Aku Menderita Sakit Gigi Selama 3 Bulan!!!

Dah hampir 3 bulan dah aku menderita sakit gigi.. T_T bagi yang tau sakit gigi ni macam mana sakitnya.. memang akan memahami apa yang aku rasa... memang sakit giles... aku rasa sakit beranak takde la sakit sampai macam ni.. hukhukk..

Aku mula start merasai sakit-sakit gigi ni since sebelum pegi Koh Samui lagi tu..  Exact date yang aku betul-betul pegi klinik sebab tak tahan sangat adalah pada 11 Oktober.. masa ni kalau tak salah kitorang bawa Iman pegi renew passport.. tapi split la.. aku pegi klinik sebab nak tengok sakit gigi ke tonsil.. sebab masa memula kena tu takde la rasa sakit sangat dalam gigi.. rasa macam kat tekak je..


Then dia bagi ubat surut bengkak je.. so ok la.. takde pape katanya.. kalau sakit lagi.. maybe sakit gigi.. so, dengan harapan tinggi menggunung.. dok harap tak yah la nak sakit gigi sangat... aku tak suke... tapi nampaknya tak surut-surut bengkak tu.. so pada 18 Oktober pulak.. aku pegi Klinik Pergigian Lita Alis.. dah alang-alang nak check gigi kan.. aku pegi la klinik swasta terus.. sebab ari Sabtu klinik gigi gomen takut tak buka. Masa ni macam dah.. harap-harap takde pape la... harap-harap.. takat scaling gigi je la.. tapi... hukhukk...

Doktor kata ada gigi bongsu nak tumbuh.. aku pun macam WHAT????? doktor kata kena wat minor operation untuk buang gigi tu.. sebab gigi tu tak naik abis lagi.. aku pun macam.. mm.. takmo wat dulu la.. 2 ari lagi nak pegi Koh Samui.. tak best la aku pegi Koh Samui dengan kena pantang makan bagai.. dah tu pulak.. pada hari yang sama.. aku kena standby keje kat PICC.. so, susah la pulak aku nak wat keje dengan gigi baru lepas cabut.. mesti sakit giles... then tanya doktor tu.. bape kos untuk cabut gigi.. dia kata dalam RM500++ gitu.. aku ON je tapi sebab nak pakai duit pegi Koh Samui ni.. so, bertangguh la dulu.. tapi wat la juga scaling gigi ngan cuci gigi bagai.. terbang RM200... vavavavaa...


Lepas tu aku pun takde masalah nak makan ke apa ke.. seme relaks-relaks je.. aku pun terus melupakan hasrat nak cabut gigi sebab aku rasa gigi aku OKEY je.. bole je aku mentekedarah makan macam-macam kan... sampai la sebulan kemudian.. tetiba sakit itu datang lagi.. aku pun macam... hukhukk.. kenapa ni??? takkan kena cabut jugak?? 

Memula tu macam.. takmo la... bole tahan lagi.. tapi sampai la satu tahap.. memang aku dah tak tahan.. nak cakap pun malas.. orang tegur sikit confirm aku mengamuk + sentap + merajuk.. hukhuk.. apakah perangai ini??? So, encik suami pun bagi cadangan.. "pegi je la klinik.. kita serah diri..." tapi ayat dia takde la macam tu tauuu...

Ayat dia memang ayat nak minta pelempang.. "sakit gigi je pun.. bukan bole mati.. esok kita serah diri je la ye.. " aku ni dah la sakit gigi punya la nyut nyut sampai tarik kat kepala.. tak penah-penah aku migrain.. sebab sakit gigi ni aku terus kena migrain.. arghhh... bila dah sakit macam ni.. kena plak ngan urat saraf tunjang, medula oblongata seme ni.. (eh.. ada kena mengena ke?).. jadi menda kecik pun terus jadi besar.. hukhukk

Then esoknya iaitu pada 17 November aku pun serah diri.. see.. sebulan lebih aku menderita sakit gigi dari bulan Oktober lagi.. punya la kuat semangat (ke kus semangat) dok menahan diri dari kena cabut gigi.. 

Awal pagi aku dah bertapa kat Klinik Kesihatan Salak Tinggi.. kenapa tak pegi kat Klinik Kesihatan Putrajaya? Sebab dekat sikit klinik tu ngan umah aku.. aku malas nak berulang alik kot la tetiba nanti dapat MC kan...

