Wednesday, May 27, 2015

Soul of Asia : Shopping di Insadong dan Menikmati Sunset di Namsam Tower


Assalammualaikum..

Annyeonghaseyo.. sambung stori Korea ye... ^_^

kejap je dah hari ke-4 kan… hari ni pun kira hari shopping juga la sebenarnya.. tapi niat sebenarnya nak makan aiskrim panjang yang femes tu.. huhuhu.. so, kitorang pun gerak dari Anguk Stn turun kat Jongno 3(sam) ga untuk ke Insadong ni.. jalan punya jalan.. eh eh.. nape tak sampai lagi ni… sosat rupanya.. hahahha.. pastu tanya-tanya orang.. rupanya depan tu je.. huk oloo.. tah pape kitorang ni.. ni mesti angau sebab semalam shopping banyak sangat.. vavavaaa

Sampai je.. kitorang terus nampak kedai aiskrim panjang… tapi kedai tak bukak lagi.. takpe.. kita jalan dulu.. memang best la kat sini.. banyak kedai-kedai unik kat sini.. even kedai kosmetik pun berlambak kat sini.. tak yah la nak jalan sampai Myeongdong kan.. tapi kalau dah dok area Myeongdong.. soping sana je la.. tak yah sampai sini.. hihhihi..

Kat sini kitorang sempat beli baju sejuk.. murah terbabas.. since kitorang ni sama citarasa.. kitorang amik sorang satu design sama.. huhuhu.. harga baju sejuk ni KRW20,000. Murah giles.. tapi yang wat geram.. bila jalan depan sikit kat kedai lain.. dapat plak baju sejuk ni harga lagi murah.. tapi saiz kecik la.. so, takpe la.. sebab badan besar.. pakai kain banyak.. so harga pun banyak sikit.. tapi still murah lagi la berbanding kat negara berGST lain..

Sehari sebelum aku ke Insadong ni.. encik suami soh cari janggut naga.. aku takde la plak survey pasal menda ni.. rupanya... memang ada kat Insadong... dapat tengok dorang buat janggut naga tu LIVE wei... kat Insadong ni ada 2 tempat.. sebelah-sebelah je kedai dia.. so, pilih la nak kedai yang mana satu.. yang aku pegi ni kedai yang penah masuk TV kat National Geographic.. ni encik suami la yang kata.. hihihi..

Moh layan gambar.. jangan muntah suda.. kikikii


ada orang wat shooting la kat sini


kedai eskrem panjang

kena la selfie kat sini kan

Insadong St

kedai baju winter seme tengah sale

try satu.. macam best je...

terus beli dan pakai.. kuikuiii


kedai sekitar Insadong


kedai janggut naga

demo

tapau time

saya beli.. ^_^

kedai souvenir

eh.. ada lagi shooting la

ada retis

retis mana ni? hahahaha

since tengah sejuk tu.. so beli jagung panas kononnya..

see.. macam panas kan..

tapi bila pegang.. tak panas pun... first time makan jagung rebus sejuk berdenting.. T_T

dah sampai Korea, tapi tak beli kosmetik.. memang tak sah.. singgah Etude jap

staff di Etude House

wefie dengan mereka pula

Lama kitorang kat sini.. siap shopping souvenir sakan.. lepas tu boleh plak jalan nak balik tu.. terserempak plak ngan kedai beg yang jual beg dengan harga KRW10,000. Gila murah ko.. dah la dia jual fesyen-fesyen beg terkini yang orang-orang Korea suka pakai.. kitorang pun menggila la beli beg kat sini.. aku borong sampai 4 beg.. hahahaha..

Dah abis borong beg kat situ, terus tak jadi nak pegi Myeongdong.. kuangkuangg… cancel la pegi Myeongdong.. kekonon nak repeat pegi Myeongdong sebab yang 1st day tu pegi malam.. tak berapa clear kan.. tapi kalau dah kat Insadong ni borong macam nak buka kedai.. mari la kita balik ke guesthouse dulu.. kikikii..

