Sunday, May 31, 2015

Ada orang offer aku buat PLASTIC SURGERY !


Assalammualaikum..

Ececece... tajuk tak boleh blah.. tapi ni betul tauuu ! Nanti aku cerita lebih lanjut..

Semalam aku berkesempatan untuk join Wondrous K-Beauty Showcase yang bertempat di Korea Plaza & Kinabalu Auditorium. Dapatlah jumpa kawan-kawan Kaki Korea yang tegar kat situ. Walaupun ada yang tak pernah jejak kaki ke Korea, tapi still.. semangat dorang untuk belajar dan cari ilmu tentang Korea.. memang aku respect ! Sampai aku pun walaupun dah tak jejak kaki ke Korea lagi ni.. still gila nak pegi juga seminar-seminar yang ada kat Korea Plaza ni.


Saturday, May 30, 2015

Soul of Asia : Sungkyunkwan University


Assalammualaikum..

Annyeonghaseyo.. last day.. T_T sedih.. tapi takmo sedih dulu.. sebelum kita balik.. ada tempat yang dalam wishlist aku masih belum pegi lagi.. iaitu Sungkyungkwan University.. kat sini la David stadi.. so, dia janji nak bawa datang sini.. tapi tunggu punya tunggu.. mana la si David ni tak sampai-sampai.. kitorang pun decide untuk gerak sendiri..  so, pagi-pagi tu kitorang dah siap-siap check out takut nanti lambat…

Kalau ikutkan takde la jauh mana Sungkyunkwan University ni dari guesthouse kitorang.. David kata, kalau naik bas dekat je.. tapi kitorang tak reti.. kang sesat plak.. so, kitorang naik subway je.. berbaju kurung kauu semata-mata nak pegi sini…

Friday, May 29, 2015

Soul of Asia : Hello Kitty Cafe and 63 Building


Assalammualaikum..

Annyeonghaseyo.. sok dah nak balikkk.. sob..sobbb… sedihnya…. So ari ni kita cuba manfaatkan apa yang ada.. First destination adalah Hongik University.. senang sangat nak pegi.. ikut je signboard.. kikiki..

Route : Anguk Stn (Line 3) – Transfer Euljiro 3(sam) ga (Line 2) – turun kat Seongsu (Line 2)

Lepas tu ikut signboard menghala ke Hongik University. Kalau ikutkan, Hongik University ni bukan dalam wishlist aku tapi sebab Hello Kitty Café adalah berhampiran dengan Hongik University ni.. maka kita singgah la juga kan.. ^_^ takde pun berphotoshoot kat sini sebab banyak yang tak berapa nak siap lagi.. so, ala-ala kadar je..


Soul of Asia : Running Man di Seoul World Cup Stadium


Assalammualaikum..

Annyeonghaseyo… hari ke-5 ini kalau ikut dalam itinerary.. banyak tempat nak pegi.. tapi ada yang kitorang skip sebab dah janji ngan David nak pegi sama.. so, mana yang kita boleh cover ari ni.. kita cover.. ^_^

Hari ni kami nak ke Seoul World Cup Stadium.. Ehem.. sebagai peminat setia team Running Man… mesti la kena pegi sini sebab Running Man penah buat kat sini kannnn…. Nak masuk Everland tak cukup kewangan.. so, kita ke sini je la.. hahahah..  #cheapskate

Thursday, May 28, 2015

MILO ® Nutri G, rasa sekali, pasti nak lagi !


Assalammualaikum…

Pernah tak dengar ayat, ‘minum MILO anda jadi sihat dan kuat’.. ^_^ Heheheh… trend sudah berubah.. tapi MILO®  tetap berada di hadapan. Kali ini evolusi MILO ® menyaksikan produk baru MILO ® Nutri G TM yang diadun sempurna dengan formula khas yang bukan sahaja memenuhi keperluan diet golongan dewasa, malah sangat sesuai bagi korang yang tengah diet.. yang nak kurangkan makan… pasti teruja dengan MILO ® Nutri G TM yang memang berkhasiat dan pasti mengenyangkan.

yeayy... hadiah on the way...


Assalammualaikum...

