Kenangan 30 Tahun di Rumah Pusaka!

by - 6:00:00 PM

Assalammualaikum..

Saje nak share.. rumah ni dah takde since tahun lepas.. inilah rumah tempat aku membesar.. dari berdindingkan papan, berlantaikan papan, sampai la berdindingkan batu, berlantaikan simen. Rumah ni dah beberapa kali diubahsuai. Tanah besar kan.. Kalau tengok dari luar tu, dah macam banglo.. tapi ye la.. tanah orang kan.. kita ni hanya menumpang.. tuan tanah dah tak suka dengan keluarga kitorang so, kitorang yang menumpang ni kenalah mengundurkan diri.

Inilah rumah pusaka yang mak ayah aku duduk dari dorang lepas kahwin.. sampai la time adik aku, Sarah kahwin. Even aku pun masa kahwin kat rumah ni.. aku ingat lagi.. masa aku nak kahwin, masa tu aku kahwin sekali naik dengan abang sulung aku.. mak ngan ayah aku besarkan bahagian depan rumah ni, dah rupa macam dewan orang ramai. Memang besar dan luas. Rumah ni didirikan oleh arwah atok ngan nenek aku atas tanah dorang la masa tu. So, adik beradik belah mak aku duduk rumah dekat-dekat situ juga. Kira jiran kitorang masa tu, adalah makcik dan pakcik aku. Best kan..

Pattern rumah ni asalnya sama je.. rumah atas, ada 2 bilik tidur, ada beranda siap bertangga kat depan rumah.. hihihi.. memang style rumah kampung lama-lama tu..so, memang banyak la renovation yang mak ayah aku buat sebab anak-anak semakin membesar bagai juara. So, tak sesuai sangat 2 bilik tidur tu kan.. lagi-lagi anak-anak dara mak ayah aku ni ada 5 orang. Huhuhu.. dari 2 bilik tidur, tambah jadi 3 bilik.. lepas tu, renovate lagi tambah bilik jadi 4 bilik dan akhirnya, 5 bilik. Dapur pun ada dua.Orang kata kalau nak masak tu, 2 jam tak cukup sebab jauh perjalanannya dari tempat masak ke tempat bahan.. hahahhaha.. okey.. itu tipu.. kikikiii

Lepas arwah atok dan nenek aku meninggal.. mak ayah aku still duduk kat rumah tu, tapi yang jadi isunya, tanah tu bukan atas nama mak aku. Walaupun dah duduk bertahun, tapi kalau dah bukan nama kita, consider bukan harta kita kan.. lagipun, status mak aku cuma anak angkat kepada arwah atok ngan nenek aku tu. Mak aku ni keturunan Cina, ada la sejarah dia.. tapi bila di jaga oleh orang Jawa, boleh tahan juga mak aku speaking Jawa ni..anak-ank dia je ni.. haram tak pandai speakang.. hahaha.. ni kang aku cite lain la.. So, siapa la mak aku tu kan.. sokmo kena buli.. tapi dia sangat tabah dan redha.. so, ayah aku buat keputusan untuk buat rumah kedua kat tanah yang memang atas nama mak aku kat area kampung tu juga.

Lebih kurang 3 tahun lepas, bila rumah baru tu siap, mak ayah aku pindah keluar dari rumah ni ke rumah lain yang ayah aku dah siap siap bina atas tapak tanah mak aku kat kampung yang sama, tapi jalan lain la. Kalau dari rumah lama ni, lebih kurang dalam 5 minit je kalau drive atau bawa motor. Jalan kaki pun sampai wokey... dekat sangat.. kira 5 minit tu kalau bawa motor 10km/j tu le.. kalau korang bawa 100km/j, tak sampai 1 minit dh sampai.. hihihi

Time nak pindah ke rumah baru tu, banyak betul dugaan.. kebetulan masa tu, ayah di aku disahkan pula sakit buah pinggang. Memang dah tahap serius sangat dah sampai bila ayah aku deny nak buat dialisis, doktor suruh sign surat pelepasan tanggungjawab. So, kitorang adik beradik berulang alik ke hospital, paksa ayah buat dialisis. Masa ni, aku la yang berulang bawa ayah aku pegi HKL untuk buat tapak dialisis kat tangan tapi tak boleh sebab ayah aku dah tua katanya, tak jumpa urat. So, last option, buat dialisis air. Kena tebuk kat perut pasang tube dan bukan semua hospital boleh buat semua tu.. mak aku memang banyak sacrifice la. So proud of you, mak! Ayah aku operate kat Hospital Selayang dan alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.

