Soul of Asia : Menjejak kaki ke Korea Selatan

Assalammualaikum..

Annyeonghaseyo… trip aku ke Korea Selatan adalah pada 1 Mac – 7 Mac 2015 yang lalu. Dah sebulan baru la nak update entry kan.. ^_^

Trip kali ni adalah trip aku bersama ex-officemate. Dan kami berdua je tauuu.. tetiba jadi single plak semata-mata nak jejak kaki kat Korea ni.. kuikuikuii.. asalnya, nak pegi time Winter.. tapi adoiyaii.. aku tak tahan Winter woiii… tu yang kekonon nak pegi time perubahan musim.. rupa-rupanya.. time kitorang pegi tu masih Winter lagi.. sebab aku dimaklumkan, rupanya Winter tahun ni panjang.. sampai hujung bulan 3 kot.. perghh.. patutlah menggila sejuk dia.. nasib la aku ni badan besar.. banyak lelemak.. takde la rasa sangat.. tetiba bersyukur sebab gemok.. gemok is awesome.. krikk krikk..

jadi jutawan Korea


pagi-pagi dah bertapa di KLIA2

Flight kami seawal jam 7.40 pagi.. so, kul 5.00 pagi aku dah terpacak kat KLIA2 sebab nak drop luggage bagai kan.. aku dah siap-siap timbang beg dan dah siap-siap wrap beg... yang tak boleh blah tu.. nama je sampai awal.. tapi kitorang tetap berRunning Man kat airport tu sebab dah FINAL CALL..  semua ni gara-gara kawan aku yang dok punggah keluar masuk barang dalam beg sebab nak cukupkan 10kg.. hahahaha.. untuk pergi.. kitorang share luggage 20kg.. so dapat la sorang 10kg kan.. aku nye beg dah siap wrap 9.4kg.. yang si Jun ni sampai 15kg kau.. hahahah.. punya la nak kurangkan 5kg tu.. dok sumbat kat beg sandang dia sikit.. beg sandang aku sikit.. hahahah..  dan akhirnya, dapat la beg dia dikurangkan jadi 10.3kg.. kuikuikuiiii…

Dah setel semua, pelagi.. berRunning Man la kami.. dah la gate agak jauh juga la.. tapi sebenarnya kira dekat gak la ni.. sebab dah minta tolong kawan.. soh dia parkingkan kapal terbang tu dekat-dekat sikit.. kahkahkah…  sesukati je kannnn… Macih Am.... ^_^

beg kitorang...

berat beg kuning

berat beg hijau

Flight ada sikit delayed, tapi takpe la.. janji terbang dengan selamat kan.. dalam flight, macam biasa.. kena isi arrival card dan customs declaration. Untuk trip kitorang kali ni, punya la tamak, kitorang order sampai 2 set makanan.. bahahaha.. aku amik Nasi Lemak Pak Nasser ngan Nasi Ayam Uncle Chin. Tapi sebab sengkak-sengkak perut makan nasik lemak kan.. so, nasik ayam tu.. aku bungkus je..

Cuaca sangat baik.. so, flight pun sangat smooth.. alhamdulillah.. masa nak turun tu.. tetiba nampak cam awan berkabus kaler kelabu.. eh ehh.. semacam je.. dalam hati ada cuak juga la.. tapi biasa je sebenarnya.. tu macam kabus.. angin sejuk.. sebab peralihan musim kan.. safely arrive  jam 3 petang waktu Korea. Alhamdulillah..

gate P6...

arrival card dan customs declaration

inflight meals...

nasik lemak.. yeayyy

langit dan awan bersatu...

awan yang terpilu..

awan kembali bersatu..

awan kelabu

ready to landing...


Yang bestnya kat sini, ko turun je dari flight, dia akan terus paparkan kat mana lokasi Baggage Claim korang. So, kena ingat la.. cam aku ni banyak makan semut.. so, marilah kita amik gambar supaya nombornya tersemat dalam hati.. vavavavaa

Turun flight bukan terus sampai kaunter imigresen tau.. kena naik Shuttle Train dulu..  pastu.. menapak lagi.. baru la sampai kat Imigration Counter. Memang kurus la sesuai dengan Misi Jom Kurus kitorang tu.. kuikuii.. since ini adalah trip sendiri arrange.. so, memang banyak la research yang aku dah buat.. dari segi transportation, accommodation, place of interest, kedai-kedai makan Halal dan macam-macam lagi.

tengok siap-siap kat mana nak amik luggage nanti

walkalator is everywhere

backpackers buddies

shuttle train area

ikut signboard

berhati-hati ruangan pintu

Korean staff with hanbok guiding to queue for imigration clearance

Since ini adalah 1st trip kitorang, so aku decide nak menginap di Beewon Guesthouse. Guesthouse ni pun aku dah booking 1 tahun lebih awal. Tapi 7 hari sebelum bertolak tu, kena buat double confirm dulu dengan host kat sana.. so, as usual, semua aku uruskan dan alhamdulillah dipermudahkan. Host di Beewon ada emel tentang cara untuk datang ke Beewon, samada menaiki bas ataupun Subway. Semuanya dekat dan senang sangat. Beewon Guesthouse ni terletak di Anguk. Nampak macam tak femes tempat ni kan.. tapi sebenarnya tempat ni dekat sangat dengan segala macam attraction, shopping places dan lain-lain. Cuma mungkin tak sehavoc macam kat Myeongdong ataupun Dongdaemon. Kitorang decide untuk gunakan airport bus sebagai medium pengangkutan sebab lebih mudah nak angkut barang kitorang.. sekali jalan je.. kalau naik subway mau naik turun subway kan..