Buat pemenang Mother's Day Giveaway by Anil Wanina yang dah bagi nama tu... hadiah korang semua on the way... terima kasih korang... ^_^


Bagi yang tak bagi nama sebelum tarikhnya... sorry korang.... lepas ni rajin-rajinkan jenguk blog ni ye.. mana tau ada contest lain pulak... ^_^ sentiasa alert tauu...

till then, tatababai

What's New

Wednesday, May 27, 2015

Buffet Ramadhan 2015 : Grand BlueWave Hotel Shah Alam


Assalammualaikum…

Tengah hari tadi aku dijemput untuk menghadiri Media Food Review Ramadhan Buffet bagi mempromosikan Promosi Sinaran Ramadhan 2015 di Grand BlueWave Hotel Shah Alam bersama dengan team Kelab Blogger Ben Ashaari yang ohsem sangat… kami semua memang kaki makan.. hihii…

Soul of Asia : Shopping di Insadong dan Menikmati Sunset di Namsam Tower


Assalammualaikum..

Annyeonghaseyo.. sambung stori Korea ye... ^_^

kejap je dah hari ke-4 kan… hari ni pun kira hari shopping juga la sebenarnya.. tapi niat sebenarnya nak makan aiskrim panjang yang femes tu.. huhuhu.. so, kitorang pun gerak dari Anguk Stn turun kat Jongno 3(sam) ga untuk ke Insadong ni.. jalan punya jalan.. eh eh.. nape tak sampai lagi ni… sosat rupanya.. hahahha.. pastu tanya-tanya orang.. rupanya depan tu je.. huk oloo.. tah pape kitorang ni.. ni mesti angau sebab semalam shopping banyak sangat.. vavavaaa

Sampai je.. kitorang terus nampak kedai aiskrim panjang… tapi kedai tak bukak lagi.. takpe.. kita jalan dulu.. memang best la kat sini.. banyak kedai-kedai unik kat sini.. even kedai kosmetik pun berlambak kat sini.. tak yah la nak jalan sampai Myeongdong kan.. tapi kalau dah dok area Myeongdong.. soping sana je la.. tak yah sampai sini.. hihhihi..

Kat sini kitorang sempat beli baju sejuk.. murah terbabas.. since kitorang ni sama citarasa.. kitorang amik sorang satu design sama.. huhuhu.. harga baju sejuk ni KRW20,000. Murah giles.. tapi yang wat geram.. bila jalan depan sikit kat kedai lain.. dapat plak baju sejuk ni harga lagi murah.. tapi saiz kecik la.. so, takpe la.. sebab badan besar.. pakai kain banyak.. so harga pun banyak sikit.. tapi still murah lagi la berbanding kat negara berGST lain..

Sehari sebelum aku ke Insadong ni.. encik suami soh cari janggut naga.. aku takde la plak survey pasal menda ni.. rupanya... memang ada kat Insadong... dapat tengok dorang buat janggut naga tu LIVE wei... kat Insadong ni ada 2 tempat.. sebelah-sebelah je kedai dia.. so, pilih la nak kedai yang mana satu.. yang aku pegi ni kedai yang penah masuk TV kat National Geographic.. ni encik suami la yang kata.. hihihi..

Moh layan gambar.. jangan muntah suda.. kikikii

Tuesday, May 26, 2015

Macam mana aku boleh join AABC?


Assalammualaikum..


Bertalu-talu pulak emel masuk tanya pasal macam mana nak join AABC ni.. huhuu.. aku ni pun try and error je semalam try check dengan AirAsia.. tetau je dapat invitation malam tu juga...

Monday, May 25, 2015

Buffet Ramadhan 2015 : Bangi Golf Resort Restaurant


Assalammualaikum..

Bangi Golf Resort Restaurant (BGR), nama yang tidak asing lagi. Kali terakhir aku datang sini pada tahun 2010. Gile lama.. tu pun sebab ada dinner kat sini. So, pada tahun ni.. alhamdulillah.. aku dijemput sebagai seorang blogger untuk ke sesi food review sempena buffet ramadhan di situ. Haruslah aku suka sebab ini umpana mini gathering bersama blogger-blogger yang lain. Selain dari makan, dapat beramah mesra dengan chef-chef kat BGR.. hihihi..

Seperti tahun-tahun yang lalu, pada kali ni, BGR sangat digemari ramai kerana kepelbagaian juadah dan kualiti masakan yang disediakan. Selain itu, BGR juga turut menawarkan pelbagai jenis sajian istimewa yang bukan hanya 50 jenis hidangan.. tapi 200 sajian dalam satu-satu masa. Bukan sahaja masakan Melayu, malah sajian Barat dan masakan Timur turut digemari dan menjadi pilihan pengunjung.

