Tuesday, March 31, 2015

Pengalaman 7 Islands yang Disaster!


Assalammualaikum...

Haiii... I'm back... ^_^ tazzabar nak update entry Korea uolsss.. hihihiii.. tapi tapi tapiii... jangan risau.. aku akan habiskan dulu entry Krabi yang tertunda ni.. sikit je lagi.. hihihi...

So, ritu aku dah share pasal pakej yang aku amik kan.. korang boleh refer kat Pakej yang ada kat Krabi ni.. pakej yang aku amik adalah 7 island sunset tour dan pakej emerald pool and elephant trekking.

Untuk entry ini, aku buat untuk 7 island sunset tour dulu la.. since sebelum ni aku dah 2 kali amik tour 4 island kan.. so, tukar angin la pulak. Nak tengok sunset la pulak kann... hahh.. nak sangat tengok sunset kan.. disaster kauuu!!!! hahahahha

Dalam kul 2 petang macam tu, dah ada van amik kitorang kat hotel.. ramai juga la yang amik pakej ni.. aku rasa penuh satu green boat tu kot.. dari yang dok bawah sampai la yang dok atas..

nampak tak bot kaler ijau tu, itulah bot kami

antara first view di atas air

bot trip lain

Lebih kurang jam 2.30 petang bot pun bertolak.. untuk makluman korang.. sesape yang minat sangat snorkeling.. memang sesuai sangat la amik pakej 7 island ni sebab mostly tempat yang dia pegi memang tempat snorkeling sahaja.. aku la yang rugi.. sebab aku tak pandai snorkeling.. apatah lagi nak berenang.. kuikuikuiii...

First island yang kitorang singgah.. aku tak turun pun sebab pengemudi bot tu kata dorang stop situ just nak amik barang.. ok fine.. so, amik gambar sahaja.. dalam 15 minit macam tu.. bot pun bergerak ke pulau ke-2 iaitu Poda Island.. aku suka Poda Island ni sebab pantai dia bersih dan pasir dia putih. puas la mandi.. tapi antara pulau pulau yang aku memang nak sangat mandi tu adalah Tup Island.

wefie atas bot

titanic katanya

antara boat yang parking

tak turun pun

lagi boat parking

Memang puas la mandi kat Poda Island tu.. masa yang diberi lebih kurang 45 minit.. ye la.. kena la cepat kan.. sebab 7 island tu.. baru 2 island.. huhuhu.. destinasi seterusnya, Chicken Island untuk snorkeling.. aku ni dari dulu memang ada badi kat Chicken Island.. asal sampai Chicken Island ni.. terus la aku jadi lemah.. tetiba penyakit pening ngan mabuk laut aku datang.. choyyy sangat kannn...
Makanya takde la gambar sangat kat Chicken Island ni.. T_T


wefie di Poda Island

sorok belakang Iman supaya nampak kurus.. hahahhaa

family potrait

eh eh.. bersandar kau kat batu ye

weols pun nak touch batu juga la

mandi time

batu besar tu femes kat Poda Island

cuaca pun sangat baik..

Lepas tu ada banyak la lagi tempat snorkeling nya.. aku mcam malas gile nak turun dengan pening bagai.. dah la ombak kuat.. nak sangat kan naik long tail boat kan.. kan.. hahahha..

tempat snorkeling pertama

tempat snorkeling

Iman dah lapar, aku pun dah pening

lalu kat bawah cave ni.. awesome gile

nampak batu batu besar ni?

ni tempat orang panjat panjat, pastu terjun. ko mampu?

aku yang tak snorkeling, hanya mampu snap gambar ikan dari atas bot

budak ni dah penat

ombak dah start kuat

batu terkenal di Krabi

lagi batu

Lepas tu konon-kononnya, nak tengok sunset la.. aduih.. memang la.. shot semua cantik.. tapi orang kata, nak dapatkan gambar terbaik tu, ada pengorbanannya.. T_T which aku taubat dah takmo amik gambar sunset dalam situasi yang macam tu... ombak kuat gile kot.. dengan pengemudi dan lalok macam orang baru amik dadah.. adoiyai.. rasa belas-belas kali bot kitorang dok terhuyung hayang kat tengah laut tu semata-mata nak amik gambar sunset. Aku dah macam.. udah-udah la tu.. lapar dah ni.. sebab pakej ni sekali dengan BBQ dinner.. ada unggun api katanya... kedengaran menarik bukan.. ehemmm...

