The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Friday, October 31, 2014

Where Dream Come True : Melbourne Day 11


Route : GREAT OCEAN ROAD


Hari ni kita ber Great Ocean Road pula ye... kitorang gerak dari hotel pukul 7 pagi sebab bas akan pickup jam 7.30 pagi. Since semalam Abang Aznil dah tunjuk jalan nak ke Swanson Street tu, so takde masalah la untuk kitorang berjalan dari hotel ke situ.

Dalam tengah menunggu tu, dok sembang-sembang dengan Shaz, patut la tour yang kita dapat ni murah.. rupanya company Cina.. tour guide pun dalam bahasa Cina.. kahkahkah.. bajet faham je la kan.. sebab dalam tu kitorang 2 orang je ni orang Melayu yang lain semua Cina. Takpe la.. kalau kat Malaysia kita panggil 1 Malaysia kan.. kat sini, kita buat-buat faham je la ye.. kikikiii

Tak banyak yang aku dapat cerita untuk tour Great Ocean Road ni sebabnya bukan semua tempat dia pegi pun... lepas tu agak kelam kabut since semua nak cepat-cepat je.. tu yang tak best kalau ikut tour ni.. kikikii.. tapi sebab kitorang just nak penuhkan hari yang tinggal ni kan.. so, kitorang amik la tour ni.. dapat la tengok apa yang GREAT sangat tempat ni..

Sepanjang dalam bas, aku ngan Shaz bole bantai tido.. hahahaha... mau tidaknya.. penat semalam jetlagnya lagi tak ilang lagi.. so tido je la dalam bas. Turun bas je, amik gambar sana sini.. lepas tu naik bas balik sambung tido...

Jom layan gambar tengok apa la yang aku dapat snap sepanjang tour aku kat Great Ocean Road ni.. ^_^



selfie dulu

pagi di Melbourne

kreatif

ni pun kreatif

ni la company tour tu

tunggu depan kedai dia

lori sapu sampah

zebra tram

lake view on our tour

entering the Great Ocean Road

posing dulu

first view of Great Ocean Road

tido ke apa tu?

inilah Great Ocean Road

angin kuat, ombak kuat

signboard



Loch an d Gorge

]sejarahnya


Tour guide tu kata, kadang-kadang ada orang buat majlis kahwin kat sini.. wowww.. romantik sangattttt... dengan angin sepoi-sepoi bahasa.. pastu dapat tengok ombak masuk melalui ruang-ruang yang ada... so suwiittt.. mari berangan kawen kat sini ye...

ombak rindu

bushfire safety

helicopter tour

landing time

Pada aku, tour ni sangat membosankan.. sebabnya terlalu tight dengan masa.. masa yang diberi pun singkat.. tak puas langsung.. baik pegi sendiri.. kikikii.. tapi hakikat yang sebenarnya, aku letih pun ye jugak.. so, kurang menikmati apa yang ada kat situ... mungkin kalau aku berada dalam keadaan fresh, baru la dapat rasa tour ni best kannn....

Dalam aku tengah-tengah bosan tu, aku nampak sorang driver bas ni, tengah gilapkan tayar.. perghhh... memang aku respect gile kat driver ni... tapi ni bukan bas yang aku naik la.. ni bas lain...

kasik kilat

semua tayar digilap ye

all over the Great Ocean Road

last view of Great Ocean Road

Dalam 3-4 kali turun naik bas je..kejap je dah gelap.. masa ni aku memang dah penat.. so dapat naik bas je.. aku terus tido... lepas tu dia ada benti kat church.. time ni aku ngan Shaz tak turun pun.. sambung tido je... tetau dah sampai semula kat pekan Melbourne lebih kurang jam 8 malam.. 

Sampai hotel, terus minta reception tu callkan Starbus tapi reception tu kata operation hour dorang dah tutup. So dorang tak dapat callkan.. so, kitorang jadi kelam kabut macam mana nak balik esok. Duit AUD dah nak abis dah ni.. hahahah... lepas tu, tanya kat reception, mana boleh naik Skybus. Then dia soh jalan dari hotel sampai hujung jalan.. masa tu Shaz dah stress kot.. last-last dia kata takpe la.. sok kita gamble gerak pagi-pagi la... aku plak yang sambung stress.. sebab aku tak suka kelam kabut..

Last-last aku turun sorang-sorang pegi kat depan Novotel, minta reception hotel tu callkan Skybus soh pick up kitorang kat situ.. baik sangat reception kat Novotel tu.. walaupun kitorang tak dok kat hotel dia.. tapi dia sudi callkan... dia soh standby depan Novotel kul 5.30 pagi.

Esoknya, pepagi kul 5.30 pagi dah bertapa depan Novotel.. sejuk-sejuk macam tu.. dok tunggu mana la Skybus ni tak sampai-sampai.. kul 6 pagi baru sampai. T_T gigil tunggu bas wokey..

Ngam-ngam kul 7 pagi kitorang sampai epot.. check in barang semua.. dah setel.. terus boarding... memang masa ni tak sabar nak balik dah..

Dalam flight memang aku bantai tido.. ini memang betul-betul jetlag.. kikikii.. dan alhamdulillah.. selamat sampai ke LCCT dan kembali ke pangkuan keluarga...

Terima kasih Cik Pora, Shima dan Shaz sebab sama-sama merealisasikan impian masing-masing untuk ke New Zealand. Walaupun perkenalan kita singkat.. tapi kita still dapat survive kan sepanjang journey kita.. ^_^

senja

souvenir shop

souvenir

gopro price at airport

gopro

pianist at airport

pulang....

our flight

cop mahal New Zealand dan Melbourne

seeing something?

Adidar... hahaha.. 

optiontown reservation

Tamat suda.. nanti aku share all expenses ye... ^_^

till then, tatababai

What's New

8 comments:

  1. Bertuah betol sampai great ocean road tu langit biru. Lawaaaaaaa!

    ReplyDelete
  2. John,
    bertuah sangat.. hahaha.. walaupun penat jetlag.. hahaha.. jetlag la sangat.. tapi tetap dapat menikmati pemandangan ohsem kat GOR tu..

    ReplyDelete
  3. wah! bertuahnya dapat jejak kaki ke sana. One of my dream juga nak ke Aussie, one day....
    Jom baca blog saya , follow dan saya follow balik
    http://enyyusnizar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Eny,
    alhamdulillah... moga impian Eny juga jd kenyataan.. amin.. ^_^

    ReplyDelete
  5. Muzai,
    best sangat... jom... jom... travel is fun tauu.. ^_^

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. pak nil....
      uwaaa.. tahniahhhhh..... ^_^ tak jemput pun kannn

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^