Kitorang amik bas No. 6011 dengan tambang KRW10,000 sehala. Perjalanan lebih kurang dalam 1 jam gitu.. yang bagusnya Airport Bus ni.. dorang bagi sticker pada setiap beg yang kita letak kat bawah.. so, masa nak amik nanti.. takde la ko tertukar dengan beg orang lain kan.. sangat sistematik walaupun hanya sebuah bas.

beratur untuk beli tiket

aku siap keluarkan itinerary nak reconfirm ngan orang tu nak turun kat mana

dapat dah tiket.. baiknya dorang sampai tulis siap-siap info supaya kita tak terlupa

Pit Stop Bus No. 6011

bas No. 6011

ticket dan sticker.. jangan hilang

luggage boh bawah, hand carry boh atas

ruangan dalam bas yang selesa

buckle up your seatbelt.. pemandu bas akan jalan dulu dari depan ke belakang utk pastikan semua penumpang bakai seatbelt..

sambil sightseeing.. bole layan cite Korea dalam bas


Sepanjang perjalanan, aku just sightseeing je la.. agak-agak dah nak sampai tu.. kitorang tekan loceng untuk turun kat Anguk Station. Bila dah turun, ikut la map yang dibekalkan oleh Beewon Guesthouse tu. Sekali jalan punya jalan.. tak sampai-sampai.. sesat ke kitorang ni? Boleh pulak tanya polis yang tengah one two jaga.. hahahhaa… yang tak boleh blah.. dorang pun tatau.. adoiyaii.. punya la kitorang jalan sampai sesat sampai mana tah.. last-last.. benti kat satu kedai ni.. tanya dia kat mana Beewon ni.. nasib la dia tau.. kitorang pun ikut la direction dia tu.. pastu ternampak Changdeok Palace Station.. hahaha.. memang sah kitorang salah turun.. kahkahkah.. si June dah asik tanya, jauh lagi ke.. hikhik.. aku kata dekat je.. dekat je.. padahal.. jauh lagi weii nak menapak.. hati kena kental.. huhuhu.. lepas jalan ikut direction map tu, baru la sampai.. alhamdulillah…

nampak dah... yang ada banyak-banyak kerusi tu 7E.. dekat je kan..

Beewon entrance

Masuk-masuk dalam guesthouse terus lega sebab dalam tu hangat.. orang yang entertain kami pada petang tu adalah David. Owh.. I miss you David.. ^_^ check punye check.. dia kata nama aku takde.. ahhh sudahhh.. aku tunjuk balik emel yang aku dah print tu.. dia kata takde dalam rekod dorang.. sedih tauu.. dah terfikir mana nak tido malam tu.. tapi David kata takpe.. ada bilik kosong.. terus semangat balik.. bilik yang kitorang rekues tu dah penuh.. so dia offer samada nak bilik Ondol Room atau Queen Bed Room. Tapi sebab kitorang malas nak kemas bilik, malas nak gulung-gulung tilam.. kitorang pilih Queen Bed Room je la.. kuikuii.. lokasi di tingkat 1. So, kena la angkat beg bawa naik.. nasib la David sudi membantu. ^_^masuk bilik terus baring.. huhuhu…

David ready to entertain us

check nama takde.. T_T

dapat gak bilik.. macih tolong angkat beg.. ^_^

bilik kitorang.. 205 dalam kenangan...

katil kitorang...

bilik air

meja.. TV tu tak penah bukak.. hahahaa

'almari' baju.. 

1st day itinerary, lepas check in terus nak ke Myeongdong dan jalan-jalan kat Cheonggyecheon Stream.. tapi kitorang rest dulu.. siap makan petang dulu.. huhu.. makan petang kami ditemani David yang baikhati.. lepas tu, kitorang bersiap dan terus keluar nak cari T-Money. Kelupaan nak beli T-Money masa kat airport.. nasib baik la 7-Eleven depan je ngan guesthouse kitorang.. So, senang sangat.. Masa nak keluar tu, sembang-sembang dulu dengan David.. dia tanya kemana kitorang nak pegi sepanjang 7 hari ni.. so, aku pun tunjuk itinerary kat dia. Yang lagi best tu.. salah satu tempat yang aku nak sangat pegi tu adalah tempat dia belajar.. uwaaa.. eksaited sangatttt.. terus dia suruh pinda itinerary tu sebab dia kata dia nak bawa kitorang jalan kat universiti tu.. aku macam.. waaaaaaa.. sukanyaaaaaa….

