The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Wednesday, April 15, 2015

Product Review : Miracle Body Lotion


Assalammualaikum..

Tak lama lagi nak puasa dah kan.. kejap je masa berlalu kan.. ^_^ macam mana? Dah berjaya dapatkan bentuk badan impian supaya baju raya korang nanti muat disarung ke badan? Hihihi.. Aku? Sedang berusaha tauu.. doakan berjaya.. huhuuu..

So, kawan-kawan, pernah dengar tak jenama Ayus? Hah.. ni la nak kenalkan dengan korang ni.. Ayus adalah sebuah jenama yang sedang meningkat naik dalam industri pelansingan dan pembentukan badan. Antara produk keluaran Ayus adalah bengkung mama, pakaian dalam pembentukan badan, herba serta losyen pelangsing badan. Tapi kan.. antara semua tu, produk yang paling TOP keluaran Ayus ni adalah Miracle Body Lotion.


Apa menda pula Miracle Body Lotion ni kan? Miracle Body Lotion telah diformulasikan dengan bahan berasaskan kopi dengan campuran bahan aktif seperti pati kacang soya dan capsaicin, setanding dengan produk antarabangsa yang mampu mengecilkan dan membakar lemak. Selain dari itu, ia juga membantu untuk membuang angin dan air berlebihan dalam badan. Kandungan spirulina dalam losyen ini juga berfungsi untuk mengaktifkan kolagen semulajadi untuk kulit yang lebih tegang dan cantik.



Kalau dah namanya krim pelangsingan kan, mesti la antara fungsinya adalah untuk menguruskan badan kan.. kan.. ^_^ so, Miracle Body Lotion ni telah terbukti dapat mengurangkan selulit dan meningkatkan penghasilan kologen untuk kulit yang lebih cantik dan tegang.

Macam mana nak guna? Mudah je.. biasanya lepas mandi, sapukan sedikit losyen ke kawasan yang bermasalah, contohnya perut, paha atau lengan. Kalau macam aku ni, semua kawasan bermasalah.. hahaha.. so, sapu je la kat semua.. jangan sapu banyak-banyak, nanti korang kepanasan melampau pulak.. hihih.. sapu sikit je dan memang akan terus rasa panas. Bagi yang risau akan baunya, jangan risau.. Miracle Body Lotion ni wangi sangat. Aku hari-hari pakai pegi keje, tak yah pakai perfume pun.. orang dok tanya, ko pakai perfume apa rini? Haahaha.. nampak tak pengaruh losyen tu di sini? Huhuhu..


Sebelum ni aku ada try beberapa produk lain.. bezanya Miracle Body Lotion ni dengan produk A ni, bila aku pakai belah malam.. esok paginya even lepas mandi.. masih terasa kesegaran mint dia kat kawasan yang aku sapu dengan losyen ni..

picit sedikit losyen kat jari

letak kat bahagian tertentu

sapukan rata

Bagi mendapatkan effect yang lebih baik, sapulah losyen ni 2 kali sehari.. setiap kali lepas mandi. Macam aku, kalau hari keje memang tak sempat la nak bersenam bagai kan.. tapi kalau hari cuti, lepas sapu losyen je.. aku akan jalan-jalan kat satu taman.. taman aku ni ala-ala bukit sikit.. so ada la kena mendaki sikit, menurun sikit..peluh memang macam air hujan la.. so, bila sapu losyen ni.. jadi banjir pulak.. sebab dengan panasnya, dengan exercise nya kan.. walaupun hanya sekadar berjalan.. tapi dah berapa banyak kalori yang dah dibakar tu.. dan Miracle Body Lotion ni membantu dalam pembakaran lemak-lemak tepu kita ni.. Lepas tu, jangan lupa minum banyak air tau.. ni standard la kan.. sehari minimum 8 gelas air kena minum.. cam aku, kalau tak mampu nak minum sampai 8 gelas air sehari.. atlis aku minum 1 botol besar air mineral 1 liter + 500ml mineral botol kecik. Insya Allah.. sangat membantu..

So, korang… nak join Misi Jom Kurus aku tak? Boleh dapatkan Miracle Body Lotion melalui :

Website : www.ayusline.com
FB : ayusofficial
Instagram : ayusofficial
SMS / Whatsapp : 012-4872378 / 012-487 2679
Emel : ayusline@gmail.com

Harga : RM59 / 150 ml

Atau search hashtag #miraclebodylotion untuk mendapatkan lebih banyak informasi dan testimoni dari pengguna yang lain..


till then, tatababai

What's New

4 comments:

  1. salam, sheda jalan sini.. macam Best Je produk Nih boleh La cube Ty...
    awak kite Ada buat Service Design Blog Berminat Jemput La datang Blog Kite Ye!!

    ReplyDelete
  2. salam, sheda jalan sini.. macam Best Je produk Nih boleh La cube Ty...
    awak kite Ada buat Service Design Blog Berminat Jemput La datang Blog Kite Ye!!

    ReplyDelete
  3. menarikkk! biasa lotion2 kurus ni tak berapa wangi. thumbs up for thattt! (Y)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^