Buffet Ramadhan 2015 : Bangi Golf Resort Restaurant

Assalammualaikum..

Bangi Golf Resort Restaurant (BGR), nama yang tidak asing lagi. Kali terakhir aku datang sini pada tahun 2010. Gile lama.. tu pun sebab ada dinner kat sini. So, pada tahun ni.. alhamdulillah.. aku dijemput sebagai seorang blogger untuk ke sesi food review sempena buffet ramadhan di situ. Haruslah aku suka sebab ini umpana mini gathering bersama blogger-blogger yang lain. Selain dari makan, dapat beramah mesra dengan chef-chef kat BGR.. hihihi..

Seperti tahun-tahun yang lalu, pada kali ni, BGR sangat digemari ramai kerana kepelbagaian juadah dan kualiti masakan yang disediakan. Selain itu, BGR juga turut menawarkan pelbagai jenis sajian istimewa yang bukan hanya 50 jenis hidangan.. tapi 200 sajian dalam satu-satu masa. Bukan sahaja masakan Melayu, malah sajian Barat dan masakan Timur turut digemari dan menjadi pilihan pengunjung.

Istimewanya, pada tahun 2015 ini, pasukan dapur BGR menghasilkan sesuatu yang lain dari yang lain dengan konsep dapur terbuka dan pengunjung sendiri boleh melihat chef-chef kita beraksi dan boleh berinterasi secara langsung dengan mereka. LIVE dari dapur tauuu... ^_^

Okey la.. takmo tulis lagi... aku sendiri terliur bila terkenang balik juadah-juadah yang ada masa food review hari tu. Bertambah-tambah aku makan.. kikikii..



entree menu


kurma bersalut daging.. sedap gilakk

rojak buah

rojak

mee rebus

ulam ulaman

pelbagai jenis kerabu

zoom in kerabu

zoom in kerabu

zoom in kerabu

nasi impit

ayam masak ros

sambal sotong. yummy

lemang ngan rendang weiii


nasi pandan

nasi ayam

daging blackpeper

butter prawn

ayam lemon

ayam teriyaki



lasagne

roti


Sous Vide Eggs With Mushroom Espuma

half boil egg yang fresh

Sous Vide Eggs With Mushroom Espuma

mushroom soup



Amacam... teruja tengok macam-macam jenis juadah yang ada kan... semua aku makan.. semua sedap.. hahahha.. dasar perut dinasour.. semua aku sapu.. kikikii... Ni baru sikit... ekk.. sikit? Ado lagi... meh tengok dessert dia.. confirm korang terliur...





















churros dia pun dia masak kat situ jugak..

Nomnomnom... siyes... terus lapo balik.. kikikii... churros dia sedap weiiii.... memang puas hati.... eh.. dah kenyang ke? bukan ni je.. ada lagi... huhuhu.. aku dah cakap... menu dia banyak... jom layannn...


sate ayam dan daging

kuah sate yang panas-panas

kuew teow goreng

mee goreng mamak

ini yang paling HOT... kambing golekkkk

yummyyyyy

sup kambing mamak

zoom cikit

So, memang banyak sangat juadah yang ada kat sini.. tak rugi korang try menu berbuka puasa kat sini. Memang terbukti sedap, lazat dan menarik. 

Selain dari hidangan yang enak tu, pengunjung akan dihidurkan dengan alunan muzik Melayu Tradisional yang didendangkan secara LIVE oleh sebuah kumpulan kugiran setiap hari. Tak perlu risau, kerana surau turut disediakan untuk pengunjung lelaki dan wanita menunaikan solat pada waktunya. BGR juga turut menyediakan sebanyak 800 tempat letak kereta secara PERCUMA.

Tengok la betapa happynya kami geng-geng blogger yang kaki makan ni sepanjang kitorang menikmati juadah di BGR ni..


bersama Yanie

geng KBBA, Yanie, Ida dan Lynda

tu dia... 

aiskrim gantung.. wkkakaa

kak Mas, Maha, abang Hasrul Hassan pun ada.. ^_^

ehem.. Mahamahu makan... hihihi

ni tah round ke berapa aku pun tak tau.. kikikii

eh eh.. Yuyu ngan Habib pun ada.. ^_^

wefie dulu... sian Habib tersepit.. hihi

wefie dengan Habib pulakk...

dengan geng makan satu meja...

bersama Ida, Nadia Farahida dan BUNGA!!!!

retis of the day.. Mawardi from Projek Travel

gigih 2 kali kitorang berselfie.. kikikii

So, bagi yang masih tercari-cari tempat nak berbuka puasa di luar, aku cadangkan bolehlah korang bawa keluarga korang ke sini.

Harga :

RM55 (dewasa)
RM27 (kanak-kanak)

Untuk tempahan / pertanyaan :

No Telefon :+(603) 8925 3728 / +(603) 8210 0265

Alamat : No 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor

Koordinat GPS : 2.95716N, 101.76518E

Laman Web : http://www.bgrrest.com

Facebook : https://www.facebook.com/BangiGolfResortRestaurant

Email : bgb.bangigolf@gmail.com

Waktu Operasi : 6.30 pagi - 9.30 malam setiap hari 


till then, tatababai

What's New
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

6 9 orang peminat :

  1. anil...
    dr ataih smpai bwh pic makan ja..
    kita pun suka makan..hehehee

    ReplyDelete
  2. berminat untuk belian voucher dan tempahan buffet ramadhan di bangi golf resort boleh hubungi wani 016-9645544 atau 016-2678284 juga melalui email . bgrrestaurant@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Memang best kalau nak buka puasa di BGR ni ..

    ReplyDelete
  4. haii kakak!! nanti bulan puasa mesti berbuka puasa kat BGR masuk dalam list jugak kan?? :D

    ReplyDelete
  5. for booking boleh wassap saya 019-3764349

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^