10 Random Facts About Me When I'm Travelling

by - 12:31:00 PM

Selepas sebulan.. baru la berkesempatan nak melunaskan tag yang dibuat oleh DJ yang ohsem lagi comel itu.. eh eh.. aku pun comel juga.. ^_^ okey la.. sama-sama comel kan.. hihihi... sape la nak puji diri kita ni kalau bukan diri sendiri kan.. hikss...

Okey.. rujuk balik entry DJ mengenai 10 Random Facts About Me When I Am Travelling.. whoaaa.. panjangnya la soalan dia.. hahaha.. macam tesis Master neh.. okey takpe.. kita jawab seikhlasnya.. mana tau dapat 4 flat.. kikiki...

Baiklah kawan-kawan.. jom tengok.. apakah fakta yang bakal aku kemukakan.. kot la kita sama kan.. ^_^

1. Jadi organizer

Ni sejak tahun 2010 kalau tak salah aku, masa aku tengah plan trip ngan kawan-kawan opis lama nak pegi Padang. Tengah aku riki-riki tiket flight, tetiba officemate aku berminat pulak nak polo.. bukan sorang dua.. tapi 8 orang.. hah kauu.. amik ko.. dari nak beli tiket utk diri sendiri.. terus beli tiket untuk rombongan cik Kiah pulak ye.. dari 8 orang tambah pulak 12 orang nak polo.. masa ni aku buat kutipan duit secara kutu la.. sebulan aku collect RM50.. tu pun ada yang ngelat sebab dorang ni semua budak kontrak bukan semua ada CASH.. masa trip ni paling best aku rasa sbb semua sedondon.. sebab aku sempat buat T-Shirt untuk kitorang 1 group.. lepas tu, banyak lagi aku arrange trip untuk classmate aku, dari Krabi sampai la Bali.. best wokkk... walaupun aku organize trip ni.. tapi aku tak charge sesen pun tau.. ni seme atas dasar kita kawan, kita travel sama-sama.. gituu... ^_^

kenangan di Padang


2. Suka merancang percutian

Ini aku rasa mostly pun macam ni kan.. bila kita merancang, kita dapat jimatkan banyak kos terutamanya tiket flight. Tiket flight ni biasa la.. lagi lama kita beli dan peram tiket tu, lagi murah la dia.. Kalau esok nak travel, rini baru nak beli tiket.. memang bapak mahal T_T.. so, rancang percutian.. ada pros and cons juga la.. takut tetiba percutian yang dirancang tu tak jadi atas sebab-sebab lain. Contoh cam bebaru ni, aku ada short trip pegi Langkawi.. tapi terpaksa tak pegi sebab aku ada outstation. Mujur la tiket murah kan.. kalau tiket pegi New Zealand, memang aku takmo pegi outstation tu.. kahkahkah.. tiket paling lama aku penah beli adalah 1 tahun 2 bulan nye tiket.. gile lama nak menunggu.. kikiki.. tapi bila dah secure percutian dengan tiket flight ni.. secara automatik kita dapat buat saving sikit-sikit kan untuk trip kita tu kan..

riki-riki tiket tahun depan


3. Main kutu untuk cover kos bercuti

Yang ni ramai kawan-kawan aku tanya.. mana la ko dapat duit pegi bercuti ni.. kadang tu.. sebulan sekali pegi oversea.. uik.. mana de sebulan sekali... tapi ada la tahun bila tah.. 2011 kot.. memang ada sekali tu.. aku pegi oversea sebulan 2 kali.. trip ngan kawan-kawan dan dengan family.. kena balance la kan.. yang ni biasa aku main kutu la.. skang ni aku ada main 3 kutu.. kohkohkoh.. banyak gile kutu.. satu kutu taman kat umah aku.. 2 kutu kat opis lama.. kutu opis ni biasanya kutu yang aku guna untuk pegi travel.. macam aku pegi New Zealand ritu.. aku main kutu RM200 untuk 12 bulan.. total dapat dalam RM2, 400 la kan.. kos ni la yang aku tampung untuk kos perbelanjaan aku kat New Zealand tu.. tambah la sikit ngan duit gaji kan.. time bila nak dapat kutu tu.. aku siap-siap bajet nak dapat bila.. cam ritu, aku nak pegi New Zealand bulan 4, so.. kutu tu aku kena dapat bulan 3. deal la ngan mak kutu kan.. cam kitorang main ni kutu mati.. dah siap setkan sape dapat bila.. yang ni kena pakat betul-betul ngan group kutu la.. group kutu kitorang memang terbaik.. dulu masa plan nak pegi Korea.. siap buat kutu Korea.. kohkohkoh.. tapi masa tu kawan aku je pegi.. aku tak dapat pegi sebab masa tu ayah aku sakit.. so, korang pun bole try.. ini antara saving yang korang boleh buat la untuk travelling.. kalau simpan ASB / ASW ni aku rasa cam susah sikit sebab aku ni kadang-kadang terguna duit ASB / ASW untuk kos perubatan ayah aku.. so, gunakan cara lain iaitu KUTU.. ^_^

untung la kalau duit kutu banyak ni..


