The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Saturday, June 27, 2015

AirAsia Free Seats!


Assalammualaikum..

Amboii.. sakannya korang beli tiket ye... I is jelly tauuu ! Siapa baca entry aku yang lepas pasal AirAsia Free Seats ni?

Nampak tak banyak gile tempat idaman hati yang aku nak grab thru AirAsia Free Seats ni. Kenapa aku nak sangat pegi tempat yang aku senaraikan tu? Sebab setiap tempat tu mempunyai ada festival terkenal yang aku nak sangat join dan korang MESTI try !



Yang aku nak share kat sini, tentang apa menariknya yang ada kat Taiwan dan kenapa aku nak sangat ke sana. Pernah dengar Sky Lantern Festival?

Sky Lantern Festival ni adalah antara acara yang diadakan setiap tahun. Ketika acara ini diadakan, banyak aktiviti menarik diadakan seperti persembahan rakyat, pertandingan teka-teki tanglung dan karnival rakyat.

Kebiasannya, terdapat 2 jenis tanglung yang digunakan iaitu, tanglung utama dan tanglung kecil. Tanglung utama kebiasannya direka dalam bentuk zodiak astrologi Cina. Kesemuanya setinggi lebih dari 10 meter. Sejak tahun 1999, setiap tanglung utama mempunyai muzik tema sendiri iaitu dengan panjang kira-kira 3 minit ketika persembahan tanglung diadakan.

sumber gambar : travelnews.network.com.tw


Manakala bagi tanglung kecil, sering dibawa anak-anak atau diletakkan di kuil.. menunjukkan imej tokoh sejarah, burung atau imej tema pada tahun tersebut. Bagi tanglung peribadi pula, ia dihiasi dengan hasrat dan imej-imej yang berkaitan dengan pemilik tanglung. Tanglung inilah yang dilepaskan di udara dan mencipta pemandangan yang sangat unik dan indah.

sumber gambar: newyearseveblog.com

So, kenapa aku nak ke festival ni? Korang pernah tengok movie Tangled? Pertama kali aku tengok Sky Lantern Festival melalui hasil pembacaan aku mengenai Taiwan sebelum ni, sungguh.. aku tak seteruja mana pun. Sebab hasrat hati nak ke Taiwan sebab aku dihidangkan dengan gambar-gambar yang cantik-cantik mengenai Taiwan. Tapi bila tengok cerita Tangled tu, terus aku pun terbayang Sky Lantern Festival di Taiwan dengan bayangan sama macam kat Tangled tu.. ^_^ cantik sangatttt... Untuk Sky Lantern Festival ni, ia berlangsung bermula dari 22 Februari - 5 Mac. Memang perfect time aku grab tiket time AirAsia Free Seats ni !

Tangled - sky lantern scene

sumber gambar : www.holidayssg.com


sumber gambar: www.etravelblog.com

Korang pula macam mana? Jom... grab tiket TEMPAT DUDUK PERCUMA sebelum 28 Jun 2015 ! Aku sudah... korang bila lagi?


till then, tatababai

What's New

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^