Hotel Review : Chic Hotel Suratthani

Assalammualaikum...

Macam mana? Teruja tak dengan hotel yang aku duduk kat Koh Samui tu? ^_^ baiklah.. aku nak buat review pula hotel yang aku duduk kat Suratthani. Nama hotel ni Chic Hotel Suratthani. Hotel ni aku booking melalui website booking.com.
Boleh godek-godek kat situ untuk tengok offered price dia pada tarikh yang korang akan pegi tu..

Untuk aku, hotel ni aku book sebab dia terletak kat area Town (tapi tak merasa Town tu pun sebab kitorang memang stay up untuk tidur). Lagi pula, dari hotel ni, dekat juga la kalau nak ke Tesco Lotus. Boleh refer entry aku sebelum ni.

Hotel ni nampak macam baru lagi kan.. sebab dia memang baru. hehehe.. dan yang buat aku tertarik dengan hotel ni adalah sebab dekorasi dia. Walaupun kitorang nak duduk hanya untuk 1 malam, tapi penginapan yang selesa sangat penting tau. Takde masalah kalau nak duduk hotel murah-murah, atau B&B also can.. tapi since aku book bilik kat hotel ni pun dengan harga yang WORTH sangat untuk 3 orang berbanding aku duduk kat B&B.. so, better aku duduk sini dan interior dia tak mengecewakan. 

Since ini adalah kategori hotel bajet, maka, lif pun takde tau. Tapi korang jangan risau, setiap floor dia yang korang daki tu, tak terasa penat pun. Sebab setiap floor ada hentian yang best-best. Okey, scroll down lagi untuk tengok apa yang ada kat each floor.. ^_^ selain dari itu, bilik dia pun bajet juga la kan. Aku amik bilik standard double room yang memuatkan 2 orang dewasa. Tapi aku gedik sumbat 3 orang dalam tu. Muat je pun aku, encik suami dengan Iman cuma Iman tak boleh tido lasak-lasak sangat la. Bilik dia memang compact, tapi apadehal, janji boleh tidur untuk 1 malam kan.

okey.. meh kita tengok apa yang ada kat hotel tu.

exterior Chic Hotel

our room, tingkat 3

bilik kami

katil, ngam-ngam dari hujung dinding ke hujung dinding

makeup mirror

toilet

facilities in toilet

para dan tempat gantung baju di belakang pintu

another space inside the room

wall frame dalam bilik.. terus rasa nak pegi London.. hahaha

See.. macam yang aku cakap tadi. Bilik dia memang compact gile. Kalau 3 dewasa duduk dalam bilik ni badan serupa aku ni memang tak muat la. hahahha.. dalam maksudnya tu, maknanya kena kuruskan badan.. kahkahkah..

Meh aku listkan apa ada dalam bilik compact serupa poket doraemon ni;

- flat TV with satellite channel
- air conditioner
- mini clothes rack
- shower
- hair dryer
- free toiletries
- refrigerator
- electric kettle
- desk and chair
- towel
- bathrobe
- complimentary coffee / tea set
- mee segera, kacang, snack

Hahhhh.. teruja ke tak!! Dengan bilik yang comel, tapi boleh memuatkan macam-macam dalam tu. Tu aku kata bilik ni macam poket doraemon.  Semua menda tu, boleh je guna. Aku ada listkan kat situ, ada mee segera, kekacang dan snack kan. Memang ada disediakan dalam satu bakul tu, tapi aku tak pasti kehalalan makanan-makanan itu, so kitorang tak usik la. Even dalam fridge pun ada macam-macam jenis air minuman, dari air mineral sampai la ke air minuman bergas. Kitorang cuma amik air mineral sahaja. Samada makanan dan minuman yang ada dalam bilik tu FREE atau tak, pun aku tak sure sebab bila aku tanya receptionist, macam ayam cakap ngan kambing. 

Pada aku, itu la antara kelemahan yang ada kat hotel ni. Reception cantik, bergaya, tapi tak boleh speaking ENGLISH. Yang tak boleh blah tu, kitorang punya la nak pinjam extension plug, tapi dia bagi charger telefon. T_T encik suami dah tarik muka dah sebab dah hampir 30 minit dok explain nak extension plug. Last-last aku masuk kat kaunter reception tu, pastu aku tunjuk apa yang aku nak pinjam. Hahahah.. baru la dia faham. Adoiyaiii.. jenuh la kalau duduk kat sini 3-4 malam. 

Dan korang jangan risau, WIFI dalam hotel ni juga disediakan dan ianya FREE!! Cuma kalau dah dok tingkat 3 tu, faham-faham je la. WIFI agak slow tapi boleh je nak connect. Aku siap sempat download cite MALIFICIENT dalam tab untuk Iman tengok dalam flight esoknya.. Hahhaha..

Ada juga disediakan room information dalam bilik, contohnya macam WIFI password, bila kena check out dan sebagainya, kena la baca.. kang terlewat check out kena extra charge pula kan.. Aku baca kot, tapi tak faham.. kehkehkeh yang boleh baca bahasa Thailand, boleh la baca untuk memahaminya.. hihihi..

Room Information

Okey.. dah habis cerita pasal dalam bilik doraemon tu kan.. Meh kita tengok interior hotel ni. Ni la yang buatkan korang tak terasa penat pun mendaki 3 tingkat untuk ke bilik. Setiap ruang lobi kat setiap tingkat ada disediakan interior yang sangat menarik. Korang boleh duduk sekejap baca majalah, boleh menikmati gambar-gambar yang terpampang kat dinding. Memang menarik sangat. Terus rasa nak design rumah English Style.. kahkahkahhh

Kalau korang duduk sini, tetiba ada kawan-kawan dari Thailand datang la kan.. nak soh masuk bilik memang compact gile la kan.. so, bole je dok sembang kat luar ni. Cosy sangat..

ruang menunggu tingkat 3

ruang menunggu tingkat 3

ruang menunggu tingkat 3

ruang menunggu tingkat 2

ruang menunggu tingkat 2

Setiap tingkat memang disediakan ruang menunggu cuma design dia lain-lain. Menarik kan. Even kalau korang duduk kat lobi bawah pun, ruang menunggu dia memang English Style sangat. Dengan perhiasan dia yang.. lahaii.. rasa nak amik satu masuk dalam beg. Semua comel-comel. 

ruang menunggu di lobi reception

dekorasi

lagi dekorasi

So, berapa harga yang aku dapat untuk penginapan kat Chic Hotel Suratthani ni? Masa aku booking ni, harga yang aku dapat THB490 untuk semalam.. untuk currency yang aku bayar masa aku book tu lebih kurang RM50 semalam, untuk 2 dewasa 1 kanak-kanak.. murah tak????

reception comel yang tak reti cakap English

Duta Chic Hotel


till then, tatababai

What's New
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

4 9 orang peminat :

  1. alaaa bestnyerlah kalau dpt hotel camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hotel ni cantik.. sesuai la utk org yg suka design english style.. ^_^

      Delete
  2. cantik la hotel tu. yang penting bersih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3... yang penting bersih dan selesa.. ^_^

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^