Monday, December 22, 2014

Rezeki dan Ilmu penghujung 2014

Assalammualaikum.. alhamdulillah... banyak pula rezeki hujung-hujung tahun ni.. ^_^ syukur... 

Bak kata blogger Ben Ashaari.. siapa kata jadi blogger tak bole jana pendapatan??? Walau apapun, tawakal, usaha dan berdoa agar setiap usaha yang kita dah buat tu tak sia-sia.. amin...

Ini juga adalah antara intipati yang disampaikan oleh penceramah ketika aku kursus baru-baru ni di Morib. Memang makan dalam.. 

Antara kata-katanya, 

"kalau kita ada duit, keluarkanlah walaupun hanya 1 ringgit.. jangan simpan duit kepuk-kepuk dalam poket.."

Dia bagi contoh, 

"Kalau kita keluar dengan keluarga kita, dengan anak-anak kita.. tetiba anak amik mainan robot yang berharga RM150, lepas tu isteri pulak amik blusher brand MAC dengan harga RM100.. bila nak bayar tu, jangan pula dok marah isteri ngan anak amik barang mahal-mahal"

Gitu.. penceramah ni turut ajar, supaya kita ikhlaskan setiap pemberian kita.. dan insya Allah.. lebih besar ganjarannya untuk kita nanti..

Dia kata, 

"Setiap kali nak belanjakan duit ni.. niatkan dalam hati.. contohnya macam kes kat atas tadi tu kan.. terus niatkan dalam hati"

"Ya Allah... aku belanjakan duit aku ini sebanyak RM250 ni untuk keluarga aku, demi kebahagiaan keluarga aku, aku ikhlas dan aku pasrahkan kepadaMu untuk memulangkan kembali 30% / 50% / 100% kali ganda dari apa yang aku belanjakan"

Katanya, niat mesti IKHLAS.. dalam masa kita berniat tu.. bukan je di mulut.. dari di hati juga kena IKHLAS dan PASRAH tau.. Insya Allah...

Bagi kawan-kawan yang rajin baca ni.. bolehlah amalkan.. mana la tau kan.. 

Ilmu ni dinamakan SEFT.. kalau korang suka.. nanti aku share lagi pasal ni.. banyak yang aku belajar selama aku kursus 3 hari tu... memang terkesan sampai dalam hati...



till then, tatababai

What's New
Anil Wanina
Anil Wanina

I'm a full-time Assistant IT Analyst with passion on travelling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty and event. Give some love and good comments so we can share thought and experience together. ^_^

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^