Sunda Beach Resort!

Assalammualaikum...

Lepas balik dari trekking.. kitorang angkut beg dan terus menapak ke Sunda Beach Resort. Untuk trip kali ni, aku booking 2 hotel yang berbeza. Kononnya nak celebrate besday encik suami kat Sunda Beach Resort la kan.. tapi tak sampai 30 minit kitorang menapak.. kitorang dah tahan tuktuk sebab tak larat nak jalan.. bahahahaha...

Takde la jauh mana pun.. tapi kalau jalan tu.. ada 1 jam kot sebab dia ke belah dalam sikit. Proses check in semua berjalan dengan lancarnya. Alhamdulillah.. sebab kenapa pilih hotel ni, sebab suasananya yang sunyi dan tenang selain dari makanan yang dihidangkan adalah Halal.


backpacker katanya

check in

reception

isi check in form

cik adik bawa kami ke bilik

sampai sudah...

Macam yang aku mention tadi kan.. since kitorang pindah sini sebab nak celebrate besday encik suami, so aku ada request room decoration.. rasanya, kalau takde pape celebration pun, aku tetap gedik minta room decoration sebab ianya PERCUMA! hahahaha.. Alhamdulillah.. room decoration dia aku amatlah puas hati..dari atas katil sampai la ke bilik air.. setiap kali aku datang ke negara gajah putih ni, setiap kali tu la sedaya upaya aku akan request untuk room decoration ni.. so far alhamdulillah.. memang tak penah mengecewakan.. ^_^ kalau korang datang sini, boleh je request kat dorang.. FREE saje ye...

Jom tengok room decoration yang disediakan oleh Sunda Beach Resort ni.. ^_^

katil



abaikan selerakan itu.. hihii


bilik air

sinki

ruang TV

See.. as I said before.. tak mengecewakan.. sunyi, tenang, aman dan damai. Untuk honeymooner yang sukakan suasana yang sunyi, resort ni sangatlah sesuai dengan amat berpatutan dengan harganya yang agak murah..

Resort ni ada swimming pool.. so bagi yang suka berendam.. tak perlu risau la.. ^_^ ada 2 side swimming pool.. boleh pilih nak mandi kat yang mana satu.. makanan di sini juga Halal.. boleh makan sebanyak mana yang korang nak makan.. tak yah catu-catu.. kikikii...

swimming pool

Cuma satu komen aku, wifi kat sini slow gile.. aku rasa sepanjang aku stay kat sini.. aku cuma dapat akses wifi kat Restaurant dia sahaja.. bila berada dalam bilik.. memang tak dapat langsung line tu.. kadang line ada.. tapi slow sangat.. so, kalau memang nak betul-betul tenang.. sini la tempat yang sesuai.. ^_^



till then, tatababai

What's New
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

1 orang suka :

  1. wahh..mmg puas hati lah bilik besar!...tapi kalau Wifi x laju tu x best x boleh nk kabo kat kawan2 dalam IG dan FB

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^