The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Wednesday, April 1, 2015

Berjunggle trekking di Krabi!


Assalammualaikum..

Keserikan ber 7 island semalam masih lagi terasa.. penat dia tu toksah cakap.. so, untuk aktiviti hari ini, kitorang amik sesi pagi, sebab petang tu kitorang nak pindah ke hotel lain..

Seawal jam 8.30 pagi.. van dah sampai dah pickup kitorang kat hotel, lepas tu pickup kawan aku pulak kat hotel dorang. Host kitorang pada hari tu adalah Harun. Destinasi pertama kitorang adalah Hot Stream. Agak jauh juga dari Ao Nang beach ye.. ada kawan-kawan aku kat group BBM bagi tau, boleh je nak pegi Hot Stream tu naik motor... tapi kami 3 orang kan.. susah la pulak.. dah la aku ni takde lesen motor.. bawak motor pun tak reti.. hihiihih.. so, kita amik pakej je dulu.. kang dah expert jalan dia, kita drive sendiri ye.. hahahha.. verangan..

Harun yang banyak cakap

kami dah bersedia

Sampai je kat Hot Stream tu, dia bagi 30 minit saja. Sebab tak jauh mana pun entrance Hot Stream ni dengan kolam air panasnya tu. So, kat sini.. cuma Ita, Faizul ngan Iman je la yang rendam-rendam kaki. Aku ni berpenyakit.. hahahhaa.. so encik suami larang aku dari berendam.. rugi sangat...


trekking sikit nak ke Hot Stream

kolam Hot Stream


test rendam kaki.. tak panas sangat..

Hot Stream signboard


loving couple.. ^_^

Lepas lepak dan berphotoshoot kat Hot Stream barang 15 minit.. kitorang di bawa pula ke Emerald Pool yang femes tu.. hamik kau.. bertrekking dalam 10 minit sebab nak mandi kat pool yang clear water sangat tu kan..

Tapi hasilnya, memang cantik sangat tempat tu. Ita, Faizul, encik suami ngan Iman turun mandi. Aku.. tukang jaga beg.. bahhahahaha... aku rendam-rendam kaki je la.. aku tak reti berenang kot.. kang jadi pape.. sape yang akan dipersalahkan? Diri sendiri juga kan.. kikikiiii

Lama juga masa diberi, lebih kurang sejam juga la.. memang puas la Iman dapat mandi sampai kecut-kecut jari dia. Lepas tu, kitorang kembali semula ke restoran untuk menikmati makan tengahari. Siapa yang biasa pegi Krabi, setiap pakej tu biasanya dia akan include dengan makan sekali.. so, tak perlu risau. Even dalam van tu pun.. berlambak air mineral disediakan.. boleh je amik.. Kitorang siap bungkus masuk dalam beg buat stok sampai abis trip kat Krabi ni.. hahahaha

jom trekking

4 of us

sampai suda

Iman...

wefie dengan gegajah

jom masuk

emerald pool?

ni la emerald pool yang dikatakan mempunyai air yg sangat jernih


takde la besar sangat.. tapi jernih sangat air dia

loving couple tengah bermandi manda..

loving couple versi anak beranak

tak puas mandi ke Iman?

jom balik

peta kat Emerald Pool

Dah makan kenyang.. Harun bawa kitorang pegi Elephant Trekking pulak. So, aktiviti hari ni, sokmo trekking sesajo.. tu aku boh title jungle treking walhal, takde la jungle sangat.. kikikii...

Naik gajah lepas makan, memang la tak berapa sesuai la, pada aku la kan.. perut tengah sengkak ni kot.. pastu ko naik gajah.. hahahaha.. rasa nak terkeluar balik nasi tadi pun ado.. aku ni sokmo semua nak komplen kan.. kikikiii... tapi aku cakap kat sini je la.. kat sana ku relaks je.. sebab aku komplen pun dorang bukan faham.. kira bila berada di sana, kita kena banyakan sabar dan sentiasa redha... hihihihi

Masa elephant trekking ni.. dalam banyak-banyak gajah yang bawak kami ni.. gajah kami je takmo turun masuk air. Aku memang dah cuak dah kalau gajah ni masuk air seba encik suami kata, kalau gajah ni sembur memang ada bau lain macam sikit. So, alhamdulillah.. tak masuk air. Tapi masuk dalam kebun pulak.. laluannya pun laluan yang memang under trek dia. Si Ita ni dapat gajah yang takmo ikut trek dia.. hahahaa.. habis celah-celah pokok gajah dia lalu.. kitorang kat belakang dok gelakkan je.. pastu ada la show sikit oleh sang gajah ni, patahkan ranting kayu, suapkan makann untuk dia.. kesian juga kat gajah ni.. aku ni dah la berat.. tambah pulak berat encik suami ngan Iman.. ada dekat 200kg kot.. kikikiii.. dalam hati ni dok berdoa juga.. janganlah gajah ni collapse.. kang tak pepasal kena bayar ganti rugi.. hihiihih

gajah di mana-mana

kami dan gajah

loving couple dan gajah mereka

So, lepas aktiviti naik gajah ni.. kami pun pulang ke hotel.. amik beg dan pindah ke hotel kedua... kemanakah? Tunggu..... ^_


till then, tatababai
What's New

2 comments:

  1. assalam. nak tanya ni, agak² kalau bertrekking sambil gendong baby 8 bulan ok tak?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^