The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Tuesday, November 4, 2014

Dream Trip to Macau


Masa aku dapat info pasal Dream Trip to Macau ni, aku masih di Thailand. Thanks to Nuffnang Malaysia dan Macau Government Tourist Office (MGTO) sebab anjurkan contest Dream Trip to Macau ni.

Aku ni kalau bercuti, suka planning. So, kalau tahun depan aku nak bercuti, aku dah siap-siap beli tiket, siapkan itinerary, accomodation semua tahun ni. So, kalau kira-kira dalam perancangan cuti-cuti luar negara aku dalam tahun depan.. Macau memang takde lagi dalam senarai sebabnya aku nye perancangan cuti stop sampai bulan 3 je.. lepas tu memang BLANK tak tau nak pegi mana...

So, bila Nuffnang Malaysia dan Macau Government Tourist Office (MGTO) anjurkan contest ni.. aku terus rasa teruja.. sebabnya, mungkin aku boleh masukkan juga dalam travel list aku tahun depan kan... lagipun, fully sponsored.. siapa yang tak nak pegi kan...



Bila memilih tempat bercuti di luar negara, aku suka tengok 4 perkara iaitu :-

1) Culture
2) Signature
3) Adventure
4) Future

Apakah benda-benda tu? Mari kita tengok satu persatu apa yang aku maksudkan.

1) Study the culture from World Heritage Attractions

Senado Square  dan Teater Dom Pedro V adalah antara tempat-tempat yang melambangkan sejarah kebudayaan di Macau. Tempat-tempat ini juga mempunyai keunikan masing-masing yang mana setiap satunya mempunyai sejarah yang tersendiri. Aku nak sangat tengok Teater Dom Pedro V yang terletak di Santo Agostinho Square. Jangan tak tau, pada tahun 2005, tempat-tempat ni telah di nobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.  Jangan tak tau, aku ni kira hantu teater jugak tau... kalau kat Istana Budaya tu.. tiap kali ada persembahan teater yang best, mesti WAJIB aku pegi tengok.. so, kalau dah sampai Macau ni, inilah antara World Heritage Attraction yang aku nak sangat pegi...

Senado Square
Credit  to: www.telegraph.co.uk


Dom Pedro V theatre
Credit to : www.olamacauguide.com


2) City of Dream.. the signature of The House of Dancing Water Show

Ada ke kat tempat lain? Mungkin ada.. tapi aku nak pegi yang kat Macau juga.. nape? sebab show ni WAJIB dilihat kalau dah datang sini. Kalau tak tengok ni, serupa macam korang sambut New Year kat Macau tapi tak tengok bunga api dia. Review-review yang aku tengok dari orang ramai amatlah memberangsangkan.. makanya, aku nak pegi tengok show ni.. mau tak terujanya.. teater ni direka untuk menampung 14 juta liter air.. sama dengan 5 saiz kolam renang di sukan Olimpik. Pentasnya juga memang unik sebab boleh bertukar jadi 2 alam tau.. kejap jadi daratan, kejap jadi lautan.. memang terbuai-buai la dengan alam fantasi kat sana nanti.. aku nak tengok show dia.. dengan kostum dia yang bergemerlapan.. lampu lip lap lip lap yang memancarkan cahaya seiringan dengan pergerakan air yang super awesome. Owh.. tak sabarnya nak tengok!!!

tengok trailer dia je dah teruja.. kalau depan mata.. macam mana la ye.. ^_^


3) Savour the adventure at Macau Tower!

Ini WAJIB! Kalau dah sampai Macau, adalah wajib ke sini. Kalau korang tengok siri Running Man Episod 133.. dorang ada buat bungy jumping kat Macau Tower ni. Memang havoc! Kalau dah sampai sini, WAJIB cuba bungy jumping ni tauuu!!!! sambil-sambil tu aku nak naik ke observation deck tu dan nak tengok bandar Macau. Orang kata, pemandangan dari atas adalah pemandangan yang terbaik untuk melihat pemandangan keseluruhan Macau dan yang paling best, dengan pandangan setinggi 223 meter dan 360° dari setiap penjuru.. Sambil-sambil tu juga.. boleh nikmati senibina Macau Tower yang super awesome ni. Dari sini juga boleh melihat pemandangan seluruh Coloane, Taipa dan Macau. Kalau dapat lepak kat sini selama 1 jam, seolah-olah dah explore satu Macau!

Macau Tower
Credit to : www.irishexaminer.com


4) Shop and dream for the future holiday ^_^

Kalau dah sampai tempat orang.. tak shopping memang tak sah kan.. dan The Grand Canal Shopper di The Venetican Macau adalah tempat yang aku boleh buat all in one.. kenapa? sebab The Venetican Macau ni dibina dengan memaparkan senibina Eropah. Eropah tu antara Dream Trip aku tau.. tapi tak cukup bajet lagi nak kesana.. so kita berangan kat Macau dulu la ye.. dah la senibina dia tu memang European Style.. ditambah lagi dengan konsep dan rekabentuk dia ala-ala Venice. Lepas penat-penat shopping, boleh naik gondola yang menyusuri terusan sambil dengar lontaran suara yang merdu oleh pengayuh gondola.. feeling Itali sangatt... lahai.. tak sabarnya...


The Venetican Macau
Credit to : www.theguardian.com

Ada banyak sebab lagi kenapa Macau ni one of my dream trip.. tapi aku listkan 4 sahaja la ye. Insya allah.. kalau ada rezeki untuk aku menang percutian impian ni.. aku akan share banyak lagi sebab kenapa Macau Must Be Your Dream Trip. So, menda ni la antara sebab kenapa aku nak pegi Dream Trip to Macau.

Kenapa perlu pilih aku?

M = Macau merupakan destinasi impian dan aku belum pernah sampai sana lagi.. sedihkan..
A = Aku nak tengok House of Dancing Water, nak pegi Venetican Macau.. bestnyaaa...
C = Chances untuk semua ni tak selalu ada... oleh itu.. kalau ada peluang.. aku nak grab!
A = Aku dah tak sabar nak tulis semua pengalaman percutian aku ke Macau dalam blog ni..
U = Untuk itu.. silalah pilih aku... ^_^


Terima kepada penaja, Nuffnang dan Macau Government Tourist Office (MGTO) yang sudi memberi peluang kepada blogger-blogger untuk merealisasikan impian untuk percutian impian di Macau.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh rujuk pada Macau Government Tourist Office (MGTO) official website atau laman Facebook rasminya. Banyak informasi yang korang boleh dapat tentang Macau melalui website tersebut.

So, tunggu apa lagi? Jom rancang percutian kita ke Macau.. ^_^

#MyMacau

till then, tatababai

What's New

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^