4. Suka packing barang last minit

Yang ni memang dari dulu kini dan selamanya kot. Walaupun perancangan travel tu dah setahun.. tapi esok nak travel.. rini la baru hegeh nak kemas beg, nak cari itu, nak cari ini.. hahahah.. biasanya, untuk percutian luar negara.. aku dah cari barang especially barang-barang keperluan diri, stok-stok makanan dal lain-lain seminggu awal. beza sangat kalau bercuti di dalam negara.. sebab kita tak yah nak tukar-tukar currency kan.. hihihi.. amalan suka packing last minit ni bukan aku sorang je.. en suami ngan anak aku pun camtu gak.. adoiyai.. like mother, like daughter.. ^_^

dah last minit seme campak-campak je


5. Tak cerewet tentang makan bila travel

Yang ni aku tak kisah.. yang penting kenyang.. tu je.. tu yang aku suka bawa stok-stok makanan dari rumah tu.. tak yah banyak.. megi dalam 2-3 bungkus, 3 in 1 instant drink pun dalam 4-5 paket.. okey la tu kan..pastu jajan-jajan tu kena ada juga la.. kang boring takkan nak makan angin je.. bila kat tempat percutian tu.. memang la ada kuar duit sikit nak makan makanan local kan.. yang tu pun aku tak banyak bunyi.. ada orang yang bila pegi Jepun.. nak makan sushi je.. kalau murah singgit dua takpe la jugak.. ni memilih pulak.. takmo makan sayur.. nak makan sushi je.. haihhh.. susah juga kalau dapat travel partner macam ni kan...

perisa tomyam is a MUST!


6. Suka amik gambar / suka diambil gambar

Yang ni aku suka sangat... suka sebab kat sini la aku dapat nak abadikan kenangan-kenangan aku kat tempat percutian kan.. aku suka amik gambar pemandangan dan gambar diri sendiri juga.. hihi.. kena adil la kan.. kalau pergi bercuti dengan kawan-kawan.. yang ni la yang kawan-kawan perlu faham juga la.. kita cuti sama-sama.. bukan aku amik gambar ko sampai cramp jari aku.. pastu ko takmo amik gambo aku.. agak-agak la weihh... sentap mekk!!! so, menda ni la antara perkara-kara yang aku amat pertimbangkan kalau pegi bercuti.. tapi skang ni kalau takde orang nak amik gambar kita pun takpe.. sebab dah ado monopod kan.. tapi tetap tak sama tauu.. sebab bila kita amik gambar kawan kita, kawan kita pun amik gambar kita.. baru la best.. boleh build strong friendship.. kalau pegi ngan family pun macam tu.. tapi within family memang memasing faham la kan.. so kawan-kawan.. sape nak bercuti dengan diriku? ^_^

U take my pix, I take your pix.. ^_^


7. Suka shop untuk orang, tapi diri sendiri...

Bila dah sampai tempat orang.. souvenir tu WAJIB kan.. selain gambar sebagai kenang-kenangan.. cenderahati pun kena ada sebagai tanda kita dah sampai situ.. biasanya ni fridge magnet la kan.. yang ni memang kalau pegi travel.. memang kawan-kawan aku pun akan bawa balik menda yang sama..sampai aku ada satu group dalam wassap ni.. dah berjanji-janjian.. kalau pegi cuti mana-mana, wajib belikan T-Shirt dan fridge magnet as souvenir.. kira exchange souvenir la kan.. semua tu plak kaki jalan.. memang T-Shirt souvenir berlambak2.. macam bebaru ni aku pegi Samui tu.. boleh plak aku lupa nak belikan souvenir utk diri sendiri.. T_T aku dok beli utk members dalam group tu je.. last2 untuk diri sendiri ngan family takde.. owh.. sedih gile.. dapat la seketul fridge magnet yang aku beli pun tak banyak.. ada harapan kena repeat lagi neh.. kikiki.. selain dari souvenir macam tu.. aku juga dah rajin tulis poskad tauu... walaupun menda ni tak la mahal mana.. tapi part of souvenir gak tau.. tulis poskad untuk diri sendiri dan tulis tentang pengalaman diri sendiri kat negara orang.. owh.. bila baca tu mesti rindu rasa nak repeat repeat lagi.. hihihi

cari souvenir utk kawan.. diri sendiri??


