The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Tuesday, April 21, 2015

Langsing dan Cantik dengan Mayfair Bodyline


Assalammualaikum…


Hari tu ada la beberapa orang tanya aku, apa progress misi kurus aku tu.. hahahah.. so, aku jawab, “masih dalam proses lagi…” hihih.. jawapan selamat sangat kan.. Kalau ikutkan, hasil balik dari Misi Jom Kurus 1 Korea hari tu, berat aku ada la turun sikit.. tapi lepas tu, hari-hari dok melantak nasi lemak.. rasanya, berat aku dah naik balik kot.. kikikii..

Kaki makan.. ^_^

So, aku terus fefeeling macam.. eh eh.. kena turunkan berat semula ni.. maklum la.. badan macam aku ni.. agak payah nak turunkan berat dengan sekali lump sum terus turun 25kg.. kalau dapat turun 1kg tu pun dah cukup bersyukur sangat.. bila dah ada semangat macam ni, terus rasa nak try kat Mayfair Bodyline.

Mayfair Bodyline, Pavillion

Mayfair Bodyline telah menerajui industri kecantikan dan pelangsingan selama lebih dari 30 tahun dan amat profesional dalam bidang ini. Direka sebagai pusat kecantikan sehenti, perkhidmatan yang ditawarkan selari dengan teknologi masa kini. Mayfair Bodyline dikendalikan oleh pasukan yang terdiri dari ahli terapi, konsultan yang terlatih dalam rawatan wajah, rawatan pelangsingan badan dan kecantikan yang mampu membuatkan pelanggan berasa puas hati dengan setiap perubahan yang diperolehi. So, tidak salah pemilihan aku untuk ke Mayfair Bodyline ni bagi mendapatkan khidmat nasihat pelangsingan ni sebab mereka ni memang betul-betul pakar.

Ruang menunggu yang selesa

Ruang menunggu yang selesa

Bilik konsultan yang selesa dan mesra pelanggan

Bilik konsultan beserta peralatan mencerap masalah kulit

dilayan dengan teh bunga yang sedap

Sampai je kat Mayfair tu, aku disambut oleh penyambut tetamu yang comel lagi cute. Lahai.. kurus benar dorang ni. Jeles sangat. So, lepas isi form, aku di bawa untuk ukur ketinggian dan timbang berat bagi mendapatkan total BMI. Kemudian, aku di bawa pula ke sebuah bilik konsultasi dan dilayan oleh Tiffany.

Macam-macam Tiffany tanya, pasal habit pemakanan, ada exercise ke tak dan yang penting.. masa buat treatment ni.. tak mengandung tau… badan macam aku ni dah nampak macam orang mengandung 4 bulan.. tapi padahal.. cuma mengandungi lemak je.. vavavava

Sebelum diberi konsultan, kita isi form dulu

ukur ketinggian pula

timbang berat dan kira BMI

Beauty consultant oleh pakar di Mayfair

Beauty consultant by Tiffany

Since treatment aku ni fokus pada lelemak yang ada kat perut.. makanya, more exercise akan dilakukan di bahagian itu.. so, akan ada 4 jenis treatment yang aku akan jalani iaitu :

  • Slim Master Treatment
  • Vibe Kinetic Theraphy Exercise Machine Treatment
  • CLA Chili Slimming Treatment
  • HEAT Circulation Treatment



Amacam? Nampak macam best kan… untuk treatment ni, aku dilayan oleh Grace, pakar pelangsingan.. so, sebelum treatment, simpan dulu segala macam barang berharga kat locker yang disediakan. Jangan risau, lepas locker tu dikunci, gelang kunci tu akan dipakaikan ke tangan kita. So, tak perlu la risau kalau kunci tu tercicir.. ^_^ then sebelum treatment dimulakan, kena tukar baju dulu ye. Ada baju khas dia supaya proses treatment dapat berjalan dengan lancar. Kemudian, Grace masuk dengan Machine Slim Master. Memula sekali, aku tanya, sakit tak? Hahhaa.. dia kata tak sakit.. cuma akan ada bunyi bising sikit tapi cuma kita je yang dengar.. ala-ala macam ultrasound.. tu sebenarnya bunyi lelemak tu dipecahkan.. makin kuat bunyi tu.. makin banyak la portion lelemak yang dipecahkan tu.. masa aku wat tu.. memang bising gile.. nyaring sangat.. memang confirm banyak lemak.. hahahah.. Grace buat sebelah kanan dulu.. then lepas tu, dia suruh rasa. Apa beza yang sebelah kanan dengan yang sebelah kiri. Confirm la kan, yang kanan tu lagi firm. Terus fefeeling dah lost a few gram kan… ^_^ then Grace sambung buat sebelah kiri pulak. Memang terasa la walaupun tak la selangsing Angelina Jolie kan.. yang penting.. perubahan tu ada.. ^_^

locker untuk penyimpanan barang berharga

VIP Room

tukar baju dulu

Slim Master Machine

Grace bersedia berkhidmat.. hehee

Gigih Grace ni nak pecahkan lelemak aku

Mesin tu yang vibrate ke aku yang vibrate?