So, sebelum kul 8 pagi lagi aku dah jejak kaki kat klinik tu.. mula la debaran tu.. dah la dengan pipi sebelah bengkak dah macam bola dalam Piala Suzuki AFF tu dah.. muka pun sugul je.. encik suami kata, memang betul-betul muka nak serah diri ni.. aku malas nak layan.. aku diam je..



Lebih kurang kul 8.10 pagi macam tu.. kaunter pun bukak.. nurse tanya.. penah datang tak? aku cakap tak penah datang.. so dapat la satu borang kaler pink ni.. soh isi semua maklumat katanya.. okey.. dah isi semua.. soh tunggu sebab doktor tak sampai lagi.. okey.. takpe.. aku pun takmo rushing sebab aku takut.. muahahaha..



Sambil-sambil tunggu tu.. aku dok pusing-pusing juga la kat klinik ni.. ooo.. rupanya ada subsidi kerajaan untuk rawatan pergigian.. kenapakah aku tak tau??? sebab tak amik tau ke atau sebab ini adalah pertama kali aku wat rawatan gigi selepas 8 tahun.. kahkahkahh...



Tak lama lepas tu, nombor aku dipanggil. Doktor perempuan yang muda gitu.. masuk-masuk je aku dah berdebar-debar dalam hati.. tapi pandai dia amik hati aku.. dia kata, sori lambat sikit sebab dia kelam kabut rini  anak dia muntahkan kat baju dia. ada la dalam 3 minit macam tu dia cite pasal anak dia.. then kitorang sembang kejap.. maybe dia nak tenangkan hati aku yang agak gusar takut kena cabut gigi ni kot... 

So, dia datang dekat aku.. turunkan kerusi dan suluh muka aku.. lebih tepat lagi kat mulut aku.. dia soh nganga.. aku pun nganga.. dia tanya nape.. aku cakap aku sakit gigi le.. dia tanya belah mana.. aku kata belah kiri, bawah.. dia pun check-check.. apa tah dia dok garu-garu gigi aku pakai besi tu.. ngilu sehhh.. then dia bangun dan soh kumur-kumur.. aku tanya kenapa.. dia kata, "gigi bongsu nak tumbuh.. tapi saya tengok elok je.. pastu kat sebelah gigi bongsu tu.. ada gigi yang dah pecah.. ada 2 procedure yang saya akan buat tapi bergantung pada keadaan gigi awak la nanti..tapi saya tak dapat nak buat semua tu sekarang sebab sekarang tengah bengkak.. saya bagi dulu ubat surut bengkak dan painkiller.. awak datang lagi minggu depan"

Dia tanya, sebelum ni ada amik pape ubat tak? aku kata aku amik Ibuprofen. Dia kata kuat ubat tu.. tak leh makan selalu sebab effect kat buah pinggang.. aku terus takut wokey.. dia kata bole je nak makan tapi kena minum air banyak.. aku tengah sakit gigi ni memang susah la nak minum air banyak-banyak sebab rasa ngilu.. T_T

Aku pun kuar sambil sengih-sengih kat encik suami..gitu hahh... kira dah selamat ke ni??? oh tidak.. debaran itu terpaksa di bawa semula ke minggu depan.. aku pun macam.. okey la... sebab memang bengkak kot.. then sebelum aku kuar dia kata"minggu depan sebelum datang, makan dulu kenyang-kenyang"bertambah lagi debaran tu sebab macam confirm je minggu depan nak cabut gigi ni..

Balik.. pegi farmasi amik 2 ubat ni.. antibiotik Amoxicillin ngan painkiller Ibuprofen.. 



Minggu depannya, 24 November aku datang lagi.. dah surut bengkak dan yang penting.. dah tak berapa sakit sangat dah.. tapi sebab dah appointment kan.. kena la datang jugak.. lagipun dah janji nak cabut gigi kann.. T_T 

Macam biasa, orang pertama.. bertapa di Klinik Kesihatan Salak Tinggi sampai kul 8.30 pagi kot.. pepagi tu pulak boleh pulak nurse-nurse ngan doktor-doktor ni wat meeting audit katanya.. aku dah macam.. ehhh.. meeting audit.. confirm lepas meeting dorang stress.. lepas tu?? aku orang pertama.. huwaaaaaa... dah dapat bayangkan dah ni.. hukhuk...


