The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Thursday, January 15, 2015

Movie Review : Into The Woods


Assalammualaikum..

Pada 13 Januari yang lalu, aku bersama-sama dengan blogger-blogger terpilih lain telah dijemput oleh Nuffnang untuk join Nuffnang Premiere Screening cerita 'Into The Woods' lakonan pelakon-pelakon hebat seperti Meryl Streep, Johny Depp, Emily Blunt, Anna Kendrick, Chris Pine dan ramai lagi. Mendengar nama-nama pelakon yang hebat tu pastinya dah cukup membuatkan korang terasa aura kehebatan cerita ni kan.. ^_^

Pertama sekali, terima kasih Nuffnang atas jemputan ni. Since plot cerita Into The Woods adalah ala-ala musical dan fairy tale movie type, maka aku bawa Iman sekali untuk menonton cerita ni. Dah la budak kecik ni tak sihat, tapi sebab nak tengok cerita ni, dia gigihkan diri juga tahan mata sebab nak tengok. 

Into The Woods

Invitation cards

cenderahati dari Nuffnang

Iman dengan cenderahati Nuffnang

muka memasing ngantuk tapi gagah nak tengok cerita

Bagi yang belum tengok cerita Into The Woods ni, mari tengok trailer dia. Kalau aku, aku memang suka tengok trailer cerita dia dulu sebab nak tau jalan cerita dia macam mana kan.. ^_^



Amacam? Best tak trailer Into The Woods ni?

Bagi yang tak berapa faham cerita ni, ni sinopsis cerita Into The Woods.

Cerita musical fantasy ini mengisahkan tentang Mr Baker dan isterinya yang telah lama berkahwin tetapi tidak mempunyai anak. Rupanya mereka telah disumpah oleh seorang ahli sihir kerana bapa Mr Baker telah mencuri dari kebun ahli sihir tu kerana isterinya mengidam nak makan sayur yang ditanam oleh ahli sihir tu. Ahli sihir tu pula buat perjanjian dengan bapa Mr Baker, yang dia boleh ambil sebanyak mana sayuran dari kebun ahli sihir tu, tapi dengan syarat anak yang dikandungkan oleh isterinya tu mesti diserahkan keapda ahli sihir tu. Tapi bapa Mr Baker tu telah mungkir janji malah telah mencuri kacang ajaib dari kebun ahli sihir tu dan membuatkan ahli sihir tu marah dan mengambil anak perempuan yang dilahirkan oleh isteri kepada bapa Mr Baker iaitu Rapunzel. (Kalau korang tau plot cerita Rapunzel, bapa Mr Baker tu adalah bapa kepada Rapunzel) Oleh kerana marah, ahli sihir tu telah menyumpah keturunan bapa Mr Baker tu mandul. 

Tetapi, ahli sihir itu boleh membatalkan sumpahan tersebut dengan syarat, Mr Baker dan isteri mesti mencari 4 barang yang perlu dicari di dalam hutan iaitu : a cow as white as milk, a cape as red as blood, hair as yellow as corn and a slipper as pure as gold.

Selain dari watak Rapunzel, ada juga watak Jack (Jack and The Beanstalk), Red Riding Hood dan Cinderella. 

So, Mr Baker dan isteri pun masuk ke hutan untuk mencari 4 barang tu.. dalam mereka mencari 4 barang tu, kisah Rapunzel bertemu putera rajanya, Jack dengan beanstalknya, Red Riding Hood dengan serigalanya dan Cinderella dengan kasut dan putera rajanya juga turut dimainkan kerana mereka adalah penyumbang kepada keempat-empat barang yang dikehendaki oleh ahli sihir tersebut.

Walau bagaimanapun, kisah yang sepatutnya 'happily ever after' ni tak la seperti yang diharapkan. Nak tau kesudahan cerita musikal ni? Boleh la menonton di pawagam berhampiran.. ^_^

Komen aku : Cerita ni memang berkisar tentang fairy tale yang mempunyai banyak impian. Biasa la.. kalau dalam fairy tale kan.. suka minta macam-macam.. kejap-kejap "I Wish ... " so dalam cerita ni banyak pengajaran.. kadang apa yang kita minta tu memang boleh jadi kenyataan.. tapi disebalik apa yang kita minta tu, kadang-kadang ada kebaikan dan ada juga keburukan. Tak semua impian yang kita nak tu akan jadi kenyataan. Contohnya, kita nak anak, tapi bila dah ada anak, ada pula masalah lain. Begitu juga dengan perkahwinan. Kita impikan perkahwinan yang bahagia, tapi bila dah berkahwin, banyak pula masalahnya. So, berhati-hati dengan apa yang kita minta tu.. ^_^

Berbalik kepada cerita ni, pada aku memang menarik tapi 50% yang pertama je. Lepas tu dah macam mengarut. Hahaha.. ye la.. kisah dongeng kan.. banyak plot yang agak longgar dan ada juga cerita babak yang masa memula takde.. pastu tetiba muncul entah dari mana.. contohnya bapa Mr Baker tu. tetiba ada pulak masa tengah-tengah scene tu. dari mana datangnya pun tak tau. Watak Rapunzel pun tetiba hilang lepas Cinderella kahwin manakala watak putera raja pula tiba-tiba curang padahal baru je kahwin dengan Cinderella. Pada aku, banyak kelemahan juga la dalam cerita ni. Tapi kalau dah suka, apadehal kan.. lagipun pelakon-pelakon dia hebat. ^_^

Cerita ini sesuai untuk tontotan Umum ye... so, bagi yang suka layan, boleh la bawa anak-anak tengok cerita musikal fantasi ni.. ^_^

So, untuk cerita ni, aku bagi : 

till then, tatababai

What's New

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^