Wednesday, May 13, 2015

Family Affair di EnerZ sempena Mother's Day


Assalammualaikum..

Fuhh… lap peluh.. yang rajin godek blog aku ni mesti pelik tengok bertukar-tukar layout blog aku ni.. hukhukk.. alkisahnya, Jumaat lepas aku tersalah setting kat blog template.. lepas tu habis semua layout dan content blog aku bersepah-sepah.. T_T uwaaaaa…

Ahad lepas baru la aku ada masa nak godek-godek betulkan balik layout dan akhirnya, setelah beberapa komen dari kawan-kawan.. inilah hasilnya. Mungkin tak seberapa dan tak semeriah template yang lama.. tapi ini la yang baru setakat ni… harap semua berpuas hati dan sudi-sudikanlah singgah ye.. ^_^

Okey.. memandangkan dah agak terlewat untuk aku update stori mori pasal aktiviti yang aku sekeluarga dah buat pada Sabtu lepas, tapi gigih nak juga stori sebab best sangat…

Sabtu lepas, family day bersama Bro dan EnerZ telah diadakan di EnerZ, Subang Jaya. Ini adalah pertama kali aku sekeluarga datang kat sini tau. Barulah tau, ada tempat best macam ni.. dekat pulak tu dengan kampung. Perghh.. ini boleh datang tiap minggu ni.. Jadikan aktiviti hujung minggu kann….

Berbanding sebelum ni, masing-masing dari encik suami sampai la ke Iman.. dok sibuk dengan gadget masing-masing kan.. so, dengan adanya EnerZ Extreme Park ni, kitorang boleh la spent time together dan yang penting tak perlu risau tentang keselamatan anak-anak sebab ada coach dan instructor yang akan ajar jaga keselamatan kita.. Tapi kita as parent tak boleh la lalai.. kena la juga tengok-tengokkan juga kan.. Antara tujuan utama event ini diadakan adalah untuk memastikan yang setiap keluarga mempunyai masa bersama-sama, dan sama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan. Seronok kan.. ^_^

Seawal jam 930 pagi aku dah sampai.. gigih giles.. antara yang terawal tauu.. even kaunter pendaftaran pun tak bukak lagi.. vavavvaa… eksaited katanya kann… then, sorang demi sorang datang dan kitorang pun daftar kat kaunter dan collect stoking khas. Hahh.. bukan sebarangan stoking yang boleh pakai kat sini tau… kang tergelincir ke apa ke.. kan susah.. so, ada stoking khas untuk dipakai selama aktiviti ni diadakan. Even kalau korang datang sini pun, memang dia akan bagi stoking khas ni.. boleh dibeli dengan harga RM5. Next time kalau datang lagi, dah tak yah beli stoking ni dah.. bawa je yang korang dah beli tu.. ^_^


posing dulu

FART ZONE!

wall climbing dan obstacle

playground

kaunter

check the price!

kids edutainment programme

Iman with Wani and Mira

trampoline

tu dah excited dah tu

fahami Rules and Regulation dulu ye

kids edutainment programme pamplet

registration

socks and wristbands

kami dah ready

smart woo stoking dia

Aktiviti dimulakan dengan pembahagian kumpulan untuk program edutainment untuk kanak-kanak. Program ni memang best gile.. especially untuk kanak-kanak la sebab ia dapat merangsang minda dorang dan menjadikan dorang lebih berani dan bekerja dalam kumpulan. Takde la duduk diam sorang-sorang kan. Sebab tu aku kata program ni bagus. Dari kecik la kita kena rangsang minda kanak-kanak ni supaya dorang lebih kreatif dan inovatif di kemudian hari.

pembahagian kumpulan

nampak Iman tak?


tu kat belakang sekali ngan Wani..

who wanna be a leader?