Cumanya, dia jadi down sangat.. asik asik kata nak mati.. T_T aku bila kenang balik semua tu, memang abis airmata aku menitis. Tapi terpaksa jua buat-buat tabah kan sebab aku anak perempuan yang sulung. Ada la abang aku sorang.. hehehe

Okey.. aku takmo cite pasal tu.. kang jejeh-jejeh airmata aku plak.. huhuhu

So, sambung kisah rumah pusaka ni.. since mak ayah aku dah pindah dari rumah ni.. so rumah ni kosong, so mak ayah aku sewakan kan kat orang Indon yang bekerja kat area rumah tu. Kira ada orang jaga la.. sebab pokok-pokok yang ada kat sekitar rumah tu masih hidup elok lagi.

Nak dijadikan cerita, tahun lepas, aku dimaklumkan, tuan tanah nak balik tanah ni atas sebab-sebab (sebabnya dirahsiakan bagi menjaga nama baik tuan tanah), so orang Indon yang sewa kat rumah lama tu, terpaksa la keluar. Mak aku kata, "takpe la.. bukan harta kita.. redhakan je la"

Kami adik beradik ni kadang rasa geram la juga.. tapi ye la.. dalam keburukan yang ada pada orang tu.. ada juga kebaikan dia.. kita kenang je la kebaikan yang ada pada dia..yang buruk-buruk tu, simpan je la dalam hati..

Kira-kira, dah hampir 31 tahun aku hidup kat rumah ni.. rasa macam mimpi je bila ayah aku bagi tau, rumah nak dirobohkan.. T_T

Masa rumah ni dirobohkan, kitorang adik beradik sekali dengan mak ayah aku buat rombongan pegi tengok rumah ni. Perasaannya, toksah kata la.. tiap kali dipecahkan dinding-dinding rumah tu, rasa dihentak-hentak jantung ni.. seolah kenangan aku yang ada kat situ di hapuskan.. T_T

Aku tau, mak ayah aku juga rasa menda yang sama.. tapi dorang tak kata apa-apa.

Biasalah..




Hurm....







T_T









...................


takpe la.. aku sambung lain kali.. Insya Allah...

Aku sharekan saat-saat rumah lama ni dirobohkan..

area depan rumah

ni entrance dari pintu belakang

bilik aku

bilik belakang

dari pintu depan

tengah bincang nak roboh mana dulu
tengah alihkan paku

ayah aku.... 

kat belakang ni ada pokok kelapa, pokok rambutan, pokok mangga, semua subur. Kat sini juga tempat aku salu main kat parit dulu-dulu. Sebelah tu, kilang. Sebelum jadi kilang, sebelah tu rumah family India tau. Baik sangat family tu. Tapi bila masuk rumah dorang, macam haunted house pun ada. Semua merah-merah. Sampai la dorang jual tanah tu dan pindah. So, jadik la tanah terbiar sekejap. Lepas tu, jadi tempat used car. Abang aku penah keje kat used car tu. Tokey dia pun baik. Eh eh.. apa ala aku merepek cite pasal tanah sebelah pulak.. 

So, belakang rumah ni, mak ayah aku salu lepak sambil bincang masa depan anak-anak. Iman ngan anak-anak buah aku pun suka main kat situ. Lepak bawah pokok kelapa.. Mesti la best kan... 

apa la ayah aku tengok tu..

beranda depan rumah

entrance depan rumah.. 

Masa aku pegi kursus, ada penceramah aku ni bagi ceramah, dia bagi tau, kalau ada orang dengki, iri hati, sakit hati, marahkan kita.. kita maafkan la dia. Lepas tu doakanlah dia supaya dia jadi lebih baik. 

Memang pada mulanya, agak sukar.. ye la.. orang dah buat mak ayah kita macam tu.. kira kategori menghalau pun hado.. nasib baik ada tanah lain yang memang dah tertakluk ada nama mak aku.. tu pun nak jugak ditapaunya... haihh... kokak sangat dengan harta duniawi....

Takpe la.. bak kata mak aku, redha je la... sesekali terkenang.. memang pedih.. tapi kita maafkan je la dia.. walaupun maybe ada la kot adik beradik aku yang masih bengkek dgn orang tu kan.. kan.. hahahha... ok la.. kita move on je la.. dah namanya mengimbau kenangan.. yang lepas tu biarlah lepas.. 

peace... ^_^

till then, tatababai

What's New

You May Also Like

4 orang suka

  1. sedihnya saya baca cerita nie...diharapkan agar ina sekeluarga tabah dgn peristiwa ini..semoga ALLAH memberi rezeki yg lebih baik lagi dr rumah dulu itu...

    ReplyDelete
  2. harta dunia kan.. macam tu la bila tamak. Tapi kalau nak fight dekat mahkamah pn tak boleh.. redha jela. Semuanya ada pembalasan.. i doakan yang terbaik untuk family u. Sedih ceritanya

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. salam, sy pun mengalami nasib yg sama. memang sangat sedih. ta dapat na gambarkan. rumah yg sy tinggal sejak lahir hingga sekarang. banyak sangat kenangan. tp na buat mcm mana, rumah kite tanah mak sedara. mase rumah awk dirobohkan, awk ade dapat rm?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^