Thursday, October 30, 2014

Top 5 Blog Pilihan by Ben Ashaari


ehem... ^_^ terima kasih abg Ben... walaupun kebarangkalian aku tak terpilih.. it's okey.. sebab blog-blog lain pun best jugak.. ^_^

alkisahnya, melalui page Kelab Blogger Ben Ashaari yang dah mencecah 24,000 LIKE.. abg Ben ada up status untuk mana-mana blogger yang minat untuk blognya direview.. harus la... aku pun minat kan.. kan... bukan senang abg Ben ni nak tengok blog kita.. dia pun bizi gak ngan Zahra ngan Qhaliff.. so, aku dan ramai lagi blogger-blogger lain pun Comment la kat post tu.. wahh.. ramai giles orang yang reply.. itu tandanya peluang makin tipis.. tapi takpe.. aku ni kan positif orangnya.. so, tak salah mencuba kan...

Komen aku :

me.. me.. me..

kenapa pilih saya? sebab saya nik unik? Kenapa saya unik? sebab saya ni orang biasa yang orang pandang saya luar biasa macam tak pernah tengok muka macam saya. Ada orang penah tegur saya kenapa muka saya hodoh... eh sukati la muka aku nak belang ke nak kelabu ke... (sila refer entry Tanda Lahir)

sebab lain.. saya suka travel.. dan abg Ben mesti jeles dengan entry travel saya.. ^_^

sila jangan UNFRIEND saya abg Ben ^_^

Lebih kurang gini la komen aku dalam post tu.. ^_^

So, rini.. abg Ben dah up post.. blog sendu ni adalah antara 5 blog pilihannya.. alhamdulillah.. terima kasih banyak-banyak abg Ben.. di harap dengan blog review dari abg Ben ni, dapat la saya bayar GST yang dikenakan untuk blogger tahun depan.. hihihi

siyes... aku ada rasa nak nanges pun adoo bila dapat peluang ni.. hahahaha.. pepoyo sangat kan.. lagi rasa nak melompat bila Ben Ashaari FRIEND ngan aku kat Facebook.. hahahaha... gilo tul aku ni.. pastu balik umah dok cerita-cerita ngan en suami kata 'mama dah friend tau ngan Ben Ashaari' en suami plak boleh blur.. 'Ben yang mana?' aku terus sentap... 'uik.. Ben laa... yang video anak dia kita salu tengok tu laaa' iskk... sentap terus pandang luar tingkap.. kahkahkahh... sebenarnya en suami ni tau je.. tapi saje je dia nak usik aku..

tahniah juga pada blog lain yang terpilih... kita sama-sama blogger.. harus sokong antara satu sama lain kan... sama-sama jatuh dan bangun.. di mana ada kemahuan, disitu ada jalan.. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.. 

enjoice ^_^



#KelabBloggerBenAshaari

till then, tatababai

What's New

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^