Percutian Santai di Koh Samui - Day 5

Assalammualaikum..
Last day di Suratthani.. abis juga entry ni.. makan setahun gak nak kasik abis.. hahahah.. last day kat sini takde menda sangat la yang menariknya.. alkisah balik je pong... tu pun gedik nak cerita.. kuikuikuii..

Bas amik kitorang kat hotel dalam jam 9.30 pagi. Tepat plak tu dia datang amik. Walaupun flight tengahari, tapi kena datang awal juga kan takut ada last minutes changes. So, pagi lagi bas dah datang amik. Naik bas ni tak yah bayar ye. Sebab dah kira sekali dengan THB550 yang dah bayar masa memula ritu. Yang semalam tu je, tah pape tah pemandu bas tu soh kitorang tukar naik tuktuk. 

Dalam bas ni, kitorang jumpa balik dengan family chinese ni yang datang sama dengan kitorang masa first day tu. Bas ni ala-ala bas henti-henti juga. Bas buruk. hahaha.. ada kat setiap perhentian dia akan pick up orang, tapi semua orang yang dia amik tu turun kat airport. Kira bas ni macam Phantip Ltd tu dah chartered siap-siap untuk pick up kitorang amik pakej THB550 tu la..

Tapi kalau korang nak, boleh je last day tu korang dok kat Koh Samui je. Means, tak yah transit kat Suratthani semalam. Tapi kalau dari Koh Samui tu, pagi-pagi seawal jam 6.30 pagi van dah pickup korang dari hotel tau. Memang sempat je sampai airport dalam masa yang ditetapkan. Tapi aku takmo sebab aku bimbang takut tetiba kang feri rosak la, bas rosak la dan macam-macam lagi la. So, untuk elakkan dari menghadapi semua tu, aku decide nak transit kat Suratthani dan bermalam 1 malam kat Suratthani. Lagipun takmo kelam kabut. Faham je la kalau travel dengan anak ni, pulak tu kena bangun awal-awal nak bersiap. Kang ada pulak yang tertinggal kan. So, ada banyak sebab la nape aku decide untuk bermalam kat Suratthani 1 malam. ^_^

bas buruk kitorang yang berjasa

kami.. from Malaysia

driver bas

Suratthani Airport

berpusing masuk terminal

Since kitorang sampai awal, kitorang sempat la berlegar-legar kat Suratthani Airport yang tak la besar mana pun. Tapi international tauuu... agak-agak kalau lapar tu, boleh singgah kat restoran Sawasdee kat airport ni. Tapi kitorang tak singgah pun, sebab dah order makan dalam flight. hihihi... 

Tapi pada masa yang sama, since encik suami mabuk naik bas. hahahah.. so, aku belanja dia minum kopi kat BB Cafe. Satu cawan THB60 wokey... bukan mug tau??? CAWAN.. hohohoo... 

Sawasdee Restaurant

BB Cafe

belanja kopi secawan

kopi itu

Then bila nombor flight dah naik, kitorang pun cepat-cepat boarding. Oh ye, kitorang tak beli luggage pun untuk trip Koh Samui ni, semua luggage kita angkut naik atas. Dasar penjimatan disitu. hihih..

Dah nasib la kitorang boarding awal. Seat kat tempat menunggu tu sangat selesa. Nampak macam baru. Apalagi.. cari tempat duduk la kita.. ^_^

Tak lama lepas tu, announcement pun dibuat, dan marilah kita naik pesawat. Seriuosly, tak sabar nak naik flight sebab badan dah gigil-gigil minta nasik.. hahahhaa

passport for sale? No..no..noo.... ^_^


waiting room yang selesa

boarding...

Alhamdulillah.. flight tak delay dan akhirnya terbang la kita diawan biru sambil menikmati makanan Malaysia yang nyum nyum.. Sebelum ni aku dah order Nasi Tomato, tapi masa abang pramugari tu datang untuk penjualan pulak, aku siap topup order Nasi Lemak. Hahahha.. dasar perut buaya... kikikii..

flying

banyaknya cotton candy

Menu 1 : Nasi Tomato

Nampak menyelerakan..

Menu 2 : Nasi Lemak

mengancam.. abis 2 bekas nasi aku makan

Finally, touch down dengan perut yang kekenyangan. Alhamdulillah. Terima kasih AirAsia kerana menunaikan impian saya ke Koh Samui. Walaupun banyak transit-transit, tapi okey la tu.. satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Salah satu destinasi impianku. Alhamdulillah.. tercapai jua. Kemana kita lepas ni? Insya Allah... doakan yang baik-baik saja.

Next, aku akan review hotel yang kitorang duduk... tunggu tau... ^_^

sampai suda

hi KLIA2...

kemana kita lepas ni?


till then, tatababai

What's New
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

4 9 orang peminat :

  1. Koh Samui., Surat thani...JM ada pengalaman buruk di sana..bukan kami ke Koh Samui or jln2 area surat thani tapi naik bas dari Bangkok ke Surat Thani boleh pulak di hantar ke Jeti utk ke Koh Samui...Tujuan adalah nak naik flight dari Surat Thani ke KL..nantikan kisah menghayat hati JM dalam travelog Thailand nanti huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghh... macam mana bole jd macam tu.. communication error ke? ok ok.. tak sabar nak baca dalam next entry JM nanti.. ^_^

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^