The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Monday, May 4, 2015

Cadbury Marvellous Creations yang marvellous!!


Assalammualaikum…


Pagi ni aku lewat bangun.. jadinya sampai ke pejabat ngam-ngam je.. tak sempat breakfast pun.. T_T selalu pagi-pagi dah mengadap nasi lemak untuk bagi tenaga.. tapi hari ini.. tak sempat nak tambah energi.. dah lemau dah ni.. nasib baik ada Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations. Terus cergas dan ceria. Semua orang tahu yang coklat adalam elemen penambah tenaga, tapi dengan Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations ni bukan sahaja memberi tenaga, malah setiap gigitan itu memberikan rasa yang berbeza seolah-olah ada pesta dalam mulut. Sedap gile wei… bukan aku je suka.. Iman pun suka.. makan coklat macam makan nasi… huhuhu

Marvellous creation in da haus


Siapa yang tak suka makan coklat?  Aku rasa hampir semua rakyat Malaysia ni suka makan coklat kan…  aku mesti la suka sebab coklat ni dapat merangsang minda aku lebih-lebih lagi bila aku tengah pening fikir macam mana nak selesaikan masalah-masalah berbangkit ni.. pendek kata, coklat dan aku memang tak dapat dipisahkan..  so, meh rapat sikit aku nak share dengan korang tempat Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations yang terbaru ni.. Coklat Marvellous Creations ini didatangkan dengan dua variasi iaitu, Jelly Popping Candy dan Peanut Toffee Cookie.  Kedua-duanya sedap..

Jelly Topping Candy adalah gabungan Jelly, Candy Bits dan Popping Candy yang disalut dengan coklat susu Cadbury Dairy Milk yang menjadikan setiap gigitan tu mempunyai pelbagai rasa manis dan kenyal. Sebab tu kalau makan ni, memang rasa kenyang.. memang setiap gigitan tu terasa perbezaannya. Iman suka yang ini sebab ada rasa manis gula-gula kan.. budak memang suka la…

Popping Candy 40g

Popping Candy 160g

Nomnomnom...

Kegemaran aku pula adalah Peanut Toffee Cookie yang mengandungi Peanut, Toffee dan Cookie Bits dan disalut dengan coklat susu Cabdury Dairy Milk. Rasanya toksah cakap la.. memang sedap.. korang memang kena rasa sebab bila aku sendiri yang rasa, memang tak berhenti-henti nak makannya.. rasa sekali, pasti nak berkali-kali. Memang lepas ni, coklat ni je la aku rembat untuk enhanced energy..


Peanut Toffee Cooking 40g

Do you feel it?

Menurut Ben Simmons, Pengarah Pemasaran Chocolates SEA, ‘Menerusi Marvellous Creations, kami membawa kekaguman dan keluarbiasaan dalam cara dan bagaimana orang ramai menikmati coklat. Kombinasi  bahan dan perisa luar biasa akan mengejutkan tunas rasa dengan setiap gigitan. Anda akan merasai bagai suatu pesta di dalam mulut anda!
Aku memang setuju sangat la dengan kenyataan ni.. taste it yourself.. korang takkan menyesal dengan rasanya..

Ben Simmons memperkenalkan produk Marvellous Creations

Meriahnya...

Macam parti pulak.. ^_^

Aku dan beberapa rakan blogger lain telah berpeluang untuk join majlis pelancaran Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations yang havoc. Best sangat lagi-lagi berpeluang untuk bersembang panjang dengan Puan Zalina, Ketua Hal Ehwal Korporat Cadbury tentang produk-produk terbaru Cadbury ni. Terima kasih kepada Cadbury Dairy Milk yang menjemput kami melalui Nuffnang kerana sudi menjemput kami .. ^_^ Jom saksikan betapa meriahnya majlis pelancaran.. ^_^

Dari kiri Yati, Anilm Puan Zalina, Illa dan Dayu

Bersama Samantha dari Nuffnang

kami wefie dulu

Marvellous person with Marvellous Creations

Kita minum dulu...

Cari yang tersembunyi...

Jumpa tak?

I Love Cadbury

Nak try?

Mesti la nak.. tapi I nak yang besar.. lain dari yang lain kan rekabentuk coklat dia.. tazzabar nak makan..

Kami bersama Ben Simmons yang kacak

Bersama rakan blogger lain yang hadir.. ^_^

Sedap sampai menutup mata

So, macam mana nak dapatkan Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations ni? Jangan risau.. korang boleh dapatkan di kedai-kedai di seluruh Malaysia dalam saiz 160g dengan harga RM8.90 manakala kalau nak saiz mini, boleh dapatkan dalam saiz 40g dengan harga RM2.90 sahaja.

Hahh.. ada berita baik untuk korang.. Cadbury Dairy Milk akan membawa Marvellous Creations kepada korang dengan Karnival Marvellous iaitu acara pertunjukan yang terhebat. Korang boleh alami sendiri kenikmatan Cadbury Dairy Milk Marvellous Creations ni.

Lokasi dan tarikh Karnival Marvellous ini adalah seperti berikut :

Sunway Piramid, Kuala Lumpur  | 7 Mei - 10 Mei 2015
Queensbay Mall, Pulau Pinang | 28 Mei - 31 Mei 2015 

So, apa lagi..  korang boleh layari Facebook Cadbury Malaysia  untuk maklumat lanjut atau layari laman web Cadbury Malaysia.

till then, tatababai

What's New

3 comments:

  1. Ngileeer sumpah! Itu makannya pake mejem segalaaaa... >.< Enak banget kayanya yaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. good luck anil...gambar2 tu mengambarkan kenikmatan nya tu

    ReplyDelete
  3. tak suka chocolate tapi jelly pooping tu mmg mcm best!

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^