Saturday, February 28, 2015

Holiday mood is ON!!!!

Assalammualaikum...

Bismillah... Holiday mood is ON.. doakan perjalanan kami.. selamat pergi dan selamat kembali..
 sepanjang aku cuti ni, tak dapat la nak blogwalking kat blog korang, tak dapat la nak drop komen kat entry uols.. tapi jangan risau.. lepas aku balik cuti.. aku terjah kaw kaw punye blog korang tauuu... ^_^ 

So, sepanjang aku cuti ni.. aku sajikan korang ngan kisah stori mori percutian aku ke Krabi bulan lalu. It's an auto publish entry tapi aku tau memang tazzabar nak baca cerita ceriti Krabi aku ritu kan kann kannn.. ^_^ korang Enjoice ye.. feel free to drop comment ya...



till then, tatababai

What's New

Continue Reading
7 comments
Share:

Tuesday, February 24, 2015

Selasa.. Rabu.. Khamis.. Jumaat...

Assalammualaikum...

Kejap je dah Selasa.. lepas tu Rabu.. Khamis.. Jumaat.. haihh... dalam kepala otak ni dok fikir.. lambat lagi.. tapi hakikatnya... counting days je kot.. hukhuk.. walaupun dah setahun membeli belah tiket.. tapi still macam tak prepare sangat.. apakah????

Walaupun itinerary macam dah confirm awal-awal dulu.. tapi last minit ada je nak pinda..

- Doakan agar kami selamat pergi dan selamat kembali
- Doakan agar kami tak sesat
- Doakan agar kami kurus sempena trip Jom Kurus 1 Korea.. 

kuikuikuiii

Baiklah.. short entry sebab mata aku dah berpinar-pinar mengadap menda alah kat bawah ni... #_#



till then, tatababai

What's New

Continue Reading
25 comments
Share:

Monday, February 23, 2015

Pemenang contest Wanita dan Bracelet!!

Assalammualaikum...

Hai uols.. nak update sikit.. buat 4 orang yang bertuah yang sudi tinggalkan jejak kat entry Wanita dan Bracelet?.. ehem.. ^_^

Tahniah buat semua yang tinggalkan jejak iaitu :

1. Sofu Hashim
2. Norhidayu Abdullah
3. Nik Nur Khaireen
4. Jari Manis

Walaupun nak bagi pada 5 orang pemenang.. tapi inilah 4 orang yang sudi drop komen... macih.. ^_^

Korang semua akan dapat gelang candy crush ni secara random... ^_^ harap korang suka....



Uols.. sila bagi alamat uols sebelum 25 Februari 2015 ni ye untuk tujuan pengeposan hadiah... kalau uols bagi lepas dari tarikh itu, dikhuatiri korang akan dapat lambat hadiah itu kerana saya akan bercuti panjang selepas itu.. ^_^

Emel alamat uols kat kita ye.. : anilwanina@gmail.com

till then, tatababai

What's New

Continue Reading
9 comments
Share:

Thursday, February 19, 2015

Pakej muzik MURAH di FR FENOMENA

Assalammualaikum…

Selamat pagi kawan-kawan.. semoga hari-hari indah dan ceria untuk korang semua.. ^_^ so? Apa plan hujung minggu ni? Cuti panjang kan ni.. takkan la takde bercuti ke mana-mana? Hehehe.. kalau takde ke mana-mana, meh nak ajak uols pegi belajar main alat muzik kat FR FENOMENA MUSIC. Kat mana tu? Dekat Cyberjaya je.

Alamak.. kat Cyberjaya? Macam mahal je..

Eh.. tak mahal la.. korang akan surprise bila baca entry ni sampai habis.. sebab harganya tak semahal living cost kat sana tau.. tak caye?? Jom baca sampai habis.. ^_^


FR FENOMENA MUSIC


Antara instrumen yang dijual


Antara aksesori yang dijual

FR FENOMENA MUSIC telah beroperasi sejak Jun 2013 dan walaupun masih baby lagi, tapi jangan tak tahu, FR FENOMENA MUSIC ni telah mendapat sijil pentauliahan sebagai pusat bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk melaksanakan Sijil Kemahiran Malaysia. Dan kalau korang nak tau, dalam Malaysia ni, FR FENOMENA MUSIC ni adalah satu-satunya pusat bertauliah untuk melaksanakan Sijil Kemahiran Malaysia bagi bidang Pemuzik Kontemporari.

