Menu Daging Salai Masak Lomak Cili Api pilihanku di MMA Santai Corner

by - 9:19:00 AM

Assalammualaikum..

Pepagi aku buka group dah sembang pasal menu makan untuk sebulan.. hahahhaa… adoiii.. terus lapar sebulan weih…. #autajelebih

So, pagi ni aku nak bagi air liur korang meleleh menjejeh jejeh lagi dengan menu best yang aku makan kat MMA Santai Corner hari tu.. niat asalnya nak makan telur mayong yang femes dagi the vass kat D’Laila Suppower ni.. tapi sebab encik suami nak makan daging masak lemak.. so, aku pun order la daging masak lemak.. kami 3 orang je kot.. buatlah cara makan untuk 3 orang ye.. kalau ikutkan nafsu.. semua yang ado tu aku nak order.. tapi takpe.. nanti kita datang lagi.. ^_^

Gerau Kak Laila

Antara fresh seafood yang ada...

telur mayong kesukaan 

So, sampai ke kat MMA Santai Corner tu, aku terus amik order nasi putih dua, daging salai masak lemak cili api dan telur dadar satoo.. harus lah tambah sambal belacan kan..

Since Iman takmo makan nasik, so aku kasik order sizzling untuk dia. Sampai je menu-menu yang kitorang order tu.. pergh.. melekat bau masak lemak tu terus ke hidung… encik suami dah hirup-hirup kuah, dah godek-godek daging salai.. pastu dia tanya, ‘daging dia memang banyak macam ni ke?’ aku cam.. eh.. salu dia order camni dapat 2 ketul je ke daging? Hahahaha.. dia kata banyak gile daging salai ni.. nasik dah abis.. daging tak habis-habis.. camne tu? Last-last aku ratah je daging tu.. dasar pelahap.. hahahha..

fresh from claypot - daging salai masak lemak cili api

nasi putih + telur dadar sorang satu.. dapat pulak telur asin

ini budak kecik nak makan mee lor

Overall.. memang da bomb sangat menu kat D’Laila Suppower ni.. esoknya, encik suami boleh plak ajak aku pegi situ lagi.. nak makan asam pedas pulak katanya.. kikikii.. gian terus encik suami ni.. hahahhaa

jemput tengok...

Korang tak teringin ke? Cuba sekali pas nak berkali-kali.. hihih.. bagi yang dah terliuq tu boleh singgah kedai D’Laila Suppower di :

D’LAILA MEE UDANG
MMA SANTAI CORNER
Jalan BBN 1/1F, Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai,
Negeri Sembilan

Telefon : 0317-2253337

Facebook : D’Laila Suppower




till then, tatababai

What's New

You May Also Like

1 orang suka

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^