Thursday, March 26, 2015

Movie Review : Accidental Love

Assalammualaikum..

Minggu lepas aku dijemput oleh TGV untuk menonton Premiere Screening cerita Accidental Love. Since cerita ni adalah 18SX.. jadi aku ajak geng wayang iaitu Haida untuk sama-sama menyaksikan premiere screening ni.. berbeza dengan premiere screening yang aku join sebelum ni, kali ni tempat duduk adalah FREE SEATING. Which boleh duduk kat mana-mana tempat kosong yang hado.. so pelagi.. macam Amazing Race kitorang pecah panggung sebab nak dapatkan best seat katanya.. hihihi..

tiket wayang FREE

selfie kononnya

wefie pulop

Sinopsis :

Filem ini mengisahkan tentang seorang pelayan bernama Alice Eckle (Jessica Biel) yang ingin dilamar oleh kekasihnya, Scott (James Marsden). Ketika Scott sedang melamar Alice di sebuah restoran, secara tidak sengaja, seorang pekerja telah terjatuh dan tertusuk paku di bahagian kepala Alice. Memandangkan Alice tidak mempunyai insurans, maka pihak hospital tidak dapat untuk menjalankan penbedahan bagi membuang paku di kepala Alice.

Keadaan itu telah membawa Alice ke Washington DC dan bertemu dengan seorang anggota kongres yang bernama Howard Birdwell (Jake Gyllenhaal) yang dikatakan boleh membantu. Namun selepas mereka bertemu, akhirnya mereka jatuh cinta.

My Review :

Cerita ni best. Jalan cerita ada macam berterabur sikit tapi kalau korang betul-betul feel, tak kisah la terabur ke tak terabur kan.. tetap best. Lagi-lagi dengan lakonan Jake Gyllenhaal yang bersahaja. Macam bukan dia yang kita selalu tengok kat filem-filem lain. Kalau tengok dari mula, macam tak logik je, kepala orang dah kena paku, tapi bole pulak takde darah. Hahaha.. Pada aku, okey la cerita ni..untuk suka-suka dan untuk release tension sebab tak perlu banyak fikir pun. Tengok, nikmati dan gelak. Dan perlu diingatkan ye, cerita ni 18SX tau.. jadi, jangan bawa anak kecil pula ye.. ^_^

Untuk cerita ni, aku bagi : 





till then, tatababai

What's New
Anil Wanina
Anil Wanina

I'm a full-time Assistant IT Analyst with passion on travelling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty and event. Give some love and good comments so we can share thought and experience together. ^_^

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^