Buffet Ramadhan 2015 : Grand BlueWave Hotel Shah Alam

by - 6:21:00 PM

Assalammualaikum…

Tengah hari tadi aku dijemput untuk menghadiri Media Food Review Ramadhan Buffet bagi mempromosikan Promosi Sinaran Ramadhan 2015 di Grand BlueWave Hotel Shah Alam bersama dengan team Kelab Blogger Ben Ashaari yang ohsem sangat… kami semua memang kaki makan.. hihii…







masterchef di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

antara juadah yang disediakan

Dengan mengangkat konsep ‘Bazaar Ramadhan’, setiap gerai yang dibuka akan mempunyai tema yang tersendiri dengan pilihan pelbagai jenis juadah trandisional, antarabangsa, BBQ dan juadah gerai.

Terdapat 2 pakej yang ditawarkan oleh Grand BlueWave Hotel Shah Alam dari RM58.00++* dan kedua-duanya mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Antara menu yang menjadi pilihan chef adalah Mee Udang Sado, Kambing Golek, Ayam Golek Percik, Cendol, Air Kelapa Muda dan tidak dilupakan terdapat lebih dari 250 jenis juadah yang akan dihidangkan sebagai menu berbuka puasa nanti. Selain dari itu, juadah gerai yang paling TOP dan sering menjadi pilihan pengunjung adalah Lemang Pulut Hitam, 8 jenis kerabu dan Ulam-ulaman. Menu kampong yang memang tak lapuk dek zaman. Sedap pulak tu.. ^_^

kambing duduk

ayam baring



Tidak dilupakan, antara menu lain seperti Roti John, pelbagai Dim Sum, Krim Karamel, Kek, Puding, Wajik, Coklat Fountain.. perghh.. terus lapar balik…

roti john



dessert

aneka dimsum

coklat fountain

cheesecake


Meh nak share chef’s signature dish yang mesti cuba… Steam Fish, Daging Masak Hitam, Butter Prawn, Sotong Goreng Berempah, Pucuk Paku, Nasi Tomato dan banyak lagi.. tak sanggup nak taip lagi sebab menaip menu-menu makanan ni je dah membuatkan aku ngencess… bahahahah


ikan steam

seafood on ice

fresh prawn

Jangan risau, Dewan Gasing akan digunakan sebagai surau untuk korang menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah.

serawa durian

sotong goreng berempah

red velvet

Promosi Sinar Ramadhan 2015 ini bermula dari 1 hingga 27 Ramadhan dimana terdapat 2 pakej seperti yang aku maklumkan tadi iaitu  iaitu Pakej Barakah Al-Mubarak dan Pakej Fitrah Al-Mubarak.

Kalau korang tempah untuk pakej Barakah Al-Mubarak untuk 1 hingga 10 Ramadhan, korang akan mendapat promosi RM90.00+ seorang (dewasa) dan RM58.00+ seorang (warga emas & kanak-kanak). Kalau tak, harga asal dia RM125.00+* seorang (dewasa) dan RM70.00+* (warga emas & kanak-kanak).

Manakala bagi pakej Fitrah Al-Mubarak akan bermula dari 11 – 27 Ramadhan bertempat di Aras 1, Grand BlueWave Hotel Shah Alam dengan harga serendah RM90.00+* seorang (dewasa) dan RM58.00+* seorang (warga emas & kanak-kanak).

promosi Sinaran Ramadhan 2015

geng makan KBBA

geng makan KBBA


Tunggu apa lagi.. tempahan boleh dibuat melalui :

Telefon : 03-5511 8811
Sales and Marketing Department  Ext : 2801, 2804, 2806
Semua harga tertakluk kepada 6% GST

Maklumat Korporat

Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam
Tel : (603) 5511 8811
Fax : (603) 5511 8899



till then, tatababai

What's New

You May Also Like

0 orang suka

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^