Walaupun baru setahun jagung beroperasi, FR FENOMENA MUSIC ni telah menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya menjual dan membekalkan perlatan muzik, aksesori, sound proof / block, sewaan PA sistem dan event management. So, kalau ada yang nak gunakan khidmat dorang ni untuk majlis-majlis rasmi, kenduri dan sebagainya, boleh contact dorang terus. Insya Allah, boleh dapatkan khidmat dorang dengan harga yang sangat berpatutan.


Promosi Luar oleh FR FENOMENA

Selain dari itu, bagi yang suka jamming.. huhuu..  FR FENOMENA MUSIC juga turut menyediakan studio muzik untuk korang jamming puas-puas dengan harga serendah RM30 sejam.. dan jumlah jam yang korang jamming ni boleh kumpul tau.. cukup 9 jam.. korang boleh dapat FREE 1 jam.. untung kan.. ^_^  jangan sampai jahanam alat muzik tu sudah.. hahahah.. kalau masuk karaoke pun tak dapat harga macam tu tau sekali masuk ramai-ramai. Hihih.. siap bole buat konsert dalam jamming room tu.. haahaha kalau korang nak buat recording suara ke, pun ada juga tau kat sini. Macam aku ni kat opis ada join koir, so salu la juga buat recording suara ni untuk double up suara.. tapi salu jauh-jauh tempat nak recording tu.. so, lepas ni, bolehlah pegi FR FENOMENA MUSIC untuk buat recording.. ^_^


Studio

Kalau zaman-zaman aku dulu, aku rasa ramai ada impian nak belajar main piano kan.. termasuk aku sendiri la.. kadang-kadang beli music box tu dengar lagu dia.. terus verangan nak main piano ikut lagu tu.. sape ada perasaan macam tu, jom sep.. kita sama!! Hahaha.. Tapi sebab dulu kos nak belajar muzik tu mahal nau.. tak mampu.. T_T Tapi sekarang tidak lagi.. FR FENOMENA MUSIC ada menyediakan kelas muzik bagi yang berminat untuk belajar bermain instrumen muzik seperti piano, drum, gitar, biola dan sebagainya dengan harga yang sangat murah. Tenaga pengajarnya pula adalah terdiri dari graduan-graduan dari MMU dan lecturer Lim Kok Wing yang memang terer la.


Cikgu kami

Aku sendiri join kelas gitar kat FR FENOMENA MUSIC ni.. masuk tahun ni, rasanya ada lebih 9 bulan kot aku belajar main gitar kat sini. Dari tak tau chord muzik langsung, sekarang ni.. ehem.. tak la kata dah terer macam pemain gitar profesional kan.. tapi boleh la kalau takat nak main lagu NAJWA LATIFF tu.. kahkahkahh.. aku join kelas kat sini starting RM450 dapat FREE registration, FREE kelas untuk 2 bulan dan FREE gitar akustik. See.. dah bape banyak penjimatan aku dapat kat situ.. Iman sendiri aku hantar untuk join kelas piano kat sini. Ni kira pakej ibu dan anak la.. hahahha.. kot la korang nak try family package ke.. boleh cuba tanya kat FR FENOMENA MUSIC mana la tau dapat diskaun kan.. ^_^ bagi yang dah ada gitar sendiri tu, nak join juga, takde masalah.. dengan yuran bulanan sebanyak RM120 untuk 4 sesi (30-45 minit per sesi).. aku rasa takde masalah untuk korang jadi lebih expert dari aku.. ehem..

Kami tengah belajar

So, apa tunggu lagi? Dari korang buang masa tak tentu arah melepak kat Alamanda tu, apa kata korang cuba belajar main gitar ke.. untung-untung boleh buat group busking.. jadi macam Caliph Buskers tu.. syukur alhamdulillah..

FR FENOMENA sentiasa mengadakan promosi-promosi untuk korang-korang yang berminat untuk belajar bermain instrumen muzik ni.. so, kalau korang minat, jangan lepaskan peluang ni..




Antara pakej gitar

Pakej kelas gitar

So, dari tadi aku dok sebut-sebut soh contact FR FENOMENA MUSIC ni kan.. mana contact no nye??? Hehhee.. jangan marah uols..

