Wednesday, October 29, 2014

Where Dream Come True : South Island, New Zealand Day 9

ROUTE : WANAKA - HAAST - FRANZ JOSEF


Dah nak balik dah.. kejap je dah 9 hari berada di luar negara kan.. T_T masa ni memang dah rindu segala macam mak nenek masakan Malaysia terutama nasik lomak.. kohkohkoh.. dasar orang Melayu tak sedar diri.. pegi mana-mana pun mesti cari nasi lemak, teh tarik, roti canai.. kihkihkih..

Perjalanan hari ni tak la rushing sangat macam sebelum ni, in fact.. kitorang gerak lambat pun dari Wanaka ni ke Franz Josef. Ada apa pun kat Franz Josef tu, kitorang just jadikan persinggahan je sebelum kembali ke Christchurch. Tapi kalau orang berwang, bole la buat macam-macam aktiviti kat sinun.. ada glacier walk, ada scenic helicopter, ada bungy jumping... actuallt kat sini, acara bungy jumping ada di mana-mana.. even kat Wanaka pun ado.. tapi kalau tiap tempat kami berhenti nak buat bungy jumping.. gamaknya hilang la rasa gayat tu ek.. kikikii... 

perjalanan dari Wanaka ke Franz Josef mengambil masa lebih kurang dalam 4 jam sahaja. So, no rushing. Malah sepanjang perjalanan ke Franz Josef, kitorang banyak berhenti amik gambar.  Perjalanan kali sebenarnya agak mencabar juga tau. Bukan mencabar macam mana... jalan dia tu banyak selekoh. Kejap-kejap jumpa selekoh.. aku ni dah la seriau sikit lebih-lebih lagi jalan masa tu licin la pulak. Memang kena sentiasa alert dan sentiasa berhati-hati.


gloomy

sejuk ke mak encik?

pesisiran tasik

Edward? are you there?

antara aktiviti di Haast

ikut signboard Greymouth

bridge in front

this is the bridge

suka jalan ni

more bridge

Franz Josef glacier

ke kiri untuk ke Franz Josef

bila langit dan bumi bersatu

pekan kecil Franz Josef

Di Franz Josef ni, kitorang menginap di Franz Josef Top 10 Holiday Park. Kat sini agak sunyi berbanding denngan Top 10 Holiday Park di Te Anau. Yang menginap kat sini pun tak ramai, tapi masa petang kitorang berphotoshoot tu.. ada segerombolan caravan datang.. so, tak la sunyi sangat.. tapi sini memang tak ramai orang. Kat sini, kitorang repack apa yang patut.. tinggalkan apa-apa yang patut sebab esok kitorang dah nak fly balik ke Melbourne.

Kat sini aku a bit terkilan la.. sebabnya aku ni bawa segala macam-macam makanan.. banyak bahan makanan yang aku bawa dari Malaysia, tapi kat sini aku tengok hampir 70% barang makanan yang aku bawa tu ditinggalkan sebab tak cukup space. T_T sedih sangat.. aku assume segala macam makanan yang aku bawa tu bole la nak dimakan cukup untuk sepanjang berada di sini.. means.. patutnya tak perlu membeli pape lagi kat sini kan.. tapi menda dah jadi.. maka.. selamat tinggal barang-barang makanan.. aku pun tak dapat nak bawa balik sebab aku sendiri pun dah full.. kira sepatutnya barang makanan tu habis la kan.. tapi sebaliknya...

dah sampai

jom masuk

reception

our room

bathroom.. alamak gegar pulak

bilik depan

dining and kitchen

outside view

photoshoot raya kononnye

Petang tu, dah lepas photoshoot bagai.. kitorang kuar pegi jalan kat town Franz Josef. takde apa sangat pun kat sini.. kat sini aku ngan selesemanya siap beli eskrem.. hahahaha...

pekan sini pada aku kecik sangat.. even supermarket pun kecik giles.. takde rupa supermarket pun.. macam kedai runcit je..

statue

ladies nite anyone?

picnics?

postbox

supermarket

tour

activity at Franz Josef

supermarket

makan eskrem

another view of the Top 10 Holiday Park

malam tu, kitorang berkemas-kemas beg untuk pulang ke Melbourne. Esok adalah last day di New Zealand.. sedih rasa nak tinggalkan sini.. T_T

Nak sebijik rumah comel macam kat bawah ni.. aci tak???

comel gile bilik ni..





till then, tatababai

What's New
Anil Wanina
Anil Wanina

I'm a full-time Assistant IT Analyst with passion on travelling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty and event. Give some love and good comments so we can share thought and experience together. ^_^

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^