Happy 9th birthday Nurul Iman Hannani..

Assalammualaikum..

Entry hari ini khas untuk anak aku yang sorang ni, Nurul Iman Hannani.. ^_^ she's a big girl right now. 9 tahun yang lalu, aku lahirkan dia.. sekarang, dah jadi besar, dah boleh disuruh, dah anak dara. ^_^

Tahun lepas kitorang cuma celebrate besday 3 beranak je.. so, kesian dia salu lukis-lukis, tulis surat kata nak celebrate dengan kawan-kawan kan.. so, untuk tahun ni, aku order breakfast bento dengan best friend dari zaman kami kat berusaha nak conceive lagi, tauke besar dah dia.. Anna Suhana.. ^_^ aku minta Anna tolong buatkan breakfast bento dengan tema Frozen... aku pun sebenarnya takde idea nak letak tema apa.. since Frozen adalah antara filem kegemaran Iman.. so, aku bagi tema Frozen je.. dapat la Olaf sorang satu kan... ^_^

Macih Anna sebab sudi buatkan bento untuk Iman.. mama dia tak berapa kreatif.. tu yang main order je.. hihihi.. syukur alhamdulillah.. Iman suka.. kawan-kawan dia pun suka.. yang pasti, Iman happy sampai bila kat rumah pun, dia asyik bercerita tentang apa yang berlaku kat sekolah..


breakfast bento

breakfast bento

Baik punye plan aku adjust dengan cikgu kelas Iman.. hahahah.. nak suprise punye pasal.. kami berjanji-janjian kat dewan besar sekolah.. tapi kitorang tak leh masuk kelas la sebab pagi tu subjek lain kan.. so, aku ngan encik suami pas je breakfast bento kat cikgu kelas Iman.. dia la yang tolong bawa naik kelas.. dah la kelas tingkat 3 tau.. hahahaha.. macih cikgu.. ^_^

Lepas tu kitorang balik lor.. sebab Iman ada kelas Muzik kat kelas lain.. so, dia takde dalam kelas.. tapi segala update tentang apa yang berlaku, cikgu Iman update kat aku.. balik rumah, ceria je dia cerita tentang apa yang berlaku kat sekolah.. ^_^

breakfast bento

Dia kata dia masuk kelas je, semua kawan-kawan dia ngan cikgu dia nyanyikan lagu 'Happy Birthday' kat dia.. lepas tu dia kata dia nangis sebab terkejut.. so suwit tau anak aku ni.. dia ni jenis mudah terasa hati juga.. sama je macam aku.. anak mak sangat... ^_^ kuat sentap juga.. hahahaha

Masa dia bercerita tu, aku boleh plak rasa sebak.. sebab aku faham apa yang dia lalui tu.. orang bagi suprise kat dia..pastu rasa terharu.. huhuuu.. sangat serupa aku..

Kuat merajuk, kuat sentap.. agak pemalu bila dengan orang yang baru kenal.. tapi kalau dah kenal.. tak cukup mulut kaki tangan semua nak bercakap.. dia ni kalau ada pape dia tak puas hati atau nak minta pape.. dia suka tulis surat.. hahahah..how adorable you are...

breakfast bento

Olaf in da houz

So, malam semalam.. lepas balik kerja.. kitorang terus bawa Iman pegi celebrate pre-besday Iman kat Secret Recipe. Lepas excited cerita ceriti tentang apa yang jadi kat sekolah siang tadi.. now excited pulak order kek.. walaupun hanya 1 slice.. itu la anak aku.. tetap berpuas hati.. tak minta hadiah pun sebab dia kata dah celebrate besday kan.. tapi kalau dibagi.. memang dia suka.. lahaiii... ^_^

oreo cheese

birthday girl

birthday girl

birthday girl

birthday girl

Untuk Nurul Iman Hannani, 
Happy 9th birthday.. Dah besar anak mama.. Semoga jadi anak yang solehah, dengar kata mama dan papa dan yang penting jaga solat dan tingkahlaku.. we love you...




till then, tatababai

What's New
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

1 9 orang peminat :

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^