Istimewanya, pada tahun 2015 ini, pasukan dapur BGR menghasilkan sesuatu yang lain dari yang lain dengan konsep dapur terbuka dan pengunjung sendiri boleh melihat chef-chef kita beraksi dan boleh berinterasi secara langsung dengan mereka. LIVE dari dapur tauuu... ^_^

Okey la.. takmo tulis lagi... aku sendiri terliur bila terkenang balik juadah-juadah yang ada masa food review hari tu. Bertambah-tambah aku makan.. kikikii..


Friday, May 22, 2015

Wednesday, May 20, 2015

Movie Review : Tomorrowland


Assalammualaikum..

Dah lama tak menonton movie kan... ^_^ so bila dapat tengok tu.. uwaaa.. seronok gile... hihihi.. terima Nuffnang sebab jemput tengok premiere screening... bestnya... dah lama tak tengok premiere screening ni.. ^_^ Bertempat di GSC, Paradigm Mall ramai juga la aku tengok peminat-peminat movie ni berkampung selama 2 jam di sini. Yang tak bestnya, sebelum masuk tengok movie ni, kitorang kena deposit dulu handphone, kamera, video kamera dan gadget-gadget kat kaunter. Dari awal memang Nuffnang dah ingatkan, recording gadget tak dibenarkan dibawa masuk. Huhuu...

Tuesday, May 19, 2015

Printing Murah di Sufi Print


Assalammualaikum..

Lately sibuk sangat dok uruskan hal ehwal majlis kahwin adik-adik aku.Maklumlah, adik yang paling bongsu, haruslah yang paling meriah. Dalam tengah bizi-bizi dok buat persiapan, aku ada tengok-tengok juga kot la ada pape yang aku boleh sumbangkan.. Godek punya godek, aku tengok kat satu website ni, ada buat printing baju. Wahh.. ini kalau buat baju rewang pun best gak ni..


Monday, May 18, 2015

Friday, May 15, 2015

Senarai Peserta Mother's Day Giveaway by Anil Wanina


Assalammualaikum...

Terima kasih semua yang sudi join Mother's Day Giveaway by Anil Wanina yang telahpun berakhir semalam.. Alhamdulillah... ni list senarai peserta giveaway... tolong check nama masing-masing ye... yang mana takde tu.. tolong bagitau sebelum 18 Mei 2015, 8.00 malam sebab aku nak cabut undi...

Thursday, May 14, 2015

Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur


Assalammualaikum...

Rajin pulak tengah-tengah malam nak online ye.. hihihih... jom join Giveaway by Acik Aku Penghibur.. CASH kot... ^_^




{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Mula : 3 Mei 2015 | Tamat :17 Mei 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur

2. Follow blog  : 


3. Like Fanpage :


4. Follow instagram  :
@acik21, @sayidah napisah, @norazilah72



** idea segmen mudah ini dikreditkan pada mialiana.com






till then, tatababai

What's New

Diskaun kaw-kaw EnerZ Indoor Extrem Park!


Assalamualaikum...

Hari tu ada yang tanya aku, berapa kos nak main kat EnerZ Indoor Extreme Park ni.. so, korang jangan runsing... kalau tengok kat dashboard EnerZ ritu 1 jam jumping kat trampoline tu RM25 kan.. boleh godek kat previous entry aku tu.. hahhhhh... ni EnerZ bagi diskaun baik punye.. boleh ajak adik beradik, jiran tetangga, sahabat handai untuk main lompat-lompat bersama-sama..


Lagi ramai lagi murah... so, apalagi.. jom ramai-ramai datang ke EnerZ Indoor Extreme Park...

till then, tatababai

What's New

Wednesday, May 13, 2015

Yaya Rosly: Petite fashion designer


Assalammualaikum..

Ahad lepas aku berpeluang untuk hadir ke sesi pengenalan Butik Yaya Couture oleh pemiliknya Yaya Rosly dalam mempromosikan koleksi terbaru butik beliau untuk Hari Raya yang bakal menjelang nanti.

