The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Thursday, January 22, 2015

Lady Lista : Dari Maskara Seorang Diva



Assalammualaikum...
Hai semua.. siapa kat sini yang selalu terjah Forum Cari?

Jangan tipu... huhuu... mesti ada kan.. aku juga adalah salah seorang user tegar kat Forum Cari tu.. so, ada berita baik untuk pembaca-pembaca yang sukakan informasi tentang indusri hiburan tanahair. Nak tau lebih lanjut? Terjah press release kat bawah ni.. ^_^

Nak tau fesyen terkini yang HANGAT?
Nak dapat kan tips-tips CANTIK?
Nak mengetahui rahsia dalam CINTA & PERHUBUNGAN?
Nak dapatkan resepi BEST?



PETALING JAYA - Cari Internet Sdn Bhd telah melancarkan satu portal berbahasa Melayu buat julung kalinya khusus untuk anda yang inginkan maklumat tentang hiburan dan gaya hidup terkini. (ladylista.cari.com.my) Portal tersebut sudah dilancarkan pada 2 Januari 2015. Dipersembahkan dalam bentuk portal, ia lebih dekat dengan pengguna yang sentiasa ingin mendapatkan maklumat di hujung jari. 

Selepas dua minggu pelancaran Lady Lista, jumlah pembaca semakin meningkat. Semakin ramai pembaca menerima Lady Lista sebab isi-isi dalam web portal ini memang sempurna dan fokus kepada kategori tertentu sahaja. Berbeza dengan portal lain, sasaran pembaca adalah terarah kepada golongan muda sekitar umur 18 sehingga 35 tahun. Sesuai dengan cita rasa golongan ini yang masih tercari-cari identiti dalam hidup.

Memaparkan perkembangan fesyen semasa dari seluruh dunia disamping berita hiburan tempatan dan antarabangsa, Lady Lista merupakan rakan di alam maya bagi setiap wanita. 

Dengan tagline ‘Dari maskara seorang diva’, Lady Lista menterjemahkan setiap berita dari sudut pandangan wanita urban. Sebagai mentor buat wanita yang ingin panduan dalam kehidupan, LadyLista berharap dapat mendidik wanita untuk lebih berpengetahuan selaras dengan fungsi portal sebagai infotainment (maklumat dan hiburan). Nak tahu selanjutnya? Sila layari ladylista.cari.com.my atau Google "Ladylista"

- End of Press Release -


Aku dah godek-godek portal ni. Memang best. Kalau korang suka layan Forum Cari, kat sini ada segala himpunan informasi tentang semua yang korang boleh baca kat Forum Cari tu. Awesome tak?

Malah sebagai pengguna dalam Forum Cari, korang boleh juga access melalui Lady Lista ni dan memberikan komen-komen kat sini. 

Selain dari itu, Lady Lista juga menyediakan pautan mudah untuk korang direct access ke Forum Cari. Senang kan? ^_^

So, jom.. yang mana belum mendaftar, bolehlah mendaftar melalui pautan Daftar Lady Lista. Atau yang telah mendaftar, boleh terus akses melalui akaun yang dah didaftarkan melalui Forum Cari.


till then, tatababai 

What's New

6 comments:

  1. Replies
    1. hehehe.. menarik sebab dia macam forum Cari cuma infonya lebih terperingkat.. tak yah nak search lama2.. ^_^

      Delete
  2. Nanti balik umah try access tgk.. macam menarik jer..~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi sze,
      boleh cuba buka kat rumah nanti.. ^_^

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^