Where Dream Come True : South Island, New Zealand Day 7

by - 4:02:00 PM

ROUTE : QUEENSTOWN

Hari ke-7 di Queenstown sangat mendamaikan... tapi dalam damai-damai tu.. hati ada sedikit teruja dan berdebar... mau tidaknya.. hari ni adalah hari beraktiviti... #terujagile aku tak penah-penah buat keputusan macam ni ye... keputusan yang macam mana tu? keputusan untuk menjadi seorang yang extreme.. hahahaha... bila ada kat sini, tetiba rasa macam nak cuba semuanya.. tapi since budget limited + perasaan takut masih lagi menguasai diri.. kikikii.. maka aku cari apa yang kurang extreme la dan yang sesuwaii untuk aku.. so, aku pilih untuk berparagliding hari ini.. kat Malaysia memang tak buat ni uolssss... kat sini je tetiba terbuka hati nak buat.. bak kata kawan-kawan, dah alang-alang sampai.. kalau tak buat rugi... so buat je... duit bole dicari.. pengalaman? huhuhu.. so.. itulah yang membuatkan aku nak juga buat paragliding ni... ^_^

so, pagi yang mendamaikan ni.. dimulakan dengan masak breakfast untuk semua.. menu adalah nasi goreng je ye.. jadi la dari takde kan.. kurusss dok NZ ni tauuu... hahahaa...

lepas selesai sesi santap menyantap.. kitorang pun bersiap untuk bertemu janji depan Sky Trek office jam 10 pagi.. makanya berjalan secara marathon la kami dari lodge ke Sky Trek tu.. sampai-sampai je.. bagi resit kat kaunter, then dia akan timbang berat badan as rekod. Tak lama lepas menunggu tu, van pun sampai.. tempat paragliding yang kitorang akan pegi adalah di Coronet Peak.. ada banyak tempat paragliding korang boleh pilih kat Queenstown ni.. tapi kitorang pilih Coronet Peak sebab ianya lebih murah dan view dia memang Lord Of The Ring giless... kalau musim sejuk, kat sini la yang dorang salu main ski tu.. huhuu.. tinggi juga tau tempat ni.. nak naik atas ni bukan semua kereta boleh naik.. kalau naik caravan tu memang tak lepas la.. bole terbalik caravan tu.. hahahah... so, deal and take a package with the expert ya.. ^_^


Sky Trek Office

pick up stops for a para-gliders


sampai suda... 

tengah setup parachute

more setting on parachute

untuk makluman, tempoh untuk berparagliding kat atas tu lebih kurang 10-15 minit ye.. boleh tahan lama la juga.. sempat la juga menikmati view-view indah semasa berada di atas sana.. tinggi tau.. lebih dari 4,000 kaki.. kalu sorang-sorang memang tak mampu nak buat terjunan macam tu.. T_T tapi sebab berparagliding ni ditemani oleh 'ayah' yang sangat baik hati.. kebetulan pulak hari tu, dia sakit tekak.. katanya baru buat pembedahan tonsil.. kesian dia.. demi sesuap nasi kan.. dia wat gak sesi paragliding ngan kitorang.. ayah aku yang bernama Ben ni sangat sweet.. memang dia treat aku macam anak dia.. siap kata aku ni macam anak dia.. terus rindu mak ayah kat kampung wokey... hihihi..

Time kat atas tu, pemandangan sekitar Queenstown dan Coronet Peak memang awesome.. memang aku betul-betul menikmati pemandangan tu.. aku ni gayat tauu... korang bole bayangkan tak dengan kegayatan aku tu.. aku bole terbang berparagliding setinggi lebih 4,000 kaki.. hahahhaa... aku sendiri memang tak sangka aku dapat buat.. even Ben pun kata.. 'You're doing good!' terus rasa macam.. bestnya.. nak lagi.. nak lagi.. hahahaha...

Lebih kurang 5 minit sebelum landing tu, Ben tunjukkan SMILEY grass dan dia bagitau kat situ la kita akan landing nanti.. okey.. tetiba tak ready nak landing.. hahahaha... nak tengok pemandangan lagi dan lagi.. then, Ben bagi aku pegang monopod soh aku pegang sebab dia kata dia nak prepare untuk landing.. sebaik je aku pegang monopod tu.. dia tanya, 'are you ready?' aku tanya balik.. 'ready for what?' hahaha.. tetiba blur uolss.. then dia gelak... dia kata 'it's ok.. you'll like it!' tup tup.. dia bole buat aksi akrobatik atas udara nun.. tunggang terbalik aku dikerjakan.. tetiba aku pun rasa nak muntah.. kahkahkahhh.. adoiyaiii.. nasib la dapat cover uolsssss...

pastu dia kata dah ready nak landing.. dia ajar macam mana nak landing.. dia soh lari lari dan lari.. jangan stop.. then aku kata ok... sampai je bawah.. aku pun ala-ala macam lari.. tapi at the end.. aku stop macam tu je.. hahaha.. tapi yang elok tu.. dia pun elok je stop takde lari-lari dah.. memang berbakul-bakul pujian Ben puji masa ni.. dia siap tanya aku dah biasa buat paragliding ke? aku cakap.. 'actually, i'm afraid of height' hahahah.. dia terkejut siap kata aku tak macam takut pun.. kikikii... takut takut berani je uols....

sampai bawah je.. aku memang dah pening gile.. cepat-cepat aku sambar bekalan asam yang aku bawa dari Malaysia.. tu penting uols... so dapat la cover sikit... lepas snap a few picture with Ben.. makanya, tamatlah adventureous kitorang berparagliding tu..