Dalam 8.35 pagi macam tu.. baru dipanggil masuk.. saja la wat sembang ngan doktor tu.. doktor yang sama macam minggu lepas tau.. kira okey la sebab dia tak history kan.. dia tanya.. dah surut bengkak ke? aku cakap dah.. dia pun datang dekat aku.. aku tengok mood dia OKEY je.. so.. okey la kot.. dalam hati dah redha ni.. bahahaha.. then dia kata, "dah surut bengkak.. tapi saya tengok gigi awak ni okey.. tak perlu cabut dulu" aku pun dalam hati.. ehhh.. tak yah cabut.. terus rasa gumbira nak goyang-goyangkan perut.. then, dia sambung,"awak umur berapa sekarang?" aku memang tak dapat nak kata apa la sebab mulut aku tengah nganga kot.. then dia tengok kat rekod perubatan.. dia pun kata.. "owh.. awak baru umur 33 tahun kan.. kita tunggu awak umur 35 tahun baru kita tengok perlu cabut ke tak.." aku terus.. ehhh.. bistu kalau nanti sebelum cukup umur 35 tahun tetiba sakit lagi macam mana?? tapi dalam hati je la.. tapi dalam pada tu.. aku dah gembira.. sebab masa tu memang tak rasa sakit gigi lagi dah...

Then doktor tu kata, "gigi sebelah ni dah pecah.. patutnya kita cabut.. tapi saya tampal je dulu..tengok macam mana.." so, ritu kira tampal gigi je la.. then, dia kata, "lepas ni awak akan rasa ngilu.. tapi tu semua biasa je.. lepas 2 minggu awak datang lagi kita buat scaling gigi pulak" masa ni bajet gigi dah OKEY la tak yah cabut kannnn... Masa dia wat tampalam Amalgam kat gigi tu.. memang tak tak sakit.. tapi doktor tu tekan atas bibir aku ni sakit gile... adoiyaii.. soft sikit la doktor... patient ni sakit tauu..

So, keluar dari bilik doktor dengan muka senyum sebab tak yah cabut gigi.. kira dia wat 1 procedure je la.. yang lagi 1 procedure tu tunggu 2 tahun baru buat.. muahahah.. encik suami pun pelik.. eh.. pepasal kejap je ni..

Nak dijadikan cerita.. lepas seminggu tampal gigi.. gigi aku pun dah kembali OKEY.. takde berdenyut-denyut lagi.. tapi seminggu kemudiannya.. ianya kembali lagi.. T_T aku dah macam.. oiii... udah-udah la tu sakit gigi weihhhh.... tapi kali ni memang tak tahan bebeno.. kali ni aku macam pasti kena cabut..

Memula tu aku wat biasa je.. nyut nyut tu aku bolayan je.. tapi dah makin lama makin kuat pulak kesakitan ini mencabar kesabaran aku.. Sampai la semalam.. ye.. semalam 11 Disember.. genap 3 bulan dari aku memula pegi Klinik Pergigian Lita Alis tu.. dari ON OFF ON OFF sakit gigi ni.. kali ni memang ON je.. takde OFF dah.. semalam balik keje.. aku paksa encik suami bawa aku pegi klinik.. aku dah tekad... tak kira.. nak cabut jugak.. aku dah tak tahan.. mau idaknya.. dah bape ari ni tido tak lena.. kekiri tak kena.. kekanan tak kena.. seme tak kena.. memang sakit tu dah sampai kat kepala dah ni..

Tapi Klinik Kesihatan Salak Tinggi tu dah tutup pulak.. aku dah macam.. rasa nak mati pun ada.. T_T sakit gile.. dah la dengan tengahari tu aku tak makan sebab sakit yang amat sangat.. pastu dia ajak pegi farmasi.. atas nasihat Pharmacist tu, dia beli 2 menda ni.. Camilase (antibiotik untuk surut bengkak) ngan Oral Aid Lotion untuk kebaskan gusi so tak la sakit sangat..

Malam tadi.. aku belasah Oral Aid Lotion tu sampai 3 kali aku boh.. tak tahan sangattt... setiap 2 jam sekali aku terjaga.. masa tido tu siap mimpi-mimpi sakit gigi lagi.. hukhukk... gile laa...