Operation hours

Boleh contact FR FENOMENA MUSIC di talian seperti tertera :

Telefon : 012-354 3622 / 012 – 369 9242



till then, tatababai

What's New

Continue Reading
6 comments
Share:

Wednesday, February 18, 2015

Alkisah cuti dan bajet percutian

Assalammualaikum..

Bila bercerita tentang bajet.. kalau boleh semuanya nak jimat.. hatta penginapan pun serba serbi nak jimat.. maklum la.. makin depan bulan April ni.. makin bimbang dibuatnya.. belum ada pape lagi.. semua harga dah naik dulu.. huhuu..

Apa pendapat korang? Murah tak RM397.94 tu untuk 5 hari 4 malam? Ini betul-betul bajet sebab memang bercuti untuk ke tempat-tempat menarik.. bukan macam kat Koh Samui, memerap je dalam bilik.. hihiihii..

Hotel juga ala-ala backpackers style siap provide washing machine lagi.. hakhakhak.. tapi sebab kami bertiga sefamily, makanya bilik pun untuk family la.. ni pun tak tau la muat ke tidak dengan Iman yang makin membesar bagai juara.. silap-silap.. ada yang kena bentang toto jugak ni nanti.. ^_^

Aku belum booking lagi sebab tengah tumpu pada Mega Trip bulan depan.. ehem.. itu je la mega trip untuk tahun ni..lain-lain semua mini-mini sahaja.. lepas balik Mega Trip.. barulah segala macam perancangan percutian untuk selepas dan selepas itu diuruskan sedikit demi sedikit..



Bercerita tentang Mega Trip.. ehemm.. walaupun dah lama rancangnya.. tapi itu la.. dasar orang yang suka bertangguh.. tengok last minit ni.. keje pun tak siap lagi.. masa tu mula la nak salahkan bos.. sape suruh bagi keje last minit.. T_T dengan cuti tak approve lagi, permohonan ke luar negara tak buat lagi.. bagaimana sih??

Doa-doakan saja moga perancangan ini dipermudahkan.. nak buat macam mana.. bos pun kena layan staff kaki jalan.. kang dok opis lelama mau staff ni stress doploh pat jam.. ngan muka selenge macam orang dalam pantang.. hikhokhikhok..

okbai...

What's New

Continue Reading
11 comments
Share:

Tuesday, February 17, 2015

Menang Let's Play In Korea Online Contest!

Assalammualaikum..
Pada awal Januari lalu, Korea Tourism Organisation  (KTO) telah menganjurkan satu peraduan yang dinamanya Let’s Play In Korea Online Contest. Aku pun apa lagi.. try luck la kan.. dah lama tak join contest-contest gini.. ^_^

Lepas tu, entah macam mana.. aku pun dah lupa aku ada join contest ni, tau-tau je.. dapat emel dari KTO yang menyatakan aku menang dan soh redeem hadiah kat Korea Plaza. Masa tu plak, aku tengah bercuti-cuti cinta kat Krabi. Kat Krabi tu juga la, gigih giles aku doh godek-godek kat website KTO ni, apa menda la yang aku menang.. grand prize ke? Ahakss.. verangan..




Dan rupanya, aku menang Consolation Prize beserta 49 orang pemenang yang lain.  Alhamdulillah.. syukur.



So, nak share sikit tentang tajuk contest ni iaitu Let’s Play In Korea! Well.. rasanya ramai dah tau tentang Korea ni kan.. siapa yang tak layan K-POP? Siapa yang tak layan Running Man? Ok pegi tengok sekarang!

Korea ni adalah sebuah negara yang menbangun dengan pesatnya. Aku penah apply satu kursus yang tempat kursusnya adalah di Korea. Huih.. kena interview dulu wokey.. kadang-kadang soalan dia nampak biasa je, tapi dia nak uji sejauh mana idea dan pandangan kita. Tu yang payah tu.. So, hasil dari interview tersebut, dan hasilnya adalah DUKACITA. Takpe la.. kalau aku tak dapat pegi kursus kat Korea, aku pegi Korea dengan duit sendiri je la.. bole pegi main-main… hahahah

Inilah yang dinamakan Let’s Play In Korea. Sebab kat Korea bukan setakat ada tempat-tempat menarik untuk dilawati.. tetapi ada juga tempat-tempat yang menarik untuk bermain.. Hihihi.. contohnya, kalau korang tengok Running Man kan.. Hahh.. tengok theme park yang dorang pegi tu.. ohsem kan.. itulah tempat-tempat yang korang boleh play around kat Korea. Ada Lotte World, Lotte Water Park, AinsWorld dan banyak lagi.. Ni kalau aku bawa Iman ni.. memang tak dapat la nak shopping kat Myeongdong.. confirm kena pegi kat AinsWorld.. kikiki



So, who’s going to Korea soon? Kita jumpa di sana ye.. ^_^ ehem…



till then, tatababai

What's New

Continue Reading
7 comments
Share:

Monday, February 16, 2015

Wanita dan Bracelet?