Kalau korang nak tau… Yaya Rosly ni adalah merupakan fashion designer yang dah berpengalaman 4 tahun dalam dunia fashion ni. Dan yang uniknya yaya Rosly ni, speciality beliau dalam dunia fashion ni adalah mereka baju-baju untuk saiz genit. Hah.. genit tu apo? Genit tu petite le.. Tapi walaupun speciality beliau ni mereka baju-baju untuk orang bersaiz petite.. korang yang tinggi-tinggi ni jangan la risau.. Yaya Rosly still boleh design baju untuk orang-orang tinggi macam aku ni.. eh.. aku gemuk.. pun boleh juga… saiz apa pun ko cakap je.. Yaya Rosly boleh ukur dan design baju cecantik untuk korang. Jangan tak tau, Elizabeth Tan yang tinggi lampai tu pun pernah pakai baju yang direka oleh Yaya Rosly tau… hahhh… sekecil-kecil baju yang Yaya Rosly reka adalah untuk Adik Mia Sara Nasuha. See.. tak kisah ko saiz apa.. semua yaya Rosly boleh design.

Family Affair di EnerZ sempena Mother's Day


Assalammualaikum..

Fuhh… lap peluh.. yang rajin godek blog aku ni mesti pelik tengok bertukar-tukar layout blog aku ni.. hukhukk.. alkisahnya, Jumaat lepas aku tersalah setting kat blog template.. lepas tu habis semua layout dan content blog aku bersepah-sepah.. T_T uwaaaaa…

Ahad lepas baru la aku ada masa nak godek-godek betulkan balik layout dan akhirnya, setelah beberapa komen dari kawan-kawan.. inilah hasilnya. Mungkin tak seberapa dan tak semeriah template yang lama.. tapi ini la yang baru setakat ni… harap semua berpuas hati dan sudi-sudikanlah singgah ye.. ^_^

Okey.. memandangkan dah agak terlewat untuk aku update stori mori pasal aktiviti yang aku sekeluarga dah buat pada Sabtu lepas, tapi gigih nak juga stori sebab best sangat…

Sabtu lepas, family day bersama Bro dan EnerZ telah diadakan di EnerZ, Subang Jaya. Ini adalah pertama kali aku sekeluarga datang kat sini tau. Barulah tau, ada tempat best macam ni.. dekat pulak tu dengan kampung. Perghh.. ini boleh datang tiap minggu ni.. Jadikan aktiviti hujung minggu kann….

Berbanding sebelum ni, masing-masing dari encik suami sampai la ke Iman.. dok sibuk dengan gadget masing-masing kan.. so, dengan adanya EnerZ Extreme Park ni, kitorang boleh la spent time together dan yang penting tak perlu risau tentang keselamatan anak-anak sebab ada coach dan instructor yang akan ajar jaga keselamatan kita.. Tapi kita as parent tak boleh la lalai.. kena la juga tengok-tengokkan juga kan.. Antara tujuan utama event ini diadakan adalah untuk memastikan yang setiap keluarga mempunyai masa bersama-sama, dan sama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan. Seronok kan.. ^_^

Seawal jam 930 pagi aku dah sampai.. gigih giles.. antara yang terawal tauu.. even kaunter pendaftaran pun tak bukak lagi.. vavavvaa… eksaited katanya kann… then, sorang demi sorang datang dan kitorang pun daftar kat kaunter dan collect stoking khas. Hahh.. bukan sebarangan stoking yang boleh pakai kat sini tau… kang tergelincir ke apa ke.. kan susah.. so, ada stoking khas untuk dipakai selama aktiviti ni diadakan. Even kalau korang datang sini pun, memang dia akan bagi stoking khas ni.. boleh dibeli dengan harga RM5. Next time kalau datang lagi, dah tak yah beli stoking ni dah.. bawa je yang korang dah beli tu.. ^_^

Tuesday, May 12, 2015

Monday, May 11, 2015

Blog construction in progress!


Assalammualaikum..

Maaf la bagi sesiapa yang dok godek-godek blog aku ni.. aku tengah buat major renovation sebab secara tetiba blog layout aku jadi bersepah... T_T makanya, aku terpaksa pinda balik semuanya..

hukhukhukkk...

harap bersabar ye.. dan moga semuanya berjalan dengan lancar. Buat sementara tu, jangan lupa untuk join Segmen Mother's Day Giveaway aku tu ye... lagi beberapa hari lagi nak tamat... ^_^




till then, tatababai

hat's New

Thursday, May 7, 2015

Soul of Asia : Deoksugung Palace & Namdaemon Market


Assalammualaikum..