Lepas selesai dengan Slim Master treatment tu, aku dibawa pula ke bilik Vibe Kinetic Therapy yang mengandungi exercise machine. Yang bestnya Vibe Kinetic Therapy ni, dalam masa 10 minit, ia mampu membakar 500 kalori lemak dalam badan kita. Hebat tak? Kalau pagi tu aku makan nasi lemak 3 pinggan.. kira habis la semua nasi lemak yang aku makan tu semua kena bakar dalam masa 10 minit tu je.. best kan… tak sempat nak gemuk pun.. hihihi

Untuk rawatan ni, tak perlu wat pape.. cuma perlu berdiri je atas machine tu dan machine tu yang bakar lelemak korang. Sambil-sambil tu, kalau lenguh.. boleh la gerak-gerakkan kaki sikit.. kalau boring, bole la baca buku ke..majalah ke.. sambil-sambil kan… 

Vibe Kinetic Theraphy Machine

tengah beraksi dengan Vibe Kinetic Theraphy Machine

Seterusnya, aku di bawa kembali ke bilik untuk rawatan CLA Chili Slimming, masa ni, cream CLA Chili di sapu ke seluruh badan dan kemudian, seluruh badan di bungkus dengan wrapper.. dah macam hantu bungkus aku tengok.. hahahhaa.. lepas siap bungkus, Grace suruh aku masuk dalam hot blanket dan timer disetkan selama 30 minit untuk membakar semua lelemak yang ado.. sepanjang 30 minit tu, aku memang tido je la.. aku mula terjaga bila badan dah rasa macam panas.. masa ni memang peluh-peluh dia toksah cakap la.. terus fefeeling dah kurus tau.. ^_^


Grace with CLA Chili Cream

Ready to wrap?

Hot blanket is ready. Moh le kita baring...

Are you sleeping?

Usai selesai semuanya, memang rasa ringan je badan ni.. lepas salin baju semula,  aku dibawa semula ke bilik konsultan dan diberi air rose tea. Mak aii.. sedap sangat rose tea ni. Habis aku minum tau.. 

Ada kurus sikit tak?

Info dan hasil dari treatment yang dibuat

Rose tea yang nyum nyum 

Bila dah fefeeling kurus ni, terus rasa nak join rancangan realiti yang diberi nama Impian Anggun. Hihih.. eh apa pula Impian Anggun tu? Bagi yang tak tau.. Impian Anggun merupakan sebuah rancangan realiti kecantikan yang dibawakan khas oleh Kumpulan Mayfair, ia menceritakan tentang kisah-kisah benar para wanita yang telah berjaya melangsingkan badan dan mengembalikan keremajaan kulit dengan bantuan profesional Mayfair Bodyline sejak tahun 2008 lagi.

Dan kini, Impian Anggun merupakan sebuah zon wanita yang menawarkan informasi dan tips untuk membantu mengembalikan keyakinan diri dengan menyelesaikan masalah kulit serta berat badan. 

Best tak? So kawan-kawan.. korang pun berpeluang juga tau untuk dapatkan treatment PERCUMA ni.. Macam mana caranya? Ikut 3 cara mudah seperti di bawah :



1. Follow ImpianAnggun di Facebook dan laman web rasmi Impian Anggun 
2. Komen di Facebook dengan menyatakan ‘Mengapa anda ingin mendapatkan rawatan yang ditempah khas untuk anda di Mayfair?
3. 10 orang pengomen bertuah akan menerima rawatan tersebut.

Tarikh Tutup : 10 Mei 2015

Selain dari itu, sempena ulang tahun Mayfair Bodyline yang ke 30 tahun, Mayfair Bodyline menawarkan Program Pelangsingan dan Program Kecantikan dengan harga serendah RM30 sahaja dengan pilihan mana-mana dari 3 terapi mengikut program yang ditawarkan.. awesome kan… ^_^

So, jangan tunggu lagi.. tak lama lagi nak puasa, nak raya.. so, inilah peluang keemasan untuk korang.. daftar sekarang dan Insya Allah.. korang akan lebih cun dan cantik di Hari Lebaran nanti.. ^_^

Promosi April 2015


till then, tatababai

What's New

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^