Assalammualaikum…

Selamat pagi.. setiap pagi bila korang bersiap, mesti tak tinggal bedak ataupun gincu kan.. kan… ^_^ ehem.. aku jarang pakai bedak.. gincu apatah lagi.. bahahah.. nampak benar pemalas.. kikikii.. tapi bila ada majlis kat pejabat aku ni, bukan setakat bedak dan gincu.. blusher, eye liner seme pakai.. termasuklah aksesori seperti jam tangan ataupun bracelet. Kalau nak tau, bracelet ni adalah antara aksesori wanita yang paling popular tau sebab ia boleh dipadankan dengan apa sahaja pakaian untuk menjadikan imej si pemakai lebih bergaya dan vogue!

Bercerita tentang bracelet atau gelang tangan.. kalau dah namanya perempuan kan.. mesti tak lari dari menda ni kan. Aku kalau pegi Sabah, memang menda ni antara menda wajib aku beli, lelagi pearl bracelet. Memang wajib la dibeli untuk dijadikan souvenir.

Tapi, tahukah korang.. dalam dunia ni bukan setakat ada pearl bracelet je.. ada macam-macam jenis bracelet tau.. Meh sini nak share sikit tentang jenis-jenis bracelet dan jenis-jenis si pemakainya.. hehehe.. ada macam-macam jenis bracelet tau tapi diantara banyak-banyak tu.. ada 4 jenis bracelet online dalam pasaran yang paling popular.. apakah itu?

Macam aku, suka pakai pearl bracelet.. dari dulu lagi aku suka.. dan kalau korang nak tau, pearl bracelet ni memang dah lama popular dari zaman aku tak lahir lagi. Kira lama la mahu ratus-ratus atau ribu-ribu tahun dahulu kala. Tipu la kalau korang sebagai seorang wanita, takde koleksi pearl bracelet ni kan, sebab aksesori ni wajib ada untuk wanita. Pearl bracelet ni orang suka pakai sebab ia mampu membuatkan seseorang kelihatan lebih menyerlah dan anggun. Kalau korang tengok mak-mak datin, dorang siap ada satu set aksesori berasaskan mutiara ni tau.. Jeles mak!! So, orang yang suka pakai pearl bracelet ni adalah orang yang sukakan pujian dan yang penting, orang ni mempunyai taste yang tinggi dalam pemakaian aksesori. Akukah itu? Ehem…

Pearl Bracelet

Pearl Bracelet

Selain dari itu, bagi yang sukakan gaya-gaya ranggi dan suka ‘mix and match', bangle bracelet adalah pilihan yang sesuai untuk korang. Selain dari murah ia juga terdapat pelbagai jenis pilihan material bangle seperti kulit, silver, kayu, emas dan banyak lagi. Bracelet jenis ini versatile dan boleh digayakan dengan apa jenis pakaian mahupun majlis sekalipun. Pendek kata, kalau pakai bracelet jenis ini, orang tak pelik pun sebab dah namanya gaya ‘mix and match’ kan.. ^_^
Bangle Bracelet


Bangle Bracelet


Jika korang penah dengan tentang produk Tiffany atau Pandora yang terkenal dengan charm bracelet, ni nak bagi tau.. Kebiasaanya orang yang suka pakai charm bracelet ni mempunyai daya penarik yang tersendiri dan jenis orang yang sukakan perhatian. Mau tidaknya, dengan charm yang berjuntai-juntai dan ada juga jenis charm yang ada loceng comel tu.. lahai.. kalau budak pakai memang la comel sangat. Pemilihan loket hiasan atau barang hiasan yang berayun-ayun, ada yang bentuk handbag, huruf, baju dan sebagainya setiap satunya mempunyai lambang perkara yang disukai oleh si pemakainya. Contohnya, kalau ada yang bentuk handbag.. mesti dia suka kumpul handbag.. betul tak? Hihihi.. ataupun mungkin dia tak suka kumpul handbag, tapi dia suka beli atau tengok handbag yang comel-comel. Bracelet jenis ini, ada yang murah dan ada juga yang mahal. Lagi berjenama jenis bracelet ini, lagi mahal la ia.. tapi kalau dah suka.. apa salahnya berbelanja lebih sikit kan.. ^_^

