Buffet Ramadhan di Laman Kayangan!

by - 8:00:00 AM

Assalammualaikum..

Minggu lepas aku dijemput untuk menghadiri pelancaran Buffet Ramadhan di Laman Kayangan. Terima kasih kepada Halim dan Mohd Rasul yang sudi menjemput aku. Seawal jam 4 petang aku dah sampai wokey.. Nampak tak ketaksabaran disitu.. hahahah.. sebabnya, event start pukul 4 petang, tapi rupanya 4 petang tu sebab nak jemput tetamu.. start betul-betul pukul 5 petang. Takpe.. datang awal, tak jammed kan.. ^_^

Lepas pendaftaran, aku terus contact Rasul sebab nak confirm seating. Dia suruh deal dengan Kak Hasmal yang comel. Aku pun berpusing-pusing cari Kak Hasmal rupanya depan aku je.. Hahahaa..

Lepas Kak Hasmal tunjuk seat, aku pun duduk dan godek-godek apa la menu buffet ramadhan yang best ni..

cak...

dah sampai...

welcome drink

registration kaunter

register.. eh kenapa blur

okey.. dah register

Hall Laman Kayangan

antara produk tempatan yang dipamerkan

bergambar dengan Kak Hasmal

jom tengok menu apa yang ada

Menu.. hehehe

susunatur

akak tengah godek menu

merahnya

merah lagi

Sempat la berborak dengan Akmal, emcee yang kacak pada malam tu.. hihihii.. yang bestnya kat Laman Kayangan ni, semua kemudahan ada.. ada surau dan tandas berdekatan so, nanti sambil berbuka puasa, bole la ke surau dulu menunaikan solat. ^_^


Akmal, emcee kacak

reserve table

reserve table

Okey.. jom tengok makanan apa yang ada kat Laman Kayangan ni.. jom.. cekidaut!!!

Menu  Chinese Hawker

Nasi ayam

menu sampingan nasi ayam

rojak buah dan popia

roti john yang sedap

pisang goreng rangup

ABC

pulut mangga

macam macam jenis air ada

dessert

dessert

dessert

buah buahan

kambing golek

sate

ayam goreng berempah

ayam goreng berempah

nasi minyak

nasi kandar

nasi pandan

air lagi

bihun dan mee

aneka sup

murtabak

ayam panggang

zoom in

mee goreng

spaghetti on the go

masak kat sini tau.. panas panas!

Antara kelebihan menu-menu Buffet Ramadhan di Laman Kayangan ni.. hampir kesemuanya di masak di situ tau.. Memperkenalkan tema 'Asean Delight' yang menghidangkan pelbagai menu bercirikan Asean Delight yang menghidangkan pelbagai hidangan dengan menggunakan konsep warung pelbagai nama bagi menarik hati para pelanggan. Pasti.. korang teruja dengan pelbagai menu yang dihidangkan lagi menambat selera itu. Jom tengok menu apa yang aku rasa..

sate ayam.. perghh.. ini betul betul sedap.. aku tambah 2 kali tau...

murtabak.. ini encik suami aku suka.. aku dapat 1 ngap je.. selebihnya dia ngap.. siap topup satu pinggan lagi..

ini feberet aku.. harus la aku makan kan... sedap woiii...

roti john.. pun encik suami aku ngap sebab feberet dia.

sambil-sambil makan.. wefie dulu ngan Ayue Idris.. ^_^

sambung makan pulak.. sotong kangkung uolsss... aku tambah 3 kali.. wawawaaa

ini somtam.. sedap juga.. 

kambing golek.. tergolek golek aku makan kesedapan..

nasi ayam hainan.. ayam dia lembut sangat..

rojak buah yang serba serbi cukup rasa

Banyak tak menu yang aku makan? Hahh.. sebenarnya.. banyak lagi tau menu yang ado.. tapi aku tak sempat rasa semua.. menu paling femes kat Laman Kayangan ni adalah Nasi Pandan. Memang wajib korang cuba kalau makan kat sini. 

Sambil-sambil kitorang menikmati hidangan di Laman Kayangan yang yummy tu.. acara perasmian pun bermula. Dirasmikan oleh Tuan Haji Azhar Haji Baharin, upacara perasmian bagi Pengenalan Buffet Ramadhan di Laman Kayangan berjalan dengan amat lancar. Diadakan juga acara cabutan bertuah and guest what?

Aku antara yang dapat cabutan bertuah tu wokey.... hahhahaha.. what a luck.. alhamdulillah... syukur...

ucapan oleh founder

upacara perasmian

upacara perasmian

Dengan harga serendah RM69.00 seorang untuk dewasa, RM35.00 seorang untuk kanak-kanak 7-12 tahun dan RM35.00 untuk warga emas.. harganya amat berbaloi-baloi sebab menu dia banyak giles wokey..

Untuk tidak membebankan, Laman Kayangan menawarkan harga pakej yang menarik dengan memberikan ganjaran istimewa untuk setiap kategori pakej yang ditawarkan. 

Sekiranya korang beli dalam tempoh 20 Mac - 1 April 2015 untuk setiap 2 orang dewasa, harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM138.00 sahaja dan akan dapat 1 pax percuma untuk kanak-kanak atau warga emas. Bila lagi kan nak bawa mak ayah kita pegi berbuka puasa kat luar kan..

Manakala bagi pembelian 5 orang dewasa (RM345.00) akan diberikan 3 pax percuma untuk kanak-kanak atau warga emas.

Dan bagi pembelian 9 orang dewasa (RM621.00), akan mendapat 1 pax percuma untuk dewasa.

So, tunggu apa lagi. reserve sekarang tauu... kang lepas GST kang kena tambah lagi 6% pulak.. So, inilah masanya.. Dah gaji kan.. jom... dapatkan pakej buffet ramadhan di Laman Kayangan segera!!!



pamplet buffet ramadhan

i menang cabutan bertuah.. ^_^


till then, tatababai

What's New

You May Also Like

0 orang suka

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^