Lepas tu, David temankan kitorang pegi 7-Eleven belikan T-Money untuk kitorang.. ^_^ tu aku cakap. Suwitt sangat David ni tauu.. dah la sejuk-sejuk malam tu dia boleh pakai selipar je.. hoii.. kalau Ernie jalan macam tu kat sana, memang terus frost bite kaki dia.. hahahaha lepas David belikan T-Money untuk kitorang sorang satu, dia pun tolong tahankan teksi. Dia kata rate teksi ngan subway lebih kurang je.. sebab dekat je Myeongdong tu. Dia kata dia kesian kitorang sesat siang tadi..tu dia soh naik teksi je.. kahkahkah.. calon suami ni.. kikikii..

selfie dulu.. ^_^

wefie dengan Amy.. anak saudara tauke kat Beewon ni...

Amy ngan David tengah bersembang

David yang baik hati tolong belikan T-Money

yeay... dah ada T-Money

So, malam tu.. kitorang jalan-jalan kat Myeongdong cuci-cuci mata je.. ^_^ lepas tu jalan kat Cheonggyecheon Stream sampai kebas kaki sebab dah malam kan.. yang tak boleh blah tu.. bole pulak kitorang sesat walhal dari Cheonggyecheon Stream tu nak ke guesthouse kitorang tu takde la jauh mana.. boleh plak sesat sampai Seoul Station.. wakakaka.. memang Misi Jom Kurus 1 Korea  sangattt… dalam sesat-sesat tu, boleh pulak benti-benti amik gambar.. kuikuii.. satu pengalaman yang indah… aku rasa kitorang je la yang tergolek terlentang kat tengah-tengah padang tu amik gambar.. hahahha..

Lepas bersesat-sesat.. aku tengok partner pun dah tak larat.. so, kitorang cari Subway Station.. walhal 1 stop je.. huihui.. dari Jongno-Sam(3) ga, turun ke Anguk Stn. Pastu, salah pulak keluar Exit.. kuangkuang… menapak lagi.. sampai la jumpa landmark.. bila dah sampai guesthouse.. rasa macam waaaa… jauh gile kita jalan bakar lemak ari ni.. krikk krikk..

teksi turunkan kat depan menda ni...

lepas tu kitorang masuk kat Myeongdong Underground Shopping Centre

jalan sampai gegar-gegar tangan

tengok baju murah-murah

shoefie

signboard kat atas kaki

tu dia kedai jual sticker / mouse pad dan macam-macam lagi.. seme gambar artis Korea

tapau face mask banyak-banyak

sejuk wokkkkk

nak jugak bergambar tepi tiang

ini kat tengah padang mana aku pun tak tau.. City Hall kalau tak salah..

kul 10 malam dah lengang...

kete pun takde...

kita bergambar dengan pasu pun boleh...

jalan punye jalan.. terjumpa Cheonggyecheon Stream.. yeayy...

snow ke tu?

main jauh perjalanannya

makin jauh.. makin cantik

tu orang kata kalau campak batu masuk dalam tu, dan buat wish.. Insya Allah.. jadi kenyataan.. hehehee

tu yang bulat tu well dia.. jauh gak nak lontar duit ni..

tukar kaler

tengah fikir camne nak balik

tengah fikir, nak tido sini ke tak?

masuk subway berhampiran

baca route subway

ni muka redha ke apa ni sebab dah sesat?

sebelum balik, singgah 7E dulu tapau susu pisang.. ^_^

minum dulu susu pisang sebelum tido..


Sesat ni bagus sebenarnya, ia mengajar kita supaya sabar dan yang penting.. sightseeing secara percuma.. dapat pulak bakar lemak.. tak berpeluh pulak tu… huhuhu… okey.. itu saja untuk first day.. esok kami akan ke Nami Island.. ehemm… berWinter Sonata kita ye.. ^_^

Jom.. booking hotel kat Korea !

Booking.com
till then, tatababai

What's New
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

6 9 orang peminat :

  1. Keren!
    Jadi ingin ke Korea! Beli face mask banyak-banyak pula. :D

    ReplyDelete
  2. Hahaha jln kaki smpi sakit gler tu mmg dh sinonim ngn korea...xmsuk tangga,subway lg kn...lemah lutut...hahaha untunglaaaaa,ada david oppa....

    ReplyDelete
  3. kalau tak sesat kat sane mmg tak sah

    ReplyDelete
  4. betul tu... sesat tu buat lagi fun travel.. tapi time tu lah nak marah! haha

    ReplyDelete
  5. Nak tumpang tanya...kat beewon guesthouse ni..ground floor ada bilik jugak x?

    ReplyDelete
  6. Nak tumpang tanya...kat beewon guesthouse ni..ground floor ada bilik jugak x?

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^