Doa untukmu... sayang!!

Assalammualaikum...

Berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul.. T_T kawan-kawan, tolong doakan anak buah aku ye.. 11 Februari ni dia akan menjalani satu pembedahan. Ibu dia pun dah minta cuti selama sebulan, aku ni susah sikit la.. tapi bole je minta cuti..

Kalau korang ingat aku penah menderita selama hampir sebulan sebab sakit gigi kan.. tapi aku tak berapa nak merungut sangat.. sebabnya, aku dok terbayang penderitaan orang lain..

Anak buah aku ni kental budaknya.. bijak dan kuat hatinya.. aku tau.. dia sangat kuat.. aku tau dia seorang yang hebat.. dan yang pasti.. dia insan terpilih..

Ibu dan ayah dia juga begitu.. mereka diduga.. mereka di berikan dugaan yang sangat besar.. tapi mereka tetap bersabar dan yang paling penting, mereka tak merungut.. sungguh.. aku tau walau mereka nampak kuat.. tapi siapa tahu di hati mereka kan... demi seorang anak sulung yang menjadi permata hati semua ibubapa.. begitu jua mereka.. tabahlah dik... kami bersamamu...

Jangan sesekali menangisi nasib diri sendiri, kerana ada lagi orang yang lebih buruk nasibnya daripada kita.. bersyukur dan redha dengan nasib diri.. tapi tak bermakna redha tanpa perlu mengubah nasib ye.. walaupun dah tertera dalam qada' dan qadar tentang nasib kita.. tapi kita jua yang tentukan masa depan kita..

"Muhammad Mikail Fawwaz sayang.. anak buah mak ngah yang paling kecil, paling comel.. semoga awak kuat dan tabah ye..mak ngah sentiasa mendoakan semoga awak cepat sembuh tau.. moga lebih comel dan hensem lepas ni macam pak ngah ye.. awak dah nak masuk 6 bulan.. dah besar.. dah chubby.. dah boleh share lemak dengan mak ngah.. jangan bagi ibu dan ayah risau ye.. jangan bagi mak ngah, atuk, nenek, opah dan mak pak sedara awak ni risau ye.. awak budak yang baik, awak budak yang sihat, awak budak yang kuat.. awak budak yang tabah.. semua orang sayang awak tau.. semoga senyuman awak akan jadi penawar duka dan lara.."



Kawan-kawan blog dan yang membaca blog ni, sudilah kiranya mendoakan agar anak buah aku, Muhammad Mikail Fawwaz diberikan kekuatan sebelum, semasa dan selepas pembedahan ni.. Doa korang amat berharga bagi aku.. terima kasih semua... 

Mikail Fawwaz akan check in ke hospital pada hari ini (9 Februari) untuk tujuan pemerhatian.. takmo nangis-nangis kat hospital tau sayang... nanti mak ngah balik cuti, mak ngah belanja t-shirt untuk Mikail ye.. ^_^ love youu...





till then, tatababai

What's New
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

10 orang suka :

  1. semoga semua dipermudahkan dan selamat..

    ReplyDelete
  2. Amin ..InsyaAllah berjalan dgn lancar.. blogwalking here... #kliknuffnang#visit my blog on shukranzahari.blogspot.com ..Happy blogging

    ReplyDelete
  3. inshaALLAH ALLAH akan permudahkan. doa banyak2 ye. :)

    ReplyDelete
  4. Macam mana operation nya Anil
    Moga Mikail cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. mikail dah sihat.. dah keluar hospital.. nanti sy update ye.. terima kasih.. ^_^

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^