Masa siang tak terasa sangat.. malam tu yang terasa sangat rasa nak cabut kepala ni pun ado!!!!!

\

Pagi ni aku wat research... apa la masalah gigi aku ni.. so, inilah rupanya keadaan gigi aku sebenarnya.. wisdom teeth rupanya.. gitu ye kenkawan..gigi tumbuh separuh je.. senget pulak tu.. sebab tu gigi sebelah dia pecah.. kalau kes macam ni.. memang kena cabut.. so aku pun redha dan pasrah.. 

Mengikut apa yang aku baca.. memang kena cabut.. korang baca kat sini..



So, sambil-sambil tu.. aku wat research juga klinik yang kawan aku recommend kat Dengkil iaitu Klinik Pergigian Mesra..

Aku tanya kul bape last bukak.. dia kata kul 6.30 petang tapi time tu dia dah tak amik patient dah.. so maknanya aku tak dapat wat rini la.. so aku cadang nak pegi ari Sabtu ni.. tapi masalahnya tak surut bengkak lagi ni.. so aku tanya dia.. bape kos untuk cabut gigi..

Zura, staff nurse yang bertugas masa tu.. dia kata kalau untuk cabut biasa kosnya dalam RM100++ .. kalau macam kes aku ni.. tumbuh separuh je.. kena wat minor operation dengan anggaran kos RM350 - RM400++.. (ada diskaun lagi tak???) #lempangbanyakkali

Murah la sikit dari yang kat Klinik Pergigian Lita Alis ni kan.. tapi kat Klinik Pergigian Lita Alis tu pun dia buat lembut je... cuma aku ni out of budget sikit since aku baru je gunakan gaji aku untuk kos perubatan ayah aku.. so, untuk diri sendiri memang takde bajet dah ni.. ada je dalam ASB, ASW tapi dah hujung-hujung tahun ni malas nau nak kuarkan.. redha je la ye..

Pulak tu, recommended dari kawan aku yang penah cabut gigi kat Klinik Pergigian Mesra tu..  katanya doktor dia wat tak sakit.. so, itu je la option aku... so, aku harap Doktor Faiz yang bertugas kat Klinik Pergigian Mesra tu nanti dapat cabut gigi aku dengan penuh kemesraan. Tunggu surut bengkak dulu.. baru la serah diri buat kali tah keberapa dah ni weihhhh....

Sekian, kronologi sakit gigi aku.. T_T doakan aku cepat sembuh ye..

till then, tatababai

What's New
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

11 orang suka :

  1. hehe..lucu je cete ni sis..tp kesian lah bab sakit gg tu...moga cpt2 la dicabut ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu baca balik memang lucu.. tapi bila kenang balik.. T_T tak sanggup nak laluinya lagi..

      Delete
  2. Hahaa..sakit gg mmg pengalaman yg sangat2 buat saya pun tk nak cabut dah... saya pernah kne kes ni..mmg tak nak dah cabut..gg gerham pulak tu... semalaman tak tdr sebab sakit tu terlalu berdunyut2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ar.. kita tak penah kena cabut gigi.. jadinya takut gile.. dengar plak kawan2 cite yg menyeramkan.. memang takut laa

      Delete
  3. Harap2 le bkn doktor gigi yg aku jumpe hr ne setelah buat appointment sblm ne. Doktor gigi kat klinik kerajaan salak tinggi. Damn...mmg asyik nak meroyan and moody. Ntah le pekehel dgn doktor tu but i know she just dont want me to come back next time for another treatment.

    ReplyDelete
  4. Pulas cabut nye gigi aku mcm cinmakbab...siot je !!!

    ReplyDelete
  5. Xibai nye doktor tu rupe nye dye cabut separuh je gigi aku lg separuh yg pecah tu msh tbenam dlm gusi.

    ReplyDelete
  6. Pecah umpama patah separuh dan tbenam..sakit gila sampai skrg wpun dah seminggu dah cabut..

    ReplyDelete
  7. Adoi terbantutbla plak nak gi salak tinggi gini...rancang nak gi selasa...ke gi dulu then ke tmpt lain jika terpaksa

    ReplyDelete
  8. Allahuakbar... Mmg sakit gg ni sakit yg amat. Sampai rasa satu kepala sakit, migrain pon dtg... Mmg x tahan... Mg segala urusan sis dipermudahkan olehNya... Aamiin...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^