Bila Iman nak ada adik?????

Beberapa hari lepas aku ada share gambar ni kat Instagram ngan Facebook. Sian anak aku sorang ni.. main sorang-sorang... nak wat apa semua sorang-sorang.. Kalau balik kampung tu, bukan main dia suka.. sebab ada sepupu-sepupu dia nak main sama..

Ramai kata selalu cakap.. "bagi la Iman adik!! Kesian dia, sunyi tu.." Hmmm.. kalau nak bagi adik tu semudah nak bagi aiskrim kat budak-budak.. dah lama aku bagi dah... 

Kadang-kadang.. bila kita berbicara samada dengan kawan-kawan, adik beradik, ipar duai mahupun sedara mara.. tak minta banyak pun.. cuba letak diri sendiri berada di tempat orang tu..

Ada yang dah bertahun kahwin takde anak.. mula la ada kata-kata nakal..

"tak usaha la tu.."

"mandul la tu"

"menantu aku tu gemuk sangat.. tu yang tak boleh mengandung"

Ada tak terfikir, akibat dari kata-kata yang dikatakan sebagai gurauan tu.. akan mengakibatkan orang yang dikata tu terasa hati.. bila dah terasa hati, mula la nanti emosi tak stabil, lepas tu gaduh pulak dengan pasangan.. dan akhirnya, bercerai berai.. itukah yang kita mahukan??

Apa la salahnya, support dengan kata-kata yang positif.. contohnya,

"takpe.. belum ada rezeki lagi.. cuba lagi"

"Allah sayangkan kau.. sebab tu dia uji kau.."

"kau dah usaha kan, belum sampai masa lagi tu.. sabar la ye"

Tak rugi pun mengeluarkan kata-kata yang manis.. selain dari dapat melembutkan hati kawan tu.. dapat juga menenangkan hati dia..



So.. malas nak kata panjang-panjang.. kang aku meroyan pulak.. hahahhhaa... takpe la Iman belum ada adik kan.. Insya Allah.. adik-adik sepupu kan ada... ^_^

p/s.. eh eh.. aku tak marah pun kalau ada orang tanya aku macam tu... ^_^


till then, tatababai

What's New
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

4 9 orang peminat :

  1. betul tu... rezeki masing2 .. ade org kawin sebulan dah melekat ... ade org kawin berbelas2 tahun baru dapat anak ... my sis dapat first child after 13 years ... ramai yg suka take everything in a negative way :< ... bertabahlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Azra, kita OK je.. tapi kadang-kadang tu.. biasa la.. terasa hati sikit kan.. ^_^ ada kawan kata, "kita ni diajar untuk hormat orang tua, nak cakap sesuatu pun berlapik sebab taknak orang tua terasa hati.. tapi kenapa la orang tua ni bila bercakap main lepas je.. sikit pun tak jaga hati kita.. ingat kita ni kilang wat anak ke?" hehe.. tu la.. bukan mudah nak puaskan hati semua orang... ^_^

      Delete
  2. semoga diberi ketabahan dan ketenangan...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^