The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Tuesday, March 3, 2015

Hotel 5 bintang dengan harga 2 bintang di Krabi


-Schedule entry -

Assalammualaikum..

Macam yang aku beritahu, van transit tu berhenti betul-betul depan hotel wokey.. so, sangat mudah tak yah ko nak berjalan dengan backpack besar-besar tu keliling Ao Nang.. hahahah..

Hotel yang aku pilih adalah Aonang Viva Resort. Walaupun dia resort, tapi takde resort pun.. swimming pool pun takde.. kuikuikuii.. dalam pembinaan katanya.. last visit aku kat Krabi tahun lalu, rasanya hotel ni tak siap lagi. Ke aku yang tak perasan. Interior dia pun nampak baru dan yang penting.. serba serbi sini dekat. Hahh.. ni yang penting.. walaupun agak jauh dari Ao Nang beach.. tapi ko nak massage ado, nak makan halal ado, nak tukar duit ado.. 7 Eleven pun ado.. apo yang takdo? Pantai Nopparatthara pun depan tu je.. jalan sikit le dalam 5 minit macam tu.. kalau berhenti-henti amik gambar.. 15 minit pun dah sampai.. dan yang paling penting.. dekat dengan gerak penkek Yaminlah.. vavavavavaaaa... encik suami memang craving sangat la dengan penkek Yaminlah ni.. tu yang kena tiap-tiap tahun datang sini.. ekkk...

Okey sambung cite pasal hotel. Since sepanjang trip backpackers ke Krabi ni, kitorang akan duduk di 2 buah hotel, so pemilihan aku, satu hotel murah, satu hotel mahal.. tapi kalau sebenarnya takde la jauh beza sangat pun harga hotel tu. Nanti later on aku cerita ye.. ^_^

Since kitorang sampai kat hotel awal pagi.. kul 9 pagi dah sampai ko.. check in kul 2 petang.. so, try and error je la.. sampai-sampai ke kat lobi, terus pegi ke kaunter dan dilayan oleh 2 orang reception yang baik.

Aku tunjuk booking ID yang aku dah reserve thru booking.com then dia semak dan suruh isi borang. Lepas tu, tanya dia.. boleh terus masuk bilik sekarang ke? dia kata boleh.. uwaaa... ini sudah bagus. Well.. apapun kalau nak check in awal tertakluk kepada room availability juga. So, kebetulan ada kosong kan.. so, dapat la check in awal dan rehat.

Pastu, aku book bilik Superior dan tak minta pun extra bed untuk Iman. Redha bersempit-sempit je atas katil ni.. hahhaa lepas tu reception tu boleh pula baik hati sangat.. kata nak upgrade bilik dari Superior ke Deluxe (1 queen bed dan 1 single bed) which fit 3 people per room. Syukur alhamdulillah.. perjalanan ni sangat dipermudahkan..

Selama proses check in tu, kami dihidangkan dengan air roselle yang sedapnya tak terkata.. dah la penat kan.. harus la dapat air sejuk tu terus lega tekak ni. Dapat pula cold tuala untuk lap-lap muka yang dah berpeluh-peluh ni.. hihihi.. 5 bintang sangat tauu.. ^_^

So, lepas setel proses check in dan bayar, kami dibawa oleh pembantu hotel dan dia siap tolong angkat backpack kitorang yang berat tu masuk bilik. Nasib la bilik bawah je. tak yah naik turun tangga.

Okey banyak dah bebel.. layan gambar dulu ye..


hotel

ruang menunggu

ruang Internet

rececption yang baik hati

dekorasi

welcome drink and cold towel

registration form

reception yang bantu kami masa check in

world clock

bilik kami

katil kami

tetingkap

dalam bilik

anak gajah atas katil

fresh and bright

spacious

almari

complimentary

peti ais pun ada

bilik air

toiletries

breakfast table

mak gajah dan ayah gajah

mereka baru nak berdua duaan

datang anak gajah sambil bertanya, buat apa tu?

ayah gajah kata.. tengah diskas esok nak buat apa.. hahaaha

telefon dan wifi info

wifi password

WIFI kat sini laju giles.. boleh pilih nak line yang mana.. semua laju.. memang puas gile la.. walaupun takde swimming pool.. tapi apadehal.. bukan dok hotel sangat pun.. kata datang Krabi kan.. mandi laut je la.. hahaha...

So, 5 bintang tak??? hihihi

Lagi satu, breakfast kat sini mix ngan pork. Masa 1st day aku breakfast kat sini.. haih.. banyak tul hidangan pork dia.. tapi pelayan tu ada bagi tau mana menu yang ada pork, mana yang takde pork. Tapi kitorang tak amik la.. cuma makan bubur kosong, roti ngan coco crunch.. buah-buahan dia memang fresh.. hari-hari dapat makan dragon fruit..


till then, tatababai

What's New

4 comments:

  1. arghh...ruginya..dulu pegi x tahu pasal hotel nih..hotel 5 bintang harga 2 bintang tu...x leh jadi nih hihhi

    psst : Anil dah sampai msia ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM,
      dh selamat balik Mesia.. rindu Park Ji Sung.. ahahahahha... kita tau pasal hotel ni pun thru booking.com.. tgk macam cantik je macam comel je.. tapi yang paling best.. wifi dia thorbaik... huhuhu..

      Delete
  2. Replies
    1. Sofu,
      best sbb dia upgrade bilik.. pttnya bilik muat utk 2 org je.. dia bg bilik kasik muat 3 org.. so takde la bersesak2 atas katil.. ngeeee

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^