Wednesday, February 4, 2015

Review Percutian Keluarga di Gold Coast Morib


Assalammualaikum..

Sebelum aku bercuti panjang.. ehem.. ^_^ nak update dulu cerita basi pasal percutian keluarga di Gold Coast Morib pada cuti sekolah yang lalu. Kalau ikutkan, percutian ni sepatutnya semua adik beradik aku termasuk mak ayah aku join sekali sebab aku book 4 bilik. Tapi mak ayah aku tak dapat join pulak sebab mak aku ada kursus kat Kedah.. owh.. sedihnya. nak tunda dah tak boleh sebab dah booking kan. Maka teruskan juga la.. 

Percutian ni dibuat pada besday Sultan Selangor so memang heaven la cuti sehari dapat banyak hari kan.. hihihi.. Untuk adik-adik aku yang tak dapat nak cuti lama, dorang dok 2D1N.. manakala aku extend hari jadi 3D2N.. memang puas la berendam kat jakuzi ngan berenang-renang kat pool.. vavavvaa..

Macam biasa, pagi tu aku sampai dulu sebab semua booking adalah under nama aku.. awesome sangat booking guna bukan nama sebenar.. hahahah.. sampai-sampai je, memang crowd giles.. maklum la.. cuti sekolah kan.. so pakej yang aku bayar utk setiap bilik include 2 entrance pas ke theme park dan breakfast for 2 adalah RM168.

Masa check in tu, dalam kul 12 tengah hari, so tak boleh masuk lagi sebab takde bilik. So, kitorang lepak-lepak dulu sambil tunggu adik-adik aku gerak dari rumah. Sambil-sambil lepak tu, kitorang jalan kat pantai tengok dah ada macam-macam outdoor activity rupanya. Ada flying fox, high rope, giant bubble dan macam-macam lagi.

Idea nak pegi sini pun sebenarnya adik beradik aku la ni.. sebab kat sini kan ada jakuzi.. ayah aku buat dialisis so mana boleh nak mandi sangat sebab takut tempat tebuk kat perut tu kena jangkitan. So, dia suka la kalau dapat berendam kat jakuzi ni.. hihihi... tapi too bad sebab ayah ngan mak aku tak dapat join kan.. 


reservation voucher

theme park pass

breakfast voucher

Lebih kurang dalam pukul 2 petang macam tu, adik-adik aku dah sampai dan kitorang pun check in bilik. Aku request bilik yang mengadap theme park, alhamdulillah.. semua 4 bilik yang kitorang duduk tu mengadap theme park.Dalam 4 bilik yang aku reserve tu, cuma 1 bilik je yang dah siap. So, kitorang lepak kat bilik yang dah siap tu dulu. Sempat la makan-makan, solat ngan tido. Lepas tu yang mana yang nak turun mandi tu, pegi turun mandi kat theme park. Then aku naik balik dalam kul 3 petang macam tu.. tengok bilik lain.. eh.. tak siap lagi.. aku tengok housekeeping kelam kabut semacam je.. Maybe dorang tak prepare dengan situasi macam ni. Ye la.. orang dok serbu resort ni macam semut.

Memang bertabah sangat la tunggu bilik siap ni.. dekat kul 4 petang juga la baru dapat semua bilik. Dah la anak buah aku dah mengantuk masa tu.. memang mengamuk la budak kecik tu.. lahaii.. 

reception

salah satu bilik yang kitorang duduk

in-room facilities

coffee and tea maker

drinking water

TV cabinet

in-house telephone

comb and cotton bud

room view

jacuzzi

jacuzzi

toiletries

theme park

Sepanjang kitorang dok kat sini, encik suami sempat la beraktiviti buat high rope ngan flying fox manakala Iman pula dapat la main giant bubble kat sini siap buat sand castle lagi. Memang best la buat family outing kat sini. Banyak lagi aktiviti lain yang ada, boleh pegi ke beach dia dan tengok sendiri aktiviti-aktiviti yang ada.

Kitorang sempat tengok penggambaran cite apa tah.. takat lalu-lalu kat sebelah je la.. kot la masuk frame kan.. bahahaha.. terserempak juga dengan artis kesayangan Malaysia, Iqram Dinzly yang dok sibuk berselfie.. aku tak tau dia selfie kan apa.. rasa dekat sejam dia berselfie kat tepian pantai tu.. haahhaha tak dapat best shot kot.. tu yang selfie banyak kali.. hihihi

high rope actkvity

flying fox

pelantar flying fox

sort of acitivity

high rope dan flying fox equipment

baca tau

SUMOlah

ada juga dinosour ride untuk kanak-kanak

Percutian 2D1N dan 3D2N kitorang kat sini memang best juga la.. yang penting.. budak-budak happy. ^_^

Cuma ada beberapa komen tentang Gold Coast Morib ni yang aku rasa memang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.

1. Housekeeping tak alert tentang kebersihan. Since aku book 4 bilik, jadi aku dapat tengok kesemua bilik yang ada. 2 dari 4 bilik tu, keadaan sink bowl dia sangat menyedihkan. Ada ke cuma atas je bersih. Kat bawah sink bowl dan belakang sink bowl tu kotor gile. Ada satu bilik ni dah berkulat pun ada.. Iyewww... geli wokeyyy... tolong improve ye..

2. Reception yang agak kelam kabut. Yang ni aku rasa dari trip aku sebelum ni pun macam tu juga. Macam takde improvement. Dah la kelam kabut, lepas tu boleh pula dia marah-marah customer sebab customer dok ulang alik tanya bilik dah siap ke belum. Hello.. dah pukul 4 petang, takkan bilik tak siap lagi??

3. Wifi yang sendu. Diwar-warkan wifi ada kat setiap bilik kan.. tapi.. lahaii.. sendu sangat. nak access free wifi kat lobi tu pun.. berebut-rebut dengan guest lain. Maybe bole diperbaiki lagi ye..

4. Keadaan pool yang agak kelabu asap. Aku rasa pool tu ditutup pada waktu malam kan. Why not buat cleaning.. kalau yang turun mandi pagi-pagi tu pun tengok kaler theme park tu kaler kelabu, kalau sampai petang agak-agak bertukar jadi kaler apa ye?

5. Breakfast buffet tak variety. Aku duduk situ 3D2N.. so pada hari kedua aku harapkan menu dia lain dari hari pertama. tapi rupanya.. sama je.. so.. harap dapat divariety kan lagi menu-menu kat situ ye.. ^_^

6.. eh eh.. banyak nau komen aku ye. takpe la.. setakat itu dulu.. harap ada improvement.. ayah aku suka datang situ.. so, aku harapkan bila aku datang lagi nanti.. dah ada penambahbaikan untuk semua service samada yang aku komen ni ataupun yang lain.. ^_^



till then, tatababai

What's New

15 comments:

  1. Baru dua hari lepas kami singgah ke Morib. Ingat nak stay kat Gold Coast, tapi tak jadi sebab penuh. Tapi, ok jugak kot kami tak jadi, sebab tengok review macam tak OK je tempatnya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak banding dengan yang saya pegi sebelum ni.. memang merosot sikit la.. tu harap dia improve sebab tmpt ni ada potensi.. tapi kalau tak maintain.. takut akhirnya ...... mmm...

      Delete
  2. Wow...Bestnyer... Teringin nk pegi.. Huhu...Btw, visit mu blog.on shukranzahari.blogspot.com .. happy blogging

    ReplyDelete
  3. x form ke Anil kat lkaunter hotel or dalam bilik..kalau mcm ni perlu ada form tu then isi from customer complain then baru dorang tahu byk yg lack..kalau gitu keadaan nya JM pun rasa x nk ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah isi form.. dah serah kat kaunter.. masa serah tu cakap juga la keadaan dalam bilik tu kat reception tu.. tapi dorang cam acuh tak acuh je.. maybe sebab bizi kot nak urus orang check out.. musim cuti sekolah.. ramai kan..

      Delete
  4. Salam, nak tanya, camne nak booking bilik kat situ ye?tq

    ReplyDelete
  5. Salam, nak tanya, camne nak booking bilik kat situ ye?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy baru je booking bilik kt resort ni dengan agoda.. oklaa not bad harga per nite..

      Delete
    2. booking guna booking.com pun not bad. hari biasa ahad-jumaat, boleh dpt harga rm146 utk satu mlm. siap 2 tix utk theme park n breakfast utk 2 org.

      Delete
  6. Baru je booking n nk gi 21hb ni..
    Booking thru dia nyer webpage..
    promo anniversary katanye RM145/nite. Hrp2 semua ok.
    Thanks admin 4 the review.

    ReplyDelete
  7. JOM PI PADANG DAN BUKITTINGGI,

    PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.

    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke PADANG dan BUKITTINGGI, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG DAN BUKITTINGGI, dan juga untuk PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    ReplyDelete
  8. Boleh tahan review gold coast ni. Sy pon ingat nak pergi ni weekend ni. Book pon belum ni kalau penuh nant xdapat la nak mandi jacuzi. ��

    ReplyDelete
  9. Boleh tahan review gold coast ni. Sy pon ingat nak pergi ni weekend ni. Book pon belum ni kalau penuh nant xdapat la nak mandi jacuzi. ��

    ReplyDelete
  10. Baru nak pergi weekend ni(23/10/2016), tp amek Ahad n isnin sbb Pahang cuti..Harap tak ramai org..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^