The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Monday, March 17, 2014

Resepi : Lala Goreng Cili Api



Terlebih rajin pulak nak update resepi ye.. resepi ni main campak2 je sebenarnya... guna bahan yang memang dah sedia ada... ok jom masak..

BAHAN-BAHAN : LALA (BASUH BERSIH-BERSIH) + SERAI + BAHAN BLENDER [BAWANG MERAH + BAWANG PUTIH + CILI API + CILI MERAH + CILI HIJAU + TOMATO]

CARA-CARANYA : PANASKAN MINYAK DALAM KUALI+ MASUKKAN BAHAN BLEND DAN MASAK SAMPAI NAIK MINYAK + MASUKKAN GARAM SECUKUP RASA + MASUKKAN SERAI DAN LALA + KACAU SAMPAI SEMUA CENGKERANG LALA TERBUKA.. SIAP.... DAN HIDANGKAN...


senang je kan.. pejam mata siap... bahan blend tu memang saya dah siap-siap blend dan simpan dalam peti..resepi ni juga boleh digunakan untuk kerang, mentarang dan kepah... hihihih... bolehlah mencuba yee...


till then, tatababai

What's New


Saturday, March 8, 2014

#PrayForMH370



Doakan agar para penumpang selamat..
Doakan agar ahli keluarga penumpang tabah...

Doakan yang terbaik untuk #MH370

#PrayForMH370


till then, tatababai
What's New

Thursday, March 6, 2014

Semua Tentang Kita


ini bukanlah video pertama yang saya buat.. tapi ini adalah video pertama yang saya hasilkan DAN masukkan ke dalam youtube.. hahaha.. macam bagus je kan.. kikikiii...

sebenarnya video ni untuk meraikan perpisahan saya bersama sahabat-sahabat di ofis lama.. tapi tak dapat nak share thru emel sebab fail dia besar.. so, nak tak nak, kena la upload ke youtube dan share kepada semua thru youtube.

Kalau rajin, komen la ye.. :P


till then, tatababai
What's New

Wednesday, March 5, 2014

Movie : G.i Joe Retaliation


tak menyempat tengok cite G.I Joe ni kat wayang. masa 1st movie tu layan la juga kat wayang.. ni dah second movie tak sempat..tau-tau je dah tak ditayangkan.. 

sape yang tingin nak tengok.. jom layan...



till then, tatababai

What's New

I Love Bali - Part 1


setelah lama merancang.. akhirnya.. ke Bali kami.. bersama keluarga.. bersama best friend.. such a beautiful moment... ^o^

terima kasih Air Asia kerana telah menunaikan impian kami.. huhu.. walaupun pada akhirnya buat kami berpatah arang pada perkhidmatan Air Asia.. tapi tu cerita kemudian.. kita cerita yang hepi-hepi dulu... :)

Seawal jam 7 pagi kitorang dah bertapa kat LCCT. Alhamdulillah.. masa bertolak dari Kuala Lumpur ke Bali takde delay. Semuanya berjalan dengan lancar. Touchdown kira-kira jam 1230 tengah hari waktu Bali.

Di sana, saya dah siap-siap booking supir untuk entertain kami di sana. Alhamdulillah.. servisnya sangat memuaskan. Hotel juga saya dah siap-siap booking thru airasiago.com

Since masa booking hotel tu, saya ada special request, makanya pihak hotel provide airport transfer secara percuma. So, dengan senang hatinya kitorang pun tolak kos supir untuk hari pertama tiba di Bali. Kira hari pertama tu, free and easy la kononnya. 

Ok.. jom tengok gambar kitorang yang pepoyo ni... :P



Haida, Ayu and I....


dah nak sampai.. kejap lagi nak touch down...


sampai sudah.. ini adalah kenderaan FREE yang di hantar oleh pihak hotel.


alamak.. gambar goyang pula.. di reception hotel...


welcome drink.. air serai...

Since cuti-cuti Bali kali ni bertemakan anniversary.. makanya hotel yang saya pilih juga mesti la ala-ala romantik sikit. Hehehe.. romantik la sangat.. :P Hotel yang saya pilih adalah Best Western Kuta Villa yang terletak di bandar Kuta. Lokasinya agak jauh dari pantai tapi kalau jalan kaki pun boleh sampai dalam 15-20 minit. Ini betul-betul kami cuba tau. Jalan kaki dari pantai Kuta sampai ke hotel. Sebab utama pilih hotel ni adalah sebab banyak good review dari pelancong DAN sebab dia ada plunge pool dalam villa. Hahahhaa.. plunge pool je pun.. kalau swimming pun dalam villa tu lain la cite ye.. :P

Selain dari tu, masa beremel-emel dengan dorang ni pun, sangat bagus sebab dorang ni cepat response dan sangat ramah walaupun dalam emel. Kiranya, lom sampai lagi dan terasa welcome kat hotel ni.

Ok jom tengok hotel pulak.... saya amik Villa so lokasinya dekat je dengan swimming pool.


Kejutan pertama... anniversary cake diletakkan dalam bilik. Terus rasa macam diraikan... dapat ni sebab request untuk kejutan lain. Lepas tu terus dorang offer free transit from airport to hotel dan anniversary cake. Best kan...


Dalam bilik pulak..


Ni la plunge pool dia.. comel giless.. saya wat rendam-rendam kaki sajer...


ni swimming pool.. tak sempat nak bermandi-mandian sebab jadual pack giless..


Luar hotel


exterior hotel

Dah lepas check-in, rehat-rehat sekejapan... kemudian kami pun pegi cari makan la.. Lapar kot. Jalan sikit keluar, jumpa la kedai Nasi Pecel Bu Tinuk. Since dah kelaparan, kitorang tak fikir panjang, terus pegi situ makan. Nak lintas jalan sangat mencabar wokey.. Ada dalam 10 minit pun nak lintas jalan. Kereta, motor semua laju-laju.. Dan melintas, amik la apa nak makan. Lepas tu, pegi kat kaunter, dorang tengok apa yang kita amik, then bagi tag harga.


Nasi berlauk. Rp.13,000 dan Rp.26,000. Mampu makan nasi harga ribu-ribu?? Hanya di Indonesia.. huhuh..


Air mineral dan ais batu Rp.5000.



Expenses makan untuk Day 1.


ni kedai dia... Nasi Pecel Bu Tinuk

Dah makan, dah kenyang. Kitorang pun pegi cari teksi nak pegi pantai Kuta kononnya. Nak jalan kaki semuanya berat perut. Teksi untuk 5 orang Rp.25,000. Kejap je kot naik teksi. Tak sampai 5 minit dah sampai. Tu yang lepas tu gigih kata nak jalan kaki je dari pantai ke hotel. Huhuu..


Kami di Pantai Kuta..


Sunset di Kuta Beach


Sempat singgah Rock Shop beli souvenir katanya..


Menda ni cam wajib ada kat sini. Kat mana-mana pun ada. Tak tau apa benda ni..


Bergambar di depan hotel Mercure Kuta Beach Bali. Motif?


Pantang jumpa.. mesti amik gambar..


ni amaran untuk orang yang mandi-manda di pantai kuta. Kuat tau ombak dia.


till then, tatababai

What's New