Friday, June 5, 2015

Antara MOVE ON dan TUAH !


Assalammualaikum..

Rezeki hari Jumaat yang penuh barakah ni.. bulan ini sebenarnya bulan istimewa.. selalunya bila awal-awal bulan ni.. aku mesti amik cuti.. paling-paling pun 3 hari.. tapi tahun ni, aku korbankan cuti-cuti aku atas sebab kerja.. takpe la.. Insya Allah.. banyak lagi tahun-tahun lain yang aku boleh cuti kan...






Bulan JUN..
4 JUN - tahun 2015 ni 12 tahun secara rasminya aku bekerja secara tetap di sini
5 JUN - 11th wedding anniversary untuk tahun ni..

Syukur alhamdulillah... samada dari segi kerjaya mahupun kehidupan, ada pasang surutnya.. aku pernah DOWN gila-gila sebab kedua-dua benda ni.. pernah dalam satu masa, rasa GIVE UP pun ada.. rasa tak boleh sangat nak MOVE ON... tapi hidup mesti diteruskan kan.. ^_^


Bercerita tentang TUAH.. Pagi tadi aku dikejutkan dengan emel dari penganjur bahawa aku adalah antara yang bertuah dapat token tanda penghargaan kan.. tengahari tadi pula.. aku dihubungi oleh satu hotel ni, kata aku dapat voucher bernilai RMXXXX pulak.. alhamdulillah..



Siapa kata jadi blogger sia-sia?
Siapa kata jadi blogger buang masa?

Syukur.. aku bermula dari ZERO.. aku naik perlahan-lahan.. syukur, aku dikelilingi oleh orang yang banyak menyokong aku dari belakang.. dari bawah.. yang menolak aku dari atas pun ada juga.. heheh.. itu semua lumrah..

Agaknya sebab rezeki ANNIVERSARY bulan Jun ni kan, petang tadi aku dapat call pula dari Hotel XXXX minta alamat untuk bagi voucher bernilai RMXXXX hasil review aku kat hotel tersebut. Syukur.. ini semua rezeki..

Ingat hujung minggu ni nak bawa Iman pegi Kidzania since sekarang pun tengah cuti sekolah kan.. ni pun tengah tong-tong ngan encik suami sape nak teman Iman masuk dalam.. kikikii... tengok la nanti macam mana... ^_^



Banyak plan minggu ni sebenarnya.. nak celebrate anniversary pun ye jugak... nak bawa Iman ke Kidzania pun ye jugak.. tapi tu le.. banyak sangat plannya sampai tak terover plan.. kikiii..riki-riki juga hotel kat area Kuala Lumpur hari tu.. tapi since sekarang kan tengah cuti sekolah.. semua dah mahal.. T_T nampaknya, tahun ni celebrate kat rumah je la...



till then, tatababai

What's New

4 comments:

  1. Wow blog akak dh berwajah baru... Tahniah akak semoga sentiasa dimurahkan rezeki ya...

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnya! murah rezeki u. Moga makin bertuah lepas ni, InsyaAllah

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^