Monday, February 9, 2015

#Momazing Moment by Scott’s®


Assalammualaikum…
Sebagai seorang ibu, mestilah kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Bagi yang tak tahu, aku hamil hanya selepas 1 tahun 6 bulan berkahwin setelah macam-macam usaha kami lakukan untuk pregnant ni.. Lama juga kan menunggu tu.. ^_^ Jadi bila aku dapat tahu aku pregnant, memang satu moment yang sangat bahagia buat aku dan encik suami.
Masih teringat-ingat lagi saat Iman berada dalam perut, betapa indahnya moment itu. Terasa bagai ada rama-rama yang berterbangan dalam perut ni. Hihihi.. semua ibu pasti merasainya kan..
Saat aku di labour room, masih terasa debaran itu saat dia didapati hampir lemas dalan kandungan dan doktor terpaksa mengubah prosedur bersalin secara normal kepada caesarean. Semua itu masih terpahat dalam ingatan ini.
Apabila Iman dilahirkan, ternampak wajah suci murni itu dan aku terus tekadkan hati untuk memberikan  yang terbaik untuknya. Bila Iman di usia 7 tahun, dia sudah suka menulis. Memang tersentuh hati ni bila dia menulis ‘surat cinta’ untuk mama dan papa dia ni. ^_^ so sweet la anak mama ni.. Dan besar dan dah pandai tulis ‘surat cinta’ ye.  Terasa bahagia sangat apatah lagi bila dia membesar dengan sihat dan kuat. Haruslah ada perancangan khusus untuk masa depan dia kan. Samada dari segi pendidikan, kewangan malah kesihatannya juga. Siapa yang tak sayangkan anak kan.. Mesti semua ibubapa mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.  Begitu jugalah aku.. Iman ni la satu-satu anak aku (setakat ini).. hihihi.. mesti la aku akan buat apa saja asalkan dia sentiasa berada dalam keadaan baik.. ye tak..
My big girl ^_^
Oleh itu, Scott’s®, jenama kegemaran isirumah di Malaysia dari GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK CH) pada hari ini telah mengumumkan pencarian mencari detik-detik paling Momazing melalui satu kempen yang disebut ‘Momazingmenerusi majlis pelancaran kempen pada 29 Januari lepas. Momazing Campaign ini adalah untuk mengenali dan meraikan ibu-ibu dan detik-detik istimewa yang dialami sebagai seorang ibu. Kempen ini menyeru agar semua ibu yang mengalami dapat merakam detik-detik indah sebagai ibubapa di Malaysia.
Momazing merujuk kepada perasaan seorang ibu terhadap anak-anak apabila anak-anak melakarkan sesuatu perkara baru yang mengagumkan. Contohnya, apabila melihat seorang anak mula menyebut perkataan, ‘ibu’ buat pertama kali.. ataupun tatkala seorang anak berjaya mengambil bahagian dalam persembahan di sekolah. Saat-saat indah seperti ini yang tidak mahu dilepaskan oleh semua ibu-ibu yang mana setiap perkembangan yang berlaku pada anak-anak berlaku di depan mata kita sendiri. Mesti bahagia kan.. ^_^


Every Mother's Dream



Menurut Katharine Chen, GSK CH’s Marketing Director, “ibu-ibu memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan anak mereka terutama sekali dalam kesihatan dan pembangunan mereka”.
Siapa yang tidak kenal dengan jenama Scott’s®, selama lebih 85 tahun  di Malaysia, Scott’s® telah membantu tumbesaran, pembangunan dan dan imuniti terhadap kanak-kanak. Lebih-lebih lagi sekarang ini macam-macam jenis penyakit yang ada, jadi memang patut setiap isi rumah perlu ada vitamin tambahan bagi menguatkan imunisasi badan terhadap pelbagai jenis penyakit kan.. ^_^
Scott’s® amat memahami betapa bermaknanya detik-detik Momazing untuk para ibu di Malaysia. Oleh yang demikian, Scott’s® akan membantu para ibu untuk mengalami sendiri semua detik-detik indah itu.
Meet our emcees and our experts from GSK


Dengan satu sudu Scott’s® Emulsion setiap hari yang mengandungi Vitamin A untuk menyokong fungsi imunisasi yang sihat, Vitamin D untuk menyokong pertumbuhan tulang dan Omega-3 dengan DHA bagi membantu perkembangan otak. Sesudu Scott’s® setiap hari dapat membantu pembesaran kanak-kanak, perkembangan dan meningkatkan imuniti terhadap penyakit mampu membantu ibu-ibu untuk mengalami sendiri detik-detik Momazing!
Model Scott’s®
Caption : Saya pilih Scott’s®. Anda?
Jadi, ini merupakan satu berita baik untuk semua ibu-ibu di Malaysia. Scott’s® ingin menjemput semua ibu untuk menyertai pencarian ‘Top 10 Most Momazing Moments’. Untuk mengambil bahagian dalam pencarian ini, para ibu dijemput untuk berkongsi detik-detik ‘Momazing’ samada dengan menggunakan foto ataupun video melalui Twitter, Instagram atau Facebook dengan hashtag #Momazing dan #ScottsMY beserta dengan deskripsi pendek mengenai detik-detik Momazing dalam gambar atau video tersebut. Mudah kan.. ^_^
Antara ibu-ibu yang hadir
Share your #Momazing moment!
So.. para ibu diluar sana.. nak tau macam mana nak join contest ni? Senang je, hantarkan foto atau video Momazing Moment korang dengan anak di wall korang, letakkan hashtag #Momazing #ScottMY dan keterangan pendek tentang saat-saat Momazing menerusi Facebook, Twitter ataupun Instagram. Kemudian, untuk pengesahan penyertaan pertandingan ini, buka Facebook Scott’s Malaysia dan tinggalkan ‘ Direct Message’ dengan maklumat-maklumat seperti berikut :
  • ID Facebook / Twitter / Instagram
  • Direct URL of the post
  • Full Name
  • Email Address
  • Contact Number
  • Relationship to child (in the picture / video)
  • Last 4 digits of child’s birth certificate
Contest ini bermula dari 1 Februari 2015 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 Februari 2015. Selepas penyertaan ditutup, pihak Scott’s® akan menyenarai pendekkan penyertaan dan akan dibawa ke peringkat seterusnya. ^_^
10 penyertaan yang mempunyai paling banyak LIKE akan dianugerahkan sebagai ‘Malaysia’s Best Momazing Moments’. Seronok tak?
Untuk maklumat lanjut tentang #Momazing Campaign ini, boleh layari pautan seperti di bawah :
Scott’s Facebook Page :


till then, tatababai 


What's New

6 comments:

  1. bestnya pi event Anil
    masa anak kecil2 dulu memang selalu bagi Scott Emulsion yg oren
    memang best bau pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol3.. kita pun bagi scotts yg perisa oren tu kat Iman.. kejap je abis.. sebab salu curi-curi makan.. hahahah

      Delete
  2. dh besar anak dara Anil nih...ibu nya still vogue tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM,
      dah darjah 3 dah anak dara ni.. ^_^ omaknya, biasa2 je.. kahkahkahh

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^