2-3 kerat je angkat tangan

senaman ringan

practice to cheer up for the team

1st edutainment program - lari dalam guni

jaga-jaga.. bawah tu ada boya

cepat-cepat

ready for next activity

tunggu queue

her turn

ready?

yes.. i'm ready

Iman with Wani and Mira

guts challenge.. 3 tingkat tu.. 

aku kat bawah yg tgk plak gayat

aku gayat

naik wall climbing plak


Selepas program edutainment tu, program untuk parent pulak diadakan iaitu ada a few games yang diadakan di trampolin. Ini paling best, dan jangan tak tau.. dalam ko nak lompat-lompat kat trampolin tu..  korang boleh pelbagaikan aksi korang tapi bukan suka-suka hati je tau.. dengan pengawasan dan instructor dari coach yang ada kat situ. Masa ni orang yang suka lompat-lompat tu, memang suka sangat la.. boleh lompat setinggi yang ko nak.. hilang terus tension di situ.





sakan Iman melompat-lompat ni..


Selain tu, ada a few task yang diberikan oleh Bro dan aktiviti berkumpulan yang diconduct oleh EnerZ. Ini memang best.. kitorang main basketball, dodge ball dan galah panjang. Yang buat lagi best, lokasi permainan tu dibuat di Asia’s Largest indoor Trampoline Extreme Park. Memang seronok.. memang fun.. dan yang penting.. Iman pun happy sangat… kira aktiviti yang ada kat sini, bukan je ada untuk orang tua.. untuk anak-anak pun ada.. sama-sama boleh bersukan dan berseronok. Bukan sukan lumba lari ke apa.. lompat-lompat je pun.. tapi boleh bakar lebih dari 200 kalori.
Dan bagi yang suka aktiviti lasak dan sukakan ketinggian, no worries.. kat sini ada high rope dan wall climbing. Ada juga Obstacle bagi yang sukakan cabaran. Aku? Suka juga.. tapi aku lebih suka lompat-lompat.. kikikiiii

Dodgeball game

dodgeball game

galah panjang

our scoreboard


At the end of the day, ada hadiah untuk pemenang yang berjaya melaksanakan task yang diberikan. Hadiahnya.. ehem.. iPad Mini uolssss.. idaman hati tu.. tahniah buat Alin sebab berjaya melaksanakan task yang diberikan dengan jayanya dan yang penting, berjaya menambat hati Bro. ^_^

cenderahati dari EnerZ

pemenang Task oleh Bro

amik berkat pemenang.. hihihi

kami yang happy.. ^_^


Secara keseluruhannya, memang best aktiviti kat sini dan boleh la dijadikan aktiviti hujung minggu bersama keluarga.Bersaiz lebih dari 80,000 kaki persegi, EnerZ Extreme Park merupakan indoor extreme park yang pertama di Asia. Aktiviti yang boleh dilakukan merangkumi semua peringkat umurdan yang penting, setiap ahli keluarga boleh spend time together bersama-sama dengan aktivit yang lebih berfaedah sambil bersukan. Antara aktiviti lain yang boleh dibuat kat sini adalah Trampolines, Martial Arts, Party Services, Sky Ropes, Badminton, Fitness Class, Children’s Gut Builder Obstacle Course, Children EnerZ EduProgram dan team building. Bagi yang berminat nak pegi sini, senang je.. kalau yang tau jalan short cut, lokasinya kat belakang Main Place. Aler.. Main Place yang depan OneCity tu..  boleh Wazeatau Google Maps alamat seperti di bawah :

Alamat :
Lot 791, Persiaran Subang Indah, 47500 Subang Jaya, Selangor

Facebook : https://www.facebook.com/EnerZIndoorExtremePark

Hubungi :
0111-500 0055 (untuk pertanyaan dan tempahan court Badminton)

0111- 500 0066 (untuk pertanyaan dan tempahan Extreme Park)

Terbaru... EnerZ bagi diskaun meletup untuk pengunjung EnerZ Indoor Extrem Park..


Boleh contact EnerZ Indoor Extreme Park untuk maklumat lanjut.. ^_^


till then, tatababai

What's New

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^