Thursday, November 6, 2014

5 Sebab Kenapa Naik Flight Bergegar / Bergoyang!


Lately kat Facebook aku dok sibuk la semua orang cakap pasal flight gegar tak gegar... hahahah.. adoiyaii.. saje je kawan-kawan aku ni kan.. ^_^

Tersebutlah alkisah.. ada la sorang kawan ni Adilah (bukan nama sebenar).. nak plan trip ke luar negara katanya.. sambil-sambil Adilah ni riki-riki tiket flight.. tetiba kawan Adilah, Aishah (bukan nama sebenar) tanya kat Adilah ni.. "Wei.. ko cari tiket tu jangan mahal-mahal sangat.. amik yang paling murah tau...." Adilah pun roger and take note.. Nak cari yang murah tu bukan senang.. so, mencari la si Adilah ni kat skyscanner.com, kayak.com dan segala macam .com lagi la dia cari sebab nak buat comparison flight yang termurah.

Dah cari, dah jumpa.. lepas tu Adilah ni share pulak kat Aishah kata dah jumpa flight yang murah untuk pergi balik. So, si Aishah ni pun memula ok.. lepas tu Aisyah tanya pada Adilah, "Wei.. aku dengan flight yang ko cari ni kuat gegar.. takmo naik la.. kita naik flight yang tak gegar la.." Si Adilah ni garu kepala. "uik... ada ke flight yang tak gegar?"



Situasi ni somehow mesti ada terjadi kat korang kan.. hahh.. especially bagi yang bebaru berjinak-jinak dengan kapal terbang ni.. Aku faham.. lepas beberapa ketika especially kepas kejadian malang MH 370 dan MH 17 ni.. mesti ramai yang rasa ragu-ragu dalam pemilihan kapal terbang. So, bila dengar perkataan 'GEGAR' tu mesti ada rasa was-was terus nak naik. Dah terus terbayang 'FINAL DESTINATION'.. betul tak? aku pun kadang fikir macam tu juga.. tapi takde la terlalu trauma sampai banyak songeh nak flight murah pastu takmo gegar.. pastu kalau bole pejam celik dah sampai. Kalau macam tu nye gaya.. cari sendiri lorr.. Kesian kat member yang tolong riki-rikikan tiket ni..

So, rini aku ada masa sikit nak buat research la kenapa kalau kita naik kapal terbang.. sedikit sebanyak mesti bergegar / bergoyang..

1)  Bila pesawat langgar awan

Yang ni confirm la kan.. korang cakap kat aku, kalau dah namanya kapal terbang.. ada ke kapal terbang yang langgar ombak? Mesti la dorang langgar awan kan.. yang ni biasanya kalau yang amik flight tengahari. Masa tu pulak matahari tengah menegak kat atas kepala, awan yang terpilu confirm-confirm la merata-rata. Tapi tak semua la awan tu kapal terbang langgar.. ada awan yang boleh di langgar, ada yang tak boleh.. ni ayah aku cerita la.. ayah aku dulu keje kat airport.. so, dia banyak cerita pasal ni.. even masa kapal terbang nak berlepas tu, mesti ada langgar awan-awan kecik kan.. takkan la setiap awan yang ado tu nak elak.. agak-agak la.. ingat bawa beskal nak cilok-cilok?


2) Bila hujan lebat

Hujan lebat ni biasanya kalau kapal terbang dah berada lebih kurang 10,000 kaki dari paras laut, memang tak kena hujan la kan.. biasanya ni jadi masa nak take off atau masa nak landing.

3) Air pocket
Yang ni aku biasa kena kalau jalan domestik terutamanya ke belah-belah utara. Air pocket ni atau dalam Bahasa Melayu, poket udara ni merupakan kawasan bertekanan rendah di ruang udara yang menyebabkan kapal terbang yang melaluinya terturun dengan tiba-tiba. Yang ni pun aku penah kena masa pegi Melbourne dulu. Tapi masa tu pakej skali datang, air pocket + turbulence.



4) Air Turbulence

Air turbulence ni terjadi bila aliran udara laju dan perlahan bercampur aduk pada masa yang sama menjadikan gelora udara berlaku. Ini kalau dalam bahasa mudah, aku bagi contoh, kita nak menyeberang sungai..ada 2 aliran sungai satu deras dan satu lagi perlahan. so, bila kedua-dua aliran sungai yang deras dan perlahan ni bercampur di tengah-tengahnya tu.. kita yang nak jalan kat tengah tu jadi tak stabil kan antara air sungai yang menolak kaki kita dengan kuat, dah air sungai yang menolak kaki kita dengan perlahan. Gitu!! Yang ni pun aku rasa masa pegi Melbourne. Bila datang skali ngan air pocket.. bukan takat gegar.. terus menjunam flight tu.. nasib la pilot dapat kawal keadaan masa tu.. kalau tak.. dah arwah dah aku T_T


5) Debu gunung berapi

Yang ni jarang-jarang la berlaku kalau korang travel dalam Malaysia ni. Tapi saje aku masukkan juga.. just in case la kalau ada yang nak pegi Hawaii.. kan sekarang ada gunung berapi tengah meletus kat sana.. Nauzubillah.. tapi yang ni the worst case scenario yang aku penah tengok dalam Air Crash Investigation.. enjin flight berhenti berfungsi terus sebab debu gunung berapi. Minta dijauhkan la ye..



So, inilah antara 5 sebab kenapa kalau korang naik flight.. flight korang bergegar.. tipu la kalau ada orang cakap dia naik flight tak penah bergegar.. memang sesuatu yang sangat-sangat mustahil wokey.. mesti akan gegar waima sedikit pun... sedangkan naik feri pun bergegar sebab langgar ombak kan.. inikan pula naik flight..



till then, tatababai

What's New

6 comments:

  1. setiap kali naik flight mesti terdetik dalam hati 'kalaulah txxhxxpxx' pandai-pandailah korang fikir :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah.. kita bersangka baik saja.. ^_^

      Delete
  2. Replies
    1. saffuan,
      kena kongsi sbb kadang org tak faham.. pastu suka main serkap2 jarang.. hihihi

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^