Wednesday, January 14, 2015

Menjelajah Sains di Pusat Sains Negara


Assalammualaikum.. saja nak share sikit apa yang kitorang buat time cuti sekolah ritu.. hihihi..

10 Januari lepas, baru je beberapa hari lepas, kitorang bawa Iman pegi jalan-jalan kat Pusat Sains Negara. Last aku datang Pusat Sains Negara ni, pada tahun 2003, masa lapor diri untuk jawatan sedia ado ni.. gile lama tak datang Pusan Sains ni kan.. dari Iman tak wujud lagi, sampai la dah anak daro anak aku sorang ni.. hahahha

So, saje je bawa datang sini sebab dah alang-alang turun KL.. bukan hehari aku turun KL tauu... tu yang bila sampai KL sesat barat tu.. kuikuikuii..

So, entrance ticket untuk masuk dalam ruang pameran dia adalah RM6 untuk dewasa manakala RM3 untuk kanak-kanak. Memang suka la budak ni, bukan dia je suka.. aku pun suka sebab tengok banyak sangat menda-menda best kat dalam tu..

Ada banyak section, dari section Aqua, sampai la ke section CSI.. eh eh.. aku je bagi nama CSI tu.. tapi nama dia Crime Buster.. hahaha.. cari siapa pembunuh? hahaha.. macam CSI pun ado.. sebab ada model tapak kaki, model crime scene..best gilak.. terus fefeeling partner dengan Horatio.. kikikii..

Ramai yang tak tau, Pusat Sains Negara ni banyak tau bahan-bahan pameran dia. Memang terus terasa macam nak jadi ahli sains pulak.. huhuhu...

Sesapa yang dok KL atau yang berdekatan tu, datang la ke Pusat Sains Negara, insya allah tak rugi pun.. bukan anak je boleh belajar.. mak ayah pun boleh belajar sama.. disamping mendidik anak-anak untuk meminati bidang sains.

anak bapak

belajar tengok ikan

playing with gravity

main dan belajar sama-sama

mencipta puting beliung

bapak pulak nak try

happy kids

main muzik pulak

astronout to be

tengah menyiasat kat Hall Who DunIt!

cenderahati kerana telah berjaya menyelesaikan kes

wajah-wajah CSI

enterprem depan wartawan pulak


till then, tatababai

What's New

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...