Wednesday, May 20, 2015

Movie Review : Tomorrowland


Assalammualaikum..

Dah lama tak menonton movie kan... ^_^ so bila dapat tengok tu.. uwaaa.. seronok gile... hihihi.. terima Nuffnang sebab jemput tengok premiere screening... bestnya... dah lama tak tengok premiere screening ni.. ^_^ Bertempat di GSC, Paradigm Mall ramai juga la aku tengok peminat-peminat movie ni berkampung selama 2 jam di sini. Yang tak bestnya, sebelum masuk tengok movie ni, kitorang kena deposit dulu handphone, kamera, video kamera dan gadget-gadget kat kaunter. Dari awal memang Nuffnang dah ingatkan, recording gadget tak dibenarkan dibawa masuk. Huhuu...







Cerita kali ni adalah Tomorrowland. Cite apa tu? Jom baca sinopsis sikit..

'Bound by a shared destiny, a teen bursting with scientific curiosity and a former boy-genius inventor embark on a mission to unearth the secrets of a place somewhere in time and space that exists in their collective memory as Tomorrowland.'

Cerita mantap lakonan George Clooney, Hugh Laurie dan Britt Roberton ni pada mulanya agak slow tapi semakin lama semakin menarik.

My personal review, cerita ni best dan mempunyai imaginasi yang tinggi. Siapa sangka dalam satu dunia boleh ada dua dimensi yang berbeza. Macam aku, memang layan la cerita ni dan tak boring langsung. Setiap scene penuh dengan tanda tanya, lepas ni apa yang terjadi. Kadangkala ada macam tak logik pun ada, sebab dalam dunia dah canggih, tetiba boleh pulak ada roket keluar dari Eiffel Tower.. besar pulak tu.. pulak tu, masa dilancarkan tu, elok je ada orang kat bawah tu.. hihihi.. kalau dah namanya imaginasi kan.. huhuhu..

So, bagi orang yang suka cerita imaginasi macam ni.. aku rekemen korang tengok cerita ni.. Insya Allah.. tak rugi pun dan walaupun cerita ni nampak macam kena banyak fikir.. tapi sebenarnya, cerita ni relaks je.. tak sangka George Clooney nak berlakon dalam cerita genre macam ni.. ihihih

Untuk cerita ni, aku bagi

Trailer :






till then, tatababai

What's New

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^