Aku dah siap-siap pakaikan Iman life jacket just in case bot terbalik.. memang dah terumbang ambing dibadai ombak.. ombak dah la kuat.. enjin bot ni memang tak berapa kuat nak lawan arus.. tu yang sangat la aku tak tahan dengan baru lepas mabuk lautnya.. hukhukk..

sunset

sunset

sunset 

Lepas tu pulak, nak pegi dinner kat Tup Island ni.. hukhukk.. sadis gile.. since bot kitorang jenis long tail boat yang besar, so, tak leh dekat dengan pantai.. so kena tumpang long tail boat orang lain.. so buat la 2 trip long tail boat kecik yang amik kitorang kat atas bot ijau kitorang tu..

air tgh surut, so bot tak leh rapat ke Tup Island

pindah bot

Pastu plak bot kecik tu tak leh parking betul-betul dekat ngan tempat BBQ tu.. so kena menapak lagi jalan kaki dalam 1km macam tu untuk ke tempat BBQ.. dengan ditemani bintang di langit.. takde bulan, pastu sikit-sikit lampu torch light yang disuluh oleh orang yang jaga tempat BBQ tu.. memang betul kitorang menapak. Kalau korang yang penah sampai kat Tup Island tu, kat situ air dia memang jernih dan banyak batu-batu besar dan batu-batu kecik kan.. korang bayangkan.. kitorang jalan malam-malam kat situ, sampai kaki Iman tertanggal dari selipar dia.. pastu bole pulak dia menangis kesejukan dan kelaparan.. T_T memang aku terus sebak kat situ juga..

Nak dapatkan makanan BBQ yang ohsem sangat tu.. sampai rasa macam pelarian Rohingya.. T_T beratur dalam keadaan yang penat, kelaparan.. haihhh.. tak sanggup nak bayangkan smula.. Pastu makan dengan bersuluhkan bintang dan ditemani cahaya dari telefon Nokia lama tu.. uwaaaaa.. feeling pelarian sangattt sampai kawan aku kata, 'teruk betul rasa dilayan macam ni, Malaysia pun tak layan aku macam ni'..

Meh aku share gambar awesome ala-ala candle light dinner kat Tup Island bersaksikan bintang dan langit.. 


.......... 




..........





..........





..........





..........





..........


romantik tak?


ni lagi romantik.. T_T

Gelap woiiiiiii...... korang bayangkan celah mana kitorang nak makan? hukhuk...

Dah nak abis makan tu, Iman bisik kat aku, 'mama.. lepas ni kita tak nak join 7 island ni lagi ye.. ' T_T sedih gile suara dia.. aku pun ye kan je la.. sebab aku pun serik.. dah tak sabar nak balik.

Lepas makan BBQ tu.. cepat-cepat la dorang berkemas.. kitorang pun cepat-cepat tunggu kat pesisir pantai tu sebab air nak pasang jap lagi.. bot kitorang kan jauh kan.. so, kitorang tumpang lagi bot kecik tu..

pindah ke bot ijau semula

Dapat je naik bot ijau tu, ingatkan terus balik.. rupanya ado lagi sesi snorkeling tgh malam tgh plankton. Aku dah macam.. woiiii... aku nak balikkkkk!!!!!!!

Ada la juga sorang yang terjun.. tu pun tak sampai 2 minit pun.. sebab dia kata tak nampak pape.. pastu pengemudi tu pun kemudi bot tu balik ke pangkal jalan.. rasa lama gile nak sampai tau.. lelagi lepas trauma dengan bot hampir nak terbalik tu.. adoi... memang kitorang pakai life jacket siap-siap la..

Sampai je kat pantai Ao Nang.. terus rasa lega sangat... haihh.. taubat nasuha nak pegi 7 island ni lagi... trauma sangatttt... Iman plak dok ulang-ulang..


takmo pegi 7 island lagi..
takmo pegi 7 island lagi..
takmo pegi 7 island lagi.. 
takmo pegi 7 island lagi.. 

T_T

till then, tatababai

What's New

Monday, March 30, 2015

Buffet Ramadhan di Laman Kayangan!


Assalammualaikum..

Minggu lepas aku dijemput untuk menghadiri pelancaran Buffet Ramadhan di Laman Kayangan. Terima kasih kepada Halim dan Mohd Rasul yang sudi menjemput aku. Seawal jam 4 petang aku dah sampai wokey.. Nampak tak ketaksabaran disitu.. hahahah.. sebabnya, event start pukul 4 petang, tapi rupanya 4 petang tu sebab nak jemput tetamu.. start betul-betul pukul 5 petang. Takpe.. datang awal, tak jammed kan.. ^_^

Lepas pendaftaran, aku terus contact Rasul sebab nak confirm seating. Dia suruh deal dengan Kak Hasmal yang comel. Aku pun berpusing-pusing cari Kak Hasmal rupanya depan aku je.. Hahahaa..