lepas dorang kemas-kemas beg.. kitorang pun naik van dan share experience masing-masing kononnya.. walhal sama je kot.. hahahah.. then Ben tanya, nak beli tak memory card yang ada video dan gambar masa kat atas tadi? harus la kan... so terbang lagi NZD50 untuk kenangan itu.. tapi worth sangat...

view dari atas

view dari belakang

awesome view


touch down

ayah tolong bukakan helmet

dengan ayah angkat ^_^

dari Sky Trek office, kitorang berjalan kaki pula ke Skyline Cable Car. nak wat apa? Shaz ngan Shima nak berbungy jumping uols... kitorang pun nak naik Luge gak.. hahahaha...  senang je nak pegi situ.. ada satu tangga tu memang menghala ke situ.. tengok je signboard.. ^_^

tiket cable car ni bole dibeli dari agent macam yang kitorang beli dari Luis, bole juga beli direct kat kaunter, harga sama saja.. ^_^

view kat atas ni memang awesome.. bole nampak keseluruhan Queenstown, dan yang paling awesome lagi.. The Remarkable tu nampak macam sebelah je... cantik sangatttt.

Lepas menikmati view yang indah tu.. kitorang terus pegi kat Luge kaunter untuk main Luge pulak.. Luge ni cuma ada kat Queenstown dan Singapore sahaja tauuu... tapi kat Queenstown ni, view dia awesome.. ada 2 view.. satu scenic view, satu lagi adventure view.. dedua aku lalu.. hihihi..

Best gilakk Luge ni.. rasa menyesal pun ado sebab tak amik 10 rounds.. kahkahkah.. masa ni la nak fefeeling macam budak-budak.. Luge ni ala-ala Go Cart tapi dia tak pakai minyak tau. Cara handle dia, untuk bergerak, korang kena angkat paddle, untuk stop, turunkan paddle.. senang sangat.. untuk 1st timer, dorang siap bagi tutorial tauu... selagi tak pandai control, selagi tu dia tak bagi jalan.. so belajar la situ sampai pandai.. tapi ahhh.. senang sangat laaa... ^_^



bandar Queenstown

bandar Kiwi

Birdlife Park

You should be here!

kaunter

top of the Queenstown

Gondola

Gondola and me

the view

the view






Luge start here

how to use Luge

check ketinggian dulu




choose the right helmet

us

with the ticket

gondola arrived

for 1st timer rider

i'm the first timer

awesome view

more view

check tinggi dulu ye

kitorang... hahahaaa

the route

kami datang ^_^

pulangkan Luge dan beratur lagi.. 

Lepas berLuge, kitorang pun bergerak ke platform Bungy Jumping. Temankan Shaz ngan Shima berbungy katanyer..tempat bungy tu memang nampak menyeramkan.. kalau paragliding tu aku rasa ok lagi sebab tak nampak la sangat nak turun bukitnya tu kan.. ni celah-celah cerun.. lepas tu ada platform yang cuma di pacak dengan tiang-tiang.. T_T memang aku tak buat la.. hahahaha



Term & Condition

bungy jumping platform

combo package

lapa plak..

map of Skyline

G-Force paragliding

lepas acara terjun menerjun.. kitorang pun bergerak turun dari Skyline untuk ke acara soping menyoping pulak.. aku ngan Shaz terus pegi ke DF Souvenir dan soping macam-macam kat situ.. DF Souvenir ni ada kat Queenstown ngan Christchurch tau.. walaupun sama kedai, tapi harga DF Souvenirs kat Queenstown murah sikit dari kat Christchurch.. so, beli la souvenir awal-awal supaya nanti tak kelam kabut.. ^_^

lepas acara bersoping kat DF Souvenirs, Shaz ajak masuk Kathmandu nak cari backpack katanye.. so, aku pun ok saja.. sampai kat Kahmandu, aku terbelek microfiber towel.. eh.. murah....Buy 1 Free 2.. ko ado? maka aku pun beli la Buy 1 Free 2 tu, dengan harga NZD59. Microfiber towel ni memang sesuai untuk traveller.. sebabnya dia serap air dan tak busuk. apa lagi.. aku borong la.. kat Kathmandu plak masa tu tengah ada easter sale.. murah-murah barang dia.. ada diskaun more than 60%.. memang gile la bersoping...

lepas abis bersoping bagai.. memang kiri kanan la beg.. hahaha... kitorang pun round-round area Queenstown sebab esok nak pegi tempat lain dah.. T_T sedihnya.. best sangat tempat ni.. memang wajib pegi dan masukkan dalam itinerary tau...


lepas tu pegi balik kat Happy Travel update kat Luis yang kitorang dah buat paragliding ngan bungy jumping.. dia pun happy sebab kitorang dah buat menda wajib kat Queenstown ni.. huhuhuu... dah puas round, kitorang pun balik ke hotel..


tangga menuju ke Skyline

bandar Queenstown

Queenstown Mall

Village Garden

Village Garden

45 degree naik ke atas

The Remarkable

Peak of The Remarkable

Sunset on The Remarkable

The Remarkable

view from up the hill

awas.. bebiri melintas


balik hotel, kemas-kemas beg.. makan, mandi dan ready for the next journey fot tomorrow..


till then, tatababai

 What's New

You May Also Like

4 orang suka

  1. nina... bestnya!!! nak ikut!!!!

    ReplyDelete
  2. Huiii! Kite pulak yang gayat tengok awak buat paragliding tu yunk.. Ketaq lutut hoii.. Minat tu minat tapi tak berani.. haha!
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  3. rosmiza,
    kita pun sbnrnya gayat tauuu.... tapi sbb dah alang2 sampai.. dan kawan-kawan pun seme nak buat aktiviti.. takkan nak dok sensorang... so buat la sama.. sampai atas memang ilang gayat tengok pemandangan yang ohsem tu.. ^_^

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^