8. Accomodation ikut bajet

Seterusnya, accomodation. Macam yang ni.. ada certain penginapan aku aku cari bilik yang bajet gile.. bebaru ni aku penah duduk bilik dengan harga RM49 semalam untuk 3 orang.. bersempit-sempit dalam bilik tu.. katil pun ngam2 dari hujung dinding ke hujung dinding.. asal bole tido la kan... tapi kalau ada bajet.. aku akan duduk hotel mahal sikit la.. macam kat Samui ritu.. aku booking Villa.. yang ni memang la mahal.. tapi sebab aku dah rancang lama.. kos dia pun aku dah simpan lama.. so, apa la salahnya laburkan sedikit duit untuk  duduk kat Villa pulak kan.. anak pun gembira kan.. bukan hari-hari kan.. sekali sekala.. ^_^




9. Pakaian masa travel ikut tema

Yang ni aku banyak terpengaruh dengan gambar-gambar cantik friend list aku dalam Instagram. mau tak terpengaruh nya.. gambar dorang cantik-cantik kot... dulu aku ni nak travel jauh bole pakai selipar, t-shirt ngan seluar track. huk oloo.. tak semenggah tul.. hahahaha.. jalan jauh-jauh.. tapi dressing macam nak pegi pasar. So, aku dah bertukar sikit.. tengok la travel mana kan.. Macam kat New Zealand ritu.. temanya santai-santai je.. tapi sebab sejuk.. tu yang nampak pakai sweater je.. lepas ni aku nak cari sweater warna warni banyak-banyak.. kikikii.. tiap kali pegi luar negara, mesti ada 1 hari tu tema hari raya.. hahahah.. so, bawa la juga baju raya ye.. sebab nak buat salam perantauan kekdahnye.. kuikuikuii

sempoi gilak... hahahaa


10. Suka repeat tempat travel

Last but not least.. aku ni kalau dah sekali suka satu tempat tu.. mesti nak repeat balik.. Masalahnya.. semua tempat yang aku dah pegi tu aku suka.. so, semua kena repeat lagi ke??? hahaha.. ni la masalah aku ni.. macam Padang aku pegi sekali ngan kawan-kawan, kali kedua aku pegi lagi tapi dengan family. Krabi pun macam tu.. dah pegi dengan classmate.. setahun kemudian.. pegi lagi dengan family kali ni siap bawa adik aku pegi hanimun.. kikikii.. Langkawi pun macam tu.. dah macam balik kampung dah.. rasanya Langkawi tu tiap tahun aku pegi kot.. tapi tu tak bermakna aku tak explore untuk tempat lain ye.. tempat-tempat yang aku tak penah pegi pun aku nak explore juga.. itu keutamaan.. kalau ada bajet lebih.. insya allah.. repeat 88 kali pun bole.. hihihi

Krabi.. dah 1 kali repeat.. nak repeat lagi ke?


11... eh.. dah abis kan... nak 10 je kan... hihihi... 10 je la ye... kang banyak-banyak nanti korang boring.. so, aku nak tag kawan aku yang baru berjinak-jinak dengan dunia travelling ni... aku nak tag Zunainah yang baru balik dari Bali tu dan MommyEiman yang asik post gambar makanan je.. saje je wat aku lapar.. ^_^

Okey DJ.. dah langsaikan hutang.. yeayyy... boleh tido dengan lena lepas ni.. hahahhaa


till then, tatababai

What's New

You May Also Like

2 orang suka

  1. hahahaha ok fine both comel dan cute!boleh gitu?hahaha wahhhh cekgu nak bagi 4 flat lah macam ni....terbaik!hahahaha

    ok part kutu tu mmg tak pnah terpikir la....menarik tuh...nak cuba buat gak la kat opis nih nanti....hehehehe

    ehem ehem...istanbul?berdarah hati kuuuu....oh....

    ReplyDelete
  2. DJ,

    hahahha... kutu tu penyambung segala macam trip.. kikikii.. kalau takde kutu tu.. macam lost je.. huhhu.. dah sambung kutu tahun depan utk next trip kononnye.. hahahaha

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^