Lepas tu tanya kat orang kedai tu, mana subway station terdekat.. sebab rasa macam dah tak larat nak jalan angkut plastik beg jaun-jauh kan.. pastu dia kata, ‘depan ni je.. nanti you nampak Anguk Stn aku macam ehh.. tu stesen kitorang.. pehal dekat benauuu ngan Insadong ni.. bahahaha.. tetiba rasa bongok gile.. naik subway dari Anguk Stn ke Jongno 3 (sam) ga sebab nak pegi Insadong.. padahal.. tak yah naik subway pun… kikikii… takpe.. pengalaman itu lebih berharga.. ^_^

beg murah-murah woiiiii

korean bag

heater dalam kedai.. unik gile

masa untuk pulang ke guesthouse 

Menapak la kitorang ke guesthouse yang tak berapa jauhnya tu.. sampai-sampai je.. tengok host Beewon, Euno yang amik booking stay aku thru emel tu.. nasib la Euno ni comel tau.. kitorang kata, ‘kitorang hampir tak dapat stay kat sini sebab you tau..’ terpinga-pinga dia.. hahahaha.. lepas kitorang explain.. baru la dia kata,’sori.. sori.. I’m too busy and I’m forgot’ hihhi.. nasib ko comel Euno.. kikiki.. lepas letak barang.. kitorang turun lunch… together with Euno.. best je lunch ngan orang Korea ni.. haahhaha..

Euno tengah tolong buka tin.. ihihih

lunchie

barang yg aku tapau kat Etude tadi

Lepas tu, kitorang siap-siap nak keluar semula.. nak ke Namsam Tower la pulak kan… ni mesti pegi ni.. by hook by crook.. tak kira.. nak jejak jugak.. so,dari Anguk Stn, kitorang turun ke Myeongdong Stn.. lepas tu jalan kaki naik bukit.. dah abis naik bukit.. naik tangga pulak.. Adoiyaii.. partner dah jalan seret-seret kaki.. hahaha.. aku pun kalau ikutkan hati, penat juga.. orang gemuk memang gini.. tapi gagahkan diri.. anggap je semua tu sebagai exercise.. kalau kat Malaysia ni memang tak buat la kan.. so, kat sini la nak wat semua ni.. memula nak jalan dulu kat Namsangol Hanok Village.. tapi partner hari dah gelap.. so, takmo amik risiko.. kita naik je la kat atas nak nikmati sunset katanya..
So, terus la kitorang naik cable car. Sampai atas, perghh.. sejuk giless… atas bukit la katanya.. jadi sejuk dia lain macam sikit.. kat sini pelagi.. berwefie berselfie, berphotoshoot bagai.. lepas tu tengok sunset yang indah dan minum hot Caramel Latte. Memang sedap diminum dikala sejuk-sejuk macam ni.. lama kitorang lepak kat sini menyaksikan pemandangan malam di Seoul di atas Namsam Tower. Nak masuk Trick Eye Museum tapi dah malam pulak kan.. so, just pass by je..


godek map dulu..

student Korea

ololoo...

road to Namsam Tower

macam dah nak sampai

tapi jauh lagi weii

sampai nampak tugu ni

pastu naik tangga ni.. kuangkuangg

jom menapak

baru halfway nak sampai cable car

menapak lagi

yeayy.. finally sampai

beli tiket.. KRW8,500 seorang

beli tiket kat sini

naik kat sini

beratur tau

antara pemandangan atas cable car

nak sunset dah ni

akhirnya... padlock LOVE

berlambak lambak

selfie satu kat sini

zoom cikit

Seoul from Namsam Tower





boleh beli padlock warna warni kat sini...




muntah tengok padlock LOVE ni.. hahahahha




kaunter tiket untuk masuk ke Alive Museum

dataran di Namsam Tower

ahakss

looking for sunset

sunset di Namsam Tower




yok beli hot chocolate


merenung ke luar jendela

kesejukan

feel the hottie

tengok kapel ni lagi HOT.. hahahah

Seoul at night from Namsam Tower

Alive Museum

unnie yang cantik


oppa Namsam style

Alive Museum.. dari luar sajo



sebelum beransur.. selfie dulu

Lepas tu kitorang turun dan kembali ke guesthouse semula… jalan seret-seret kaki juga la sebab malam tu sejuk weiii... pastu kat Myeongdong subway, ada satu kedai ni jual Deli Manjo.. Sedap wei.. dan yang penting. HALAL... beli la satu share 2 orang... siap duduk kat tangga subway tu menikmati Deli Manjo yang sedap ya hamat... huhuhu... balik ni kitorang tak rushing sangat pun sebab dah hafal jalan nak balik guesthouse kan.. kikikii...


Deli Manjo

nyumnyum...

sedap wei

kami...

Jom.. booking hotel kat Korea !

Booking.com
till then, tatababai

What's New

2 comments:

  1. gila murah beg dia...masa g takde la byk sgt choice kat myeongdong...byk handbag je...tu yg x jadi beli...hahaha

    LOL! dah kenapa jalan kaki nak g Namsan...nape tak naik bas je kak oii...gagah menapak panjat bukit!

    ada nmpk padlock sally tak? (soalan cepucemas)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^