Bila anak dah darjah 3..

Darjah 3.. ^_^ 
Walaupun dah darjah 3, aku still aku cuti rini.. Walaupun dia dah reti malu, reti berdikari..she's always my baby girl.. Insya Allah..sampai ke tamat persekolahannya nanti..aku masih mahu amik cuti hantar dia pada hari pertama sekolahnya.. Aku tak punya anak bederet, aku tak punya harta berjuta, inilah satunya harta aku..inilah satu-satunya anak aku.. #buatmasani

Sebak pulak hantar anak sekolah hari pertama walaupun dah darjah 3.. ^_^

#imanatschool #darjah3 #ilovemyfamily


Itu status aku di facebook.. Alhamdulillah.. syukur....

She's a big girl now.. dia dah boleh fikir.. dia dah boleh memberontak bila kehendaknya dinafikan.. hehe.. walaupun dia bukan anak yang dimanjakan.. dia tetap anak yang dicintai.. 

Aku tak manjakan dia dengan macam-macam gajet, baju cantik-cantik.. malah baju pun aku salu beli yang murah-murah je sebab dia ni cepat membesar tauuu... ritu baru je beli baju tido Frozen.. 2 minggu lepas tu, seluar dia dah senteng.. T_T ko makan apa nak?? apa ke cepat sangat membesar ni... kalau ukur ngan aku ni dah tinggi bahu aku weiii... baru darjah 3 nak oii.. kalau darjah 6.. mau mendongak mama ko ni tengok ko.. isk iskk...

Rasa macam baru je lahirkan dia.. tetiba rasa sakit caesar masa bersalinkan dia.. Anak yang dinanti-nanti.. anak yang menjadi harapan mama dan papa... ^_^

Kalau tengok dia nye perangai.. adoiyaii.. tak terlayan la... aku pulak bukan jenis suka nak melayan.. kalau dah start tanya soalan tu.. macam kat mahkamah.. serupa aku ni kamus bergerak.. hehehe...

Dah darjah 3.. dah besar.. impian dan harapan dia dari masa dia pra sekolah dulu.. nak jadi pengawas.. tapi tak tercapai lagi sebab asik ponteng school je ikut mama papa dia pegi bercuti.. kikikii.. tahun ni dia dapat jadi Penolong Ketua Kebersihan.. boleh la dari takde kan... hihihi.. 

Walaupun tak sehebat anak orang lain.. takpe la.. mama still bangga dengan kamu... lova ya.. ^_^



till then, tatababai

What's New
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

0 9 orang peminat :

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^