Bahang Kemeriahan Blogger's Day Out 2015 kian terasa.....

Assalammualaikum...

Hai korang... 3 hari je lagi Blogger's Day Out 2015 anjuran Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) akan diadakan... tazzabar wokey... korang pun mesti tak sabar kan.. kan...

Sape nak jumpa Ben Ashaari
Sape nak jumpa jejaka kacak, Boni
Sape nak jumpa duta produk, si cantik manis Uzu
Dan sape nak jumpa kakak tegas tapi baik hati Sue Izza?

Hihihi... aku antara orang yang nak angkat tangan.. hahahaha...

Kitorang blogger di bawah satu naungan... bukan selalu tau dapat jumpa-jumpa macam ni... kita blogger.. kita adalah satu komuniti... kita adalah sahabat di alam maya.. bila kita berjumpa depan mata, salam tangan peluk cium.. terus terjalin ikatan yang lebih akrab macam adik-beradik.. ^_^

Terima kasih kepada  Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya dan Cyberjayaview Sdn Bhd yang sudi bekerjasama dengan KBBA demi mengadakan aktiviti bersama rakan-rakan blogger sempena Blogger's Day Out.. yeayyyy.... eksaited tak?


Sape yang duduk Selangor, khususnya warga Cyberjaya dan Putrajaya, pasti tau apa yang ada kat Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya (KKTTC) ni kan.. tapi yang tak tau.. meh rapat sikit aku nak cerita.. KKTTC ni terletak berhadapan je dengan Multimedia Universiti. Tak tau juga? Takpe... meh kita baca peta... ^_^


Faham? Kalau tak yakin.. boleh Google Maps atau Waze sahaja.. ^_^ Untuk pengetahuan korang, KKTTC ni telah wujud pada tahun 2006 lagi..banyak fasiliti dan kemudahan untuk aktiviti sukan dan riadah yang ada malah diupgrade dari semasa ke semasa untuk kemudahan pengguna. Antaranya, gelanggang badminton, gelanggang futsal, gymnasium, gelanggang squash, dancing studio, go kart circuit, driving range dan banyak lagi. 






Kalau korang nak buat majlis-majlis kahwin ke, reunion, farewell mahupun mesyuarat.. boleh juga buat kat sini tau... ada la beberapa kali aku hadir kat sini bagi memenuhi undangan farewell bos lama aku.. memang besar dan selesa... aku penah attend majlis kahwin kawan aku kat sini.. memang marvelous.. konsep taman lagi.. ada tasik.. auwwww... romantik sangattt... jangan risau pasal parking.. banyak parking kat sini malah KKTTC ni mampu menampung sebanyak 700 orang pengunjung dalam satu-satu masa tau.. 

Macam mana? Berminat? Hihihi.. korang boleh berhubung dengan KKTTC:

Instagram @KelabKomunitiCyberJaya
Telefon :  03-8318 0008

So, ramai ke idak yang join Blogger's Day Out pada 26 April ni? Dianggarkan dalam 100 orang blogger atau mungkin lebih tauuu yang akan hadir untuk aktiviti ni.. nampak tak betapa semangatnya blogger-blogger ni.. bukan senang nak jumpa.. so, bila ada peluang jumpa.. memang grab terus peluang ni.. banyak aktiviti yang dah dirancang oleh taiko-taiko kat KBBA ni.. aktiviti dia bukan cikai-cikai tau.. dengan ada yang tak penah jumpanya, tetiba bergabung meletup main badminton sebagai satu team.. pastu kena build trust bila team up untuk game paintball.. dan yang paling ditunggu-tunggu.. haruslah go-kart.. hikhikhik..  so, inilah KBBA.. disini kami umpama adik beradik.. kali build trust antara satu sama lain walaupun ada diantara kami tak pernah jumpa antara satu sama lain.. 

Korang nak join ke? Boleh je.. jom.. jom... boleh tengok macam mana kami di KBBA berkomuniti.. tapi korang yang tak join KBBA pun boleh join juga... no worries... jom datang dan sama-sama memeriahkan Blogger's Day Out ni. boleh beramah mesra dengan Ben Ashaari dan rakan-rakan blogger yang lain.. di sinilah kita nak build network kan... selama ni dok baca je kat blog kan.. skang.. boleh jumpa terus.. hihihi

Insya Allah... jika program ini berjaya.. akan datang akan ada program-program lain yang lebih hebat lagi.. amin..

So.. kita jumpa di sana..... ^_^

Terima kasih kepada penaja-penaja rasmi Blogger's Day Out 2015 :

Cyberview Cyberjaya

Cosmoderm

Yeos Malaysia

Stamp N Print Enterprise

Natalia



till then, tatababai

What's New
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

0 9 orang peminat :

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^