Annyeonghaseyo.. ^_^ 

seronok tak tengok kami pegi Namiseon? Hiihihii.. tetiba rindu sama Jun Sang.. huhuhu.. baiklah… untuk hari ketiga ni.. kitorang nak pegi Deoksugung Palace nak tengok Changing Guard Ceremony.. hikhik.. macam la kat Istana Negara ni takde kann.. hahahaha.. tapi yang bestnya kat sini.. ada selang masa dia bagi kita amik gambar ngan guard kat situ.. best sangatt.. dapat la pegang-pegang.. peluk-peluk guard kat situ.. erkk.. hahaha.. toksah nak peluk sangat.. kuikuikuiii…

Since semalam dah penat-penat kan.. so ari ni kita keluar lewat sikit lor.. pagi nye sesi Changing Guard Ceremony adalah pada jam 11pagi. So, kitorang keluar lambat sebenarnya.. tapi nasib la sempat sampai ngam-ngam acara tu start.

selfie dulu

Wednesday, May 6, 2015

Mudahnya shopping di #ShopAtGoShop!


Assalammualaikum…

Siapa suka online shoping? Aku adalah SANGAT suka ONLINE SHOPPING!!!! Sebab apa? Tak payah la nak bersusah payah beratur panjang-panjang kat kaunter.. tak payah nak berebut-rebut pilih kasut atau handbag.. rimas!! So, bila aku diperkenalkan dengan Go Shop, aku rasa macam .. wowww…. Bestnya.. Teruja sangat nak shopping kat sini.. sebab produk-produk dia awesome.. I is suka…

ShopAtGoShop

Soul of Asia : Melakar Drama di Petite France & Mencari Cinta di Nami Island


Assalammualaikum..

Annyeonghaseyo.. ^_^

Hari kedua dimulakan dengan bersarapan yang berat-berat.. sebab ni nak jalan jauh.. huhuu.. so, pepagi aku dah hadap nasik.. kuangkuang.. Untuk hari ke-2 ni, aku dah buat detail nye route supaya tak sesat. So, untuk route ni, aku decide untuk ke Petite France dulu baru je Namiseon. Reason kenapa? Sebab ada Shuttle Bus yang disediakan untuk ke tempat-tempat ni.. kira bayar sekali je, ko dapat pegi kedua-dua tempat. Asalnya nak ke Morning Calm Arboretum tapi sebab Morning Calm Arboretum tu adalah last station, so kitorang kena bayar 2 kali sebab nak patah balik ke Subway Station. So, terpaksa korbankan Morning Calm Arboretum tu.. Layan gambar dulu ye... Jangan munth sebab untuk entry ni, ada lebih kurang 200 keping gambar.. seme aku gedik nak masukkan gak.. kuangkuanggg....

breakfast jom....

Monday, May 4, 2015

Cadbury Marvellous Creations yang marvellous!!


Assalammualaikum…


Pagi ni aku lewat bangun.. jadinya sampai ke pejabat ngam-ngam je.. tak sempat breakfast pun.. T_T selalu pagi-pagi dah mengadap nasi lemak untuk bagi tenaga.. tapi hari ini.. tak sempat nak tambah energi.. dah lemau dah ni.. nasib baik ada Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations. Terus cergas dan ceria. Semua orang tahu yang coklat adalam elemen penambah tenaga, tapi dengan Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations ni bukan sahaja memberi tenaga, malah setiap gigitan itu memberikan rasa yang berbeza seolah-olah ada pesta dalam mulut. Sedap gile wei… bukan aku je suka.. Iman pun suka.. makan coklat macam makan nasi… huhuhu

Marvellous creation in da haus

Friday, May 1, 2015

Syukur alhamdulillah...


Assalammualaikum..

Alhamdulillah... syukur... tu je la yang mampu aku ucapkan... tahun yang perit buat aku.. banyak suka dan duka.. tetapi akhirnya.. berjaya juga aku harungi dengan susah payah.. kadang rasa macam tak layak je.. sebab apa je la jasa aku ni.. dah la kuat melawan.. suka gaduh dengan bos.. kuangkuang... tapi kalau dah namanya rezeki.. kalau ko gaduh bertumbuk dengan bos pun.. as long as ko perform dalam keje.. apadehal kan.. hihih... takde la sampai gado bertumbuk.. ehh... bos aku janji nak belanja aku tengok wayangg... sila langsaikan hutang tau bos.. huuhuhuu

Pencapaian 5 tahun aku di situ. alhamdulillah... terima kasih Allah... kawan aku kata, at least dalam perkhidmatan, kalau boleh.. usaha dapat 1 kali APC.. itu dah cukup membanggakan.. rezeki aku.. 12 tahun berkhidmat.. bila dapat lebih dari sekali.. terus speechless tak tau nak kata apa.. hanya mampu berkata.. syukur.. alhamdulillah...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...