak kata orang tua, 'tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berserak..' jangan sampai ayat-ayat dalam surat tu mengguris hati dia.. gituu.. biar dia tau Zara ni orangnya macam mana... dan perlukan orang yang macam mana.. insya Allah.... kalau kita buat dengan cara lembut, nanti dia pun akan datang kepada kita dengan cara lembut.. insya Allah..

Ingat ye.. dalam perhubungan kena ada timbangrasa juga.. bukan di sebelah pihak.. pada dua-dua belah pihak.. jangan hanya di satu pihak je yang kena timbangrasa.. yang sebelah lagi.. timbangtara kang tak pepasal kes lain pula jadinya.. hehehe..

till then, tatababai

What's New

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^