Charm Bracelet

Charm Bracelet


Dan akhir sekali, antara bracelet yang paling banyak menjadi pilihan artis-artis di Malaysia mahupun luar negara iaitu Cuff Bracelet. Yang lain pun ada yang menjadi pilihan tau, tapi yang ini yang paling popular. Kalau dilihat dari segi rekaannya, nampak macam biasa je kan.. tapi jangan tak tau, antara banyak-banyak bracelet ni, cuff bracelet la yang paling senang nak pakai. Sebab tu orang suka pakai bracelet ni kalau nak pegi mana-mana event. Sesuai dengan gaya pemakaiannya, cuff bracelet ini boleh menjadikan si pemakainya nampak ringkas, bergaya, elegant meletup.. Hahh.. tu rahsianya tauu.. ^_^ Cuff bracelet ini juga boleh dijumpai dalam pelbagai jenis rekaan. Ada rekaan yang plain dan ringkas, ada juga rekaan yang mewah. Pasal harga jangan cakap la.. kita sebagai pengguna, kita yang tentukan.. ada cuff bracelet yang nampak mahal.. tapi harganya, tak la semahal mana pun.. malah mampu milik.. boleh berangan jadi artis lepas ni.. ^_^

Cuff Bracelet

Jennifer Lopez with Cuff Bracelet

Dato Vida with Cuff Bracelet

So, korang suka yang mana? Nak tak aku hadiahkan gelang yang comel-comel untuk korang? ^_^

Caranya.. komen kat bawah ni, korang suka bracelet jenis yang macam mana dan apa kaitannya bracelet ni dengan personaliti korang. 

Best 5 commentator, aku akan hadiahkan kat korang gelang comel seperti di bawah :

Candy Crush bracelet

  

Tarikh tutup : 20 Februari 2015

till then, tatababai

What's New

Continue Reading
6 comments
Share:

Tuesday, February 10, 2015

Invitation To Collaborate with ZALORA Malaysia

Assalammualaikum..

Ini yang dinamakan rezeki... aku ada banyak history dengan Zalora ni.. pahit manis masam manis.. banyak juga kasut-kasut aku beli ngan Zalora ni.. bahahhaha..

Kalau yang tak kenal Zalora tu... haihh.. korang ni.. takkan tak kenal.. penah viral sebelum pasal suami isteri dok troll Zalora pasal si suami tu soh Zalora banned wife dia dari Zalora.. so suwitt la couple ni.. aku jeles tauuu... dah la aku ni kaki shopping online.. alangkah bestnya kalau aku yang dapat... depan rumah dah biasa sangat.. apa kata buat kejutan kat opis... uwaaa.. mesti awesome.. aku sukaaa suprise... bahahha.. itu semua berangan.. eh eh.. takpe.. berangan itu FREE!!! ^_^

Meh nak share sikit pasal troll tu, kalau korang dah lupa la kan... ^_^

Troll Zalora

Team Zalora buat suprise!!!!


So, terima kasih Zalora Malaysia atas kepercayaan ini.. Semoga kolaborasi ini memberi pengalaman yang indah-indah ^_^



till then, tatababai

What's New

Continue Reading
11 comments
Share:

Monday, February 9, 2015

#Momazing Moment by Scott’s®

Assalammualaikum…
Sebagai seorang ibu, mestilah kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Bagi yang tak tahu, aku hamil hanya selepas 1 tahun 6 bulan berkahwin setelah macam-macam usaha kami lakukan untuk pregnant ni.. Lama juga kan menunggu tu.. ^_^ Jadi bila aku dapat tahu aku pregnant, memang satu moment yang sangat bahagia buat aku dan encik suami.
Masih teringat-ingat lagi saat Iman berada dalam perut, betapa indahnya moment itu. Terasa bagai ada rama-rama yang berterbangan dalam perut ni. Hihihi.. semua ibu pasti merasainya kan..
Saat aku di labour room, masih terasa debaran itu saat dia didapati hampir lemas dalan kandungan dan doktor terpaksa mengubah prosedur bersalin secara normal kepada caesarean. Semua itu masih terpahat dalam ingatan ini.
Apabila Iman dilahirkan, ternampak wajah suci murni itu dan aku terus tekadkan hati untuk memberikan  yang terbaik untuknya. Bila Iman di usia 7 tahun, dia sudah suka menulis. Memang tersentuh hati ni bila dia menulis ‘surat cinta’ untuk mama dan papa dia ni. ^_^ so sweet la anak mama ni.. Dan besar dan dah pandai tulis ‘surat cinta’ ye.  Terasa bahagia sangat apatah lagi bila dia membesar dengan sihat dan kuat. Haruslah ada perancangan khusus untuk masa depan dia kan. Samada dari segi pendidikan, kewangan malah kesihatannya juga. Siapa yang tak sayangkan anak kan.. Mesti semua ibubapa mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.  Begitu jugalah aku.. Iman ni la satu-satu anak aku (setakat ini).. hihihi.. mesti la aku akan buat apa saja asalkan dia sentiasa berada dalam keadaan baik.. ye tak..
My big girl ^_^
Oleh itu, Scott’s®, jenama kegemaran isirumah di Malaysia dari GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK CH) pada hari ini telah mengumumkan pencarian mencari detik-detik paling Momazing melalui satu kempen yang disebut ‘Momazingmenerusi majlis pelancaran kempen pada 29 Januari lepas. Momazing Campaign ini adalah untuk mengenali dan meraikan ibu-ibu dan detik-detik istimewa yang dialami sebagai seorang ibu. Kempen ini menyeru agar semua ibu yang mengalami dapat merakam detik-detik indah sebagai ibubapa di Malaysia.
Momazing merujuk kepada perasaan seorang ibu terhadap anak-anak apabila anak-anak melakarkan sesuatu perkara baru yang mengagumkan. Contohnya, apabila melihat seorang anak mula menyebut perkataan, ‘ibu’ buat pertama kali.. ataupun tatkala seorang anak berjaya mengambil bahagian dalam persembahan di sekolah. Saat-saat indah seperti ini yang tidak mahu dilepaskan oleh semua ibu-ibu yang mana setiap perkembangan yang berlaku pada anak-anak berlaku di depan mata kita sendiri. Mesti bahagia kan.. ^_^


Every Mother's Dream



Menurut Katharine Chen, GSK CH’s Marketing Director, “ibu-ibu memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan anak mereka terutama sekali dalam kesihatan dan pembangunan mereka”.
Siapa yang tidak kenal dengan jenama Scott’s®, selama lebih 85 tahun  di Malaysia, Scott’s® telah membantu tumbesaran, pembangunan dan dan imuniti terhadap kanak-kanak. Lebih-lebih lagi sekarang ini macam-macam jenis penyakit yang ada, jadi memang patut setiap isi rumah perlu ada vitamin tambahan bagi menguatkan imunisasi badan terhadap pelbagai jenis penyakit kan.. ^_^
Scott’s® amat memahami betapa bermaknanya detik-detik Momazing untuk para ibu di Malaysia. Oleh yang demikian, Scott’s® akan membantu para ibu untuk mengalami sendiri semua detik-detik indah itu.
Meet our emcees and our experts from GSK


Dengan satu sudu Scott’s® Emulsion setiap hari yang mengandungi Vitamin A untuk menyokong fungsi imunisasi yang sihat, Vitamin D untuk menyokong pertumbuhan tulang dan Omega-3 dengan DHA bagi membantu perkembangan otak. Sesudu Scott’s® setiap hari dapat membantu pembesaran kanak-kanak, perkembangan dan meningkatkan imuniti terhadap penyakit mampu membantu ibu-ibu untuk mengalami sendiri detik-detik Momazing!
Model Scott’s®
Caption : Saya pilih Scott’s®. Anda?
Jadi, ini merupakan satu berita baik untuk semua ibu-ibu di Malaysia. Scott’s® ingin menjemput semua ibu untuk menyertai pencarian ‘Top 10 Most Momazing Moments’. Untuk mengambil bahagian dalam pencarian ini, para ibu dijemput untuk berkongsi detik-detik ‘Momazing’ samada dengan menggunakan foto ataupun video melalui Twitter, Instagram atau Facebook dengan hashtag #Momazing dan #ScottsMY beserta dengan deskripsi pendek mengenai detik-detik Momazing dalam gambar atau video tersebut. Mudah kan.. ^_^
Antara ibu-ibu yang hadir
Share your #Momazing moment!
So.. para ibu diluar sana.. nak tau macam mana nak join contest ni? Senang je, hantarkan foto atau video Momazing Moment korang dengan anak di wall korang, letakkan hashtag #Momazing #ScottMY dan keterangan pendek tentang saat-saat Momazing menerusi Facebook, Twitter ataupun Instagram. Kemudian, untuk pengesahan penyertaan pertandingan ini, buka Facebook Scott’s Malaysia dan tinggalkan ‘ Direct Message’ dengan maklumat-maklumat seperti berikut :
  • ID Facebook / Twitter / Instagram
  • Direct URL of the post
  • Full Name
  • Email Address
  • Contact Number
  • Relationship to child (in the picture / video)
  • Last 4 digits of child’s birth certificate
Contest ini bermula dari 1 Februari 2015 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 Februari 2015. Selepas penyertaan ditutup, pihak Scott’s® akan menyenarai pendekkan penyertaan dan akan dibawa ke peringkat seterusnya. ^_^
10 penyertaan yang mempunyai paling banyak LIKE akan dianugerahkan sebagai ‘Malaysia’s Best Momazing Moments’. Seronok tak?
Untuk maklumat lanjut tentang #Momazing Campaign ini, boleh layari pautan seperti di bawah :
Scott’s Facebook Page :


till then, tatababai 


What's New

Continue Reading
6 comments
Share:

Doa untukmu... sayang!!

Assalammualaikum...

Berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul.. T_T kawan-kawan, tolong doakan anak buah aku ye.. 11 Februari ni dia akan menjalani satu pembedahan. Ibu dia pun dah minta cuti selama sebulan, aku ni susah sikit la.. tapi bole je minta cuti..

Kalau korang ingat aku penah menderita selama hampir sebulan sebab sakit gigi kan.. tapi aku tak berapa nak merungut sangat.. sebabnya, aku dok terbayang penderitaan orang lain..

Anak buah aku ni kental budaknya.. bijak dan kuat hatinya.. aku tau.. dia sangat kuat.. aku tau dia seorang yang hebat.. dan yang pasti.. dia insan terpilih..

Ibu dan ayah dia juga begitu.. mereka diduga.. mereka di berikan dugaan yang sangat besar.. tapi mereka tetap bersabar dan yang paling penting, mereka tak merungut.. sungguh.. aku tau walau mereka nampak kuat.. tapi siapa tahu di hati mereka kan... demi seorang anak sulung yang menjadi permata hati semua ibubapa.. begitu jua mereka.. tabahlah dik... kami bersamamu...

Jangan sesekali menangisi nasib diri sendiri, kerana ada lagi orang yang lebih buruk nasibnya daripada kita.. bersyukur dan redha dengan nasib diri.. tapi tak bermakna redha tanpa perlu mengubah nasib ye.. walaupun dah tertera dalam qada' dan qadar tentang nasib kita.. tapi kita jua yang tentukan masa depan kita..

"Muhammad Mikail Fawwaz sayang.. anak buah mak ngah yang paling kecil, paling comel.. semoga awak kuat dan tabah ye..mak ngah sentiasa mendoakan semoga awak cepat sembuh tau.. moga lebih comel dan hensem lepas ni macam pak ngah ye.. awak dah nak masuk 6 bulan.. dah besar.. dah chubby.. dah boleh share lemak dengan mak ngah.. jangan bagi ibu dan ayah risau ye.. jangan bagi mak ngah, atuk, nenek, opah dan mak pak sedara awak ni risau ye.. awak budak yang baik, awak budak yang sihat, awak budak yang kuat.. awak budak yang tabah.. semua orang sayang awak tau.. semoga senyuman awak akan jadi penawar duka dan lara.."



Kawan-kawan blog dan yang membaca blog ni, sudilah kiranya mendoakan agar anak buah aku, Muhammad Mikail Fawwaz diberikan kekuatan sebelum, semasa dan selepas pembedahan ni.. Doa korang amat berharga bagi aku.. terima kasih semua... 

Mikail Fawwaz akan check in ke hospital pada hari ini (9 Februari) untuk tujuan pemerhatian.. takmo nangis-nangis kat hospital tau sayang... nanti mak ngah balik cuti, mak ngah belanja t-shirt untuk Mikail ye.. ^_^ love youu...





till then, tatababai

What's New

Continue Reading
10 comments
Share:

Saturday, February 7, 2015

Happy Birthday Encik Suami!

Assalammualaikum...

"Hari ni kan.. ada birthday orang tu tau... jeles betul kita.. orang tu celebrate besday kat oversea.. siyes.. kita jeles sangat.. untung sangat orang tu kannn... "

Hahahah.. motif?? nak bagi barang.. duit dah berterbangan untuk beli tiket kesana sini.. so, aku belanja percutian ke oversea je la kann... kalau bagi barang, dia je boleh rasa.. kalau cuti ni.. semua boleh rasa.. huhuhu... aku ada buat suprise.. tapi takde la suprise sangat pun... dia bukan reti nak rasa suprise-suprise ni.. hahahaha terkutuk pula.. sorry ye... ^_^

Happy birthday Encik Suami... semoga dipanjangkan umur, diberkatkan rezeki, dipenuhkan dalam diri dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi untuk keluarga tercinta.. amin..

Hadiah mama tahun ni.. ehemm... dapat kereta sebijik pun jadik la... tak pun, sila belanja tiket penerbangan pegi balik ke London.. hahahaha ^_^



till then, tatababai

What's New

Continue Reading
No comments
Share:

Friday, February 6, 2015

Makan Besar di Restoran Juvita

Assalammualaikum...
Ingat tak ritu kami sekeluarga pegi bercuti kat Gold Coast Morib kan.. kitorang tak amik dinner tau.. so, kitorang decide nak pegi makan kat restoran Juvita kat area Banting. Lokasi dia kat area Jalan Kenanga. Kalau dari Gold Coast Morib tu, korang kuar ke simpang kiri, then terus je sampai jumpa Jalan Tali Air kat sebelah kanan. Masuk Jalan Tali Air tu, then terus sampai jumpa traffic light. Lepas tu, terus je dalam 5 minit macam tu, then korang akan nampak signboard Restoran Juvita kat sebelah kiri. Depan sikit dari restoran tu, ada simpang tulis Jalan Kenanga. Boleh je parking tepi-tepi jalan tu. Selalunya,, kalau korang lambat, memang penuh restoran tu, so kalau ada contact nombor dia dan confirm korang nak makan kat situ, order siap-siap. Takde la korang tunggu lama.. ^_^

Memang ramai la kat sini, crowd gile. Pulak tu masa kitorang pegi tu tengah semi final bola Malaysia - Vietnam. Pergh... havoc gile.. Kitorang pula dapat meja betul-betul depan TV.. hahahaa.. memang sorak abis la... 

Restoran Juvita

Jalan Kenanga

ada homestay

adik-adikku.. sabar menunggu makanan

Since kitorang datang ni adik beradik ramai kan.. so makan pun ramai la.. aku order makan untuk 4 orang makan.. hamik kauu... setiap menu tu datang 2 set.. mengah nak abiskan sebab portion dia besar kot..

air oren dan air suam, milo ais untuk budak-budak

jus epal.. nomnomnom

nasi putih utk 13 orang makan

kailan ikan masin untuk 4 orang makan

daging masak merah untuk 4 orang makan

tomyam campur untuk 4 orang makan

sotong goreng tepung untuk 4 orang makan



telur dadar untuk 4 orang makan

pinggan botingkek-tingkek

otak-otak zombie kampung pisang

Memang kenyang makan la.. walaupun aku order makan semua untuk 4 orang makan, tapi portion dia besar. Makan pula ramai-ramai, memang licin la.. kecuali tomyam, nasi ngan sotong goreng tepung. Siap tapau dapat 2 bekas nasi. hahaha.. buat supper kononnya...

Kos untuk makan ramai-ramai adik beradik ni adalah RM126 sahaja. ^_^

Kalau ada yang nak datang sini, bole datang atau call dulu untuk reserve tapi make sure lepas reserve datang la.. ^_^ boleh contact ikut nombor seperti yang tertera di bawah. Alamat pun ada tu.. ^_^ 


sila datang lagi.. ^_^

till then, tatababai

What's New

Continue Reading
4 comments
Share: