Movie Review : The Wedding Ringer

Assalammualaikum..

Selamat pagi.. pagi-pagi aku nak buat review untuk movie yang aku baru tengok malam tadi iaitu The Wedding Ringer

Terima kasih Nuffnang yang tak terhingga la sebab sudi invite aku sekali lagi. Yeayyy... aku suka tengok wayang... jangan buat wayang sudah.. ^_^

Thank buat peneman tengok wayang, Haida yang sudi la temankan aku share minat tengok wayang. Gigih ke idak dari Putrajaya - Cyberjaya - OneUtama.. hahaha.. siap salah masuk panggung lagi.. hahaha.. itu adalah salah diriku kerana kurang alert.. T_T

tima kasih, #kakiwayang

thanks Nuffnang & ChurpChurp


Baiklah, bagi yang tak tau cerita ni pasal apa, meh tengok sinopsis dia :


"The Wedding Ringer" menceritakan tentang Jimmy (Kevin Hart) yang bekerja untuk menyediakan khidmat pengapit untuk para pengantin yang biasanya tidak memiliki sahabat  untuk melakukan hal -hal tersebut.
Doug Harris (Kosh Gad) seorang bakal pengantin yang terjebak dengan situasi tersebut. Keadaan menjadi semakin buruk setelah Doug memerlukan 7 orang pengapit lelaki. Ketika segala cara gagal, Doug yang berputus asa mencuba untuk keluar dari bantuan Jimmy. Jimmy yang pantang menyerah membuat cara terakhir, dia telah merancang sebuah sandiwara tapi jika hal ini gagal hal ini akan menghancurkan segalanya, yaitu pernikahan Doug. Akankah sandiwara yang mereka rancang berjalan mulus?



Untuk lebih lanjut, boleh tengok trailer kat bawah ni :


Komen Aku : 

Kalau korang suka filem romantik komedi. Inilah dia. Tapi perlu diingatkan, banyak 18SX juga dalam ni especially dialog dia. Perbuatan dia sikit-sikit je la. So, beware bagi yang nak bawa anak-anak tu. ^_^

Lakonan Kevin Hart dalam cerita ni tak mengecewakan, malah memang THORBAIK la dari segala macam segi. Pada awalnya, macam blur juga la, tiba-tiba je kuar Doug yang tengah call kawan-kawan dia untuk jadi pengapit dia. Macam mana dia kenal dengan bakal isterinya juga agak kabur, tapi itu boleh dimaafkan sebab sepanjang perjalanan cerita ni, sedikit sebanyak kisah perkenalan Doug dan bakal isterinya, Gretchen akan terjawab. Bila tengok cerita macam ni, mesti dah jangka kan, penamatnya bagaimana.

Paling best masa Jimmy perkenalkan Doug dengan 7 orang pengapit yang diupahnya. Korang mampu hired pengapit yang baru keluar dari penjara? Hahahaha.. memang lawak gile.. Aku rasa memang pecah panggung la dengan gelak tawa penonton malam tadi. Penipuan yang menyatakan dorang ni sebenarnya BEST FRIEND ni hampir terbongkar tapi akhirnya Jimmy juga la yang jadi penyelamat.

So, dah boleh jangka penamat cerita ni macam mana? Adakah Gretchen akan dapat tau yang Doug tu bukanlah sosialist seperti yang diperkatakan? Ataupun perkahwinan dorang akan berjalan lancar seperti biasa? Hah.. korang kena tengok cerita ni. Aku rasa kami yang kat panggung pun suka cerita ni memang betul-betul release tension la.. bila dah tamat movie ni, kitorang siap bagu tepukan lagi. Havoc ke idak? ^_^

So, untuk cerita ni, aku bagi :



till then, tatababai

What's New
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

13 orang suka :

  1. blogwalking and follow

    boleh tinggalkan jejak disini

    tinggalkan jejak di sini

    ReplyDelete
  2. hai Seri,
    terima kasih sudi singgah.. ^_^

    ReplyDelete
  3. 4 bintang? mmgbest nih...nk tgk jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM,
      best sangat.. kalau stress ngan keje.. bole tgk cite ni.. release trus stress tu.. ^_^

      Delete
  4. rajinnyaaaaaaaaaaaaa..tak pegi pun cite ni..huhu...eh, tdi mcm nmpk akk pegi scott tu kn? ecece~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayue,
      akak suka layan movie.. hiihii.. haah.. td g scott's tu jmpa ramai mommy... ^_^

      Delete
  5. hai..1st time comment..
    memang teringin nak p tengok movie ni sebab selalu baca dlm huffpost.
    nasib baik anil ada buat review ni,.hehe

    ReplyDelete
  6. hehe.. best cite ni.. awak pegi la tengok.. ^_^

    ReplyDelete
  7. nice to meet you! until next free show.

    ReplyDelete
  8. ehhehe.. jumpa juga ye... ^_^ until next free show ya... hihih

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^