Lepas Kak Hasmal tunjuk seat, aku pun duduk dan godek-godek apa la menu buffet ramadhan yang best ni..

cak...

dah sampai...

welcome drink

registration kaunter

register.. eh kenapa blur

okey.. dah register

Hall Laman Kayangan

antara produk tempatan yang dipamerkan

bergambar dengan Kak Hasmal

jom tengok menu apa yang ada

Menu.. hehehe

susunatur

akak tengah godek menu

merahnya

merah lagi

Sempat la berborak dengan Akmal, emcee yang kacak pada malam tu.. hihihii.. yang bestnya kat Laman Kayangan ni, semua kemudahan ada.. ada surau dan tandas berdekatan so, nanti sambil berbuka puasa, bole la ke surau dulu menunaikan solat. ^_^


Akmal, emcee kacak

reserve table

reserve table

Okey.. jom tengok makanan apa yang ada kat Laman Kayangan ni.. jom.. cekidaut!!!

Menu  Chinese Hawker

Nasi ayam

menu sampingan nasi ayam

rojak buah dan popia

roti john yang sedap

pisang goreng rangup

ABC

pulut mangga

macam macam jenis air ada

dessert

dessert

dessert

buah buahan

kambing golek

sate

ayam goreng berempah

ayam goreng berempah

nasi minyak

nasi kandar

nasi pandan

air lagi

bihun dan mee

aneka sup

murtabak

ayam panggang

zoom in

mee goreng

spaghetti on the go

masak kat sini tau.. panas panas!

Antara kelebihan menu-menu Buffet Ramadhan di Laman Kayangan ni.. hampir kesemuanya di masak di situ tau.. Memperkenalkan tema 'Asean Delight' yang menghidangkan pelbagai menu bercirikan Asean Delight yang menghidangkan pelbagai hidangan dengan menggunakan konsep warung pelbagai nama bagi menarik hati para pelanggan. Pasti.. korang teruja dengan pelbagai menu yang dihidangkan lagi menambat selera itu. Jom tengok menu apa yang aku rasa..

sate ayam.. perghh.. ini betul betul sedap.. aku tambah 2 kali tau...

murtabak.. ini encik suami aku suka.. aku dapat 1 ngap je.. selebihnya dia ngap.. siap topup satu pinggan lagi..

ini feberet aku.. harus la aku makan kan... sedap woiii...

roti john.. pun encik suami aku ngap sebab feberet dia.

sambil-sambil makan.. wefie dulu ngan Ayue Idris.. ^_^

sambung makan pulak.. sotong kangkung uolsss... aku tambah 3 kali.. wawawaaa

ini somtam.. sedap juga.. 

kambing golek.. tergolek golek aku makan kesedapan..

nasi ayam hainan.. ayam dia lembut sangat..

rojak buah yang serba serbi cukup rasa

Banyak tak menu yang aku makan? Hahh.. sebenarnya.. banyak lagi tau menu yang ado.. tapi aku tak sempat rasa semua.. menu paling femes kat Laman Kayangan ni adalah Nasi Pandan. Memang wajib korang cuba kalau makan kat sini. 

Sambil-sambil kitorang menikmati hidangan di Laman Kayangan yang yummy tu.. acara perasmian pun bermula. Dirasmikan oleh Tuan Haji Azhar Haji Baharin, upacara perasmian bagi Pengenalan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan berjalan dengan amat lancar. Diadakan juga acara cabutan bertuah and guest what?

Aku antara yang dapat cabutan bertuah tu wokey.... hahhahaha.. what a luck.. alhamdulillah... syukur...

ucapan oleh founder

upacara perasmian

upacara perasmian

Dengan harga serendah RM69.00 seorang untuk dewasa, RM35.00 seorang untuk kanak-kanak 7-12 tahun dan RM35.00 untuk warga emas.. harganya amat berbaloi-baloi sebab menu dia banyak giles wokey..

Untuk tidak membebankan, Laman Kayangan menawarkan harga pakej yang menarik dengan memberikan ganjaran istimewa untuk setiap kategori pakej yang ditawarkan. 

Sekiranya korang beli dalam tempoh 20 Mac - 1 April 2015 untuk setiap 2 orang dewasa, harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM138.00 sahaja dan akan dapat 1 pax percuma untuk kanak-kanak atau warga emas. Bila lagi kan nak bawa mak ayah kita pegi berbuka puasa kat luar kan..

Manakala bagi pembelian 5 orang dewasa (RM345.00) akan diberikan 3 pax percuma untuk kanak-kanak atau warga emas.

Dan bagi pembelian 9 orang dewasa (RM621.00), akan mendapat 1 pax percuma untuk dewasa.

So, tunggu apa lagi. reserve sekarang tauu... kang lepas GST kang kena tambah lagi 6% pulak.. So, inilah masanya.. Dah gaji kan.. jom... dapatkan pakej buffet ramadhan di Laman Kayangan segera!!!



pamplet buffet ramadhan

i menang cabutan bertuah.. ^_^


